UMW AEROSPACE SECURES SECOND CONTRACT WITH ROLLS-ROYCE TO MANUFACTURE REAR CASES FOR TRENT 1000 AND TRENT 7000 AIRCRAFT ENGINES

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 – UMW Aerospace Sdn. Bhd., a wholly owned company in the UMW Group, has secured a fresh contract with Rolls-Royce Plc (“Rolls-Royce”) to manufacture rear cases for the Rolls Royce Trent 1000 and Trent 7000 aircraft engines. UMW Aerospace will be investing up to RM65 million to set up the chemical milling and related processes to manufacture the rear case at its facility in the UMW High Value Manufacturing Park in Serendah. At present, the rear case is imported from overseas and assembled into a complete fan case.

The announcement on the contract was made by YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister of International Trade and Industry, during his working visit to UMW Aerospace. He was accompanied by representatives from National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) and Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Winning the contract is a testament to UMW Aerospace’s track record in delivering high quality products and services to Rolls-Royce. In August 2015, UMW Aerospace made its mark in the aerospace industry when it became Malaysia’s first homegrown Tier 1 aero engine component supplier to Rolls-Royce upon receiving a 25 + 5 year contract to manufacture and assemble fan cases for the latter’s Trent 1000 and Trent 7000 aircraft engines. The Company’s fan case project for Rolls-Royce took only two years to take-off from ground zero to maiden delivery and is recognised as one of the fastest aerospace engine component development programs of its kind.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul remarked, “This announcement by UMW Aerospace – that it has secured a contract to manufacture rear cases for Rolls-Royce’s Trent 1000 and Trent 7000 aircraft engines – is proof that established multinationals perceive our industrial landscape as stable and conducive for their global supply chain. I congratulate UMW Aerospace on securing a second major contract from Rolls-Royce within eight years. It is also worthy to note that UMW Aerospace would be the first company in Southeast Asia to develop the chemical milling capability for the aerospace industry, hence, strengthening the Malaysian’s aerospace ecosystem. This is also in line with the Malaysian Government’s National Investment Aspiration, which has identified aerospace as one of the five key target sectors to elevate Malaysia’s industrial profile, while facilitating knowledge transfers, supporting local SMEs and creating more higher-paying jobs for Malaysians. It also fulfils the key objectives under the Malaysian Aerospace Industry Blueprint 2030 to strengthen the nation’s aerospace industry and elevate its position in the global supply chain.”

The capability to secure fresh contracts and new work packages by the Malaysian supply chain will enable the industry to maintain its positive momentum in achieving the blueprint’s 2030 targets. Apart from investing into digital solutions and adoption of industry 4.0 technology, such projects will also facilitate more localisation activities by Small Medium Enterprises (SMEs). In 2022, Malaysia aerospace industry achieved more than RM15.3 billion revenue while exports for aerospace parts and components increased 9.1% to RM6.3 billion year-on-year. Two aerospace projects worth RM146.75 million were approved in 2022 involving the aerospace manufacturing and MRO sectors. Rolls-Royce President of Southeast Asia, Pacific & South Korea, Dr. Bicky Bhangu remarked: “We are delighted to continue our trusted partnership with UMW Aerospace in Malaysia, a market we have been active in for over 60 years and with whom we enjoy a close relationship. The Malaysian Government’s ongoing support for the aerospace sector is exemplary and we are proud to play our part in supporting its further development. We continue to regard the country as one with enormous potential, not just within aerospace, but also its ability to drive broader economic growth and positively contribute to the Southeast Asia region as a whole.

Over the decades, Rolls-Royce has benefitted from the range of expertise, skillsets and perspectives from Malaysia, alongside its manufacturing capabilities and well-connected supply chains. This will be exemplified through the high-quality rear cases that will be supplied by UMW Aerospace and we look forward to the next chapter of this partnership.”

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “UMW Aerospace is honoured to be awarded this contract by Rolls-Royce after a rigorous bidding process. UMW Aerospace’s commitment to quality and excellence has led to various recognitions in recent years. It received the Trusted to Deliver Excellence Award from Rolls-Royce in 2018. UMW Aerospace was inducted into the 2021 Cohort of Rolls-Royce’s High Performing Supplier Group (“HPSG”), which represents the top 5% of Rolls-Royce’s global suppliers and has successfully maintained its position in the 2022 and 2023 Cohorts of HPSG.

In 2022, UMW Aerospace further added the Supplier Best Practice Award to its list of achievements, which recognises suppliers with exceptional qualities, including focus on continuous improvement in operations and cost optimisation as well as their commitment towards zero defects. Furthermore, Rolls-Royce recognises UMW Aerospace’s continuous efforts towards sustainable practices, such as the installation of roof top solar panels to utilise renewable energy as well as rainwater harvesting to reduce water consumption in its operations, which led UMW Aerospace to be a member of Rolls-Royce’s Sustainability Working Group. In addition, since starting operations in August 2016, UMW Aerospace has maintained a remarkable safety record of over 2,400 days without industrial accident or Zero LTI (“Lost-Time-Injury”).”

“All these accolades, we believe, paved the way for this contract from Rolls-Royce. We would like to thank Rolls-Royce for their trust and confidence in UMW Aerospace and we will strive to continuously deliver high quality products and services to our customers. UMW Aerospace will continue to expand its capabilities to bid for more aerospace projects in the future,” Dato’ Fuaad further added.

Click to show Malay Version

 

 

UMW AEROSPACE MEMENANGI KONTRAK KEDUA DARIPADA ROLLS-ROYCE UNTUK MEMBEKALKAN BAHAGIAN BELAKANG SELONGSONG KIPAS UNTUK ENJIN PESAWAT TRENT 1000 DAN TRENT 7000

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 – UMW Aerospace Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh dalam Kumpulan UMW, telah memenangi kontrak daripada Rolls-Royce Plc (“Rolls-Royce”) untuk membekalkan bahagian belakang selongsong kipas (“rear case”) untuk enjin pesawat Trent 1000 dan Trent 7000. UMW Aerospace akan melabur lebih kurang RM65 juta untuk membangunkan kilang pemprosesan kimia (“chemical milling”) dan proses berkaitan yang lain untuk mengeluarkan rear case di kilang pembuatan mereka di UMW High Value Manufacturing Park di Serendah. Pada masa ini, rear case ini diimport dari luar negara dan dipasang menjadi selongsong kipas yang lengkap.

Pengumuman kontrak itu dibuat oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semasa lawatan kerja beliau ke UMW Aerospace. Beliau diiringi oleh wakil daripada Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia (“NAICO Malaysia”), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (“MIDA”), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (“MATRADE”) dan agensi lain yang berkaitan.

Penganugerahan kontrak ini juga membuktikan UMW Aerospace mempunyai prestasi yang baik dalam memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada Rolls-Royce. Pada Ogos 2015, UMW Aerospace mencatatkan kejayaan dalam industri aeroangkasa apabila ia menjadi pembekal komponen enjin aero Tier 1 yang pertama di Malaysia kepada Rolls-Royce selepas menerima kontrak 25 + 5 tahun untuk menghasilkan selongsong kipas untuk enjin pesawat Trent 1000 dan Trent. 7000. Projek untuk membekalkan selongsong kipas kepada Rolls-Royce ini hanya mengambil masa dua tahun dari mula sehingga ke penghantaran sulung dan diiktiraf sebagai salah satu antara program pembangunan komponen enjin aeroangkasa yang terpantas.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul berkata, “Pengumuman oleh UMW Aerospace bahawa ia telah memperoleh kontrak untuk mengeluarkan rear case untuk enjin pesawat Rolls-Royce Trent 1000 dan Trent 7000 adalah bukti bahawa syarikat multinasional yang ditubuhkan mengiktiraf landskap perindustrian kami yang dianggap stabil dan kondusif untuk rantaian bekalan global mereka. Tahniah diucapkan kepada UMW Aerospace kerana memperoleh kontrak besar yang kedua daripada Rolls-Royce dalam tempoh lapan tahun. Melalui kontrak ini juga, UMW Aerospace akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang telah membangunkan kilang pemprosesan kimia (“chemical milling”) untuk industri aeroangkasa, yang akan mengukuhkan ekosistem aeroangkasa. Kontrak ini juga selaras dengan inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (“NIA”) Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (“MITI”), dimana bidang aeroangkasa adalah salah satu daripada lima sektor utama untuk meningkatkan profil perindustrian di Malaysia, di samping memudahkan pemindahan pengetahuan, menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) tempatan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia. Ia juga mencapai objektif utama di bawah Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 untuk mengukuhkan industri aeroangkasa negara dan meningkatkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global.”

Kebolehan untuk memperoleh kontrak dan pakej baharu di dalam rantaian bekalan di Malaysia akan membolehkan industri mengekalkan momentum positifnya dalam mencapai sasaran 2030. Selain daripada pelaburan dalam industri digital dan penggunaan teknologi Industri 4.0, projek seperti ini dijangka membuka peluang bagi lebih banyak aktiviti pemasangan tempatan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”). Pada 2022, industri aeroangkasa Malaysia telah mencapai hasil perniagaan lebih RM15.3 bilion manakala eksport bagi bahagian dan komponen aeroangkasa meningkat 9.1% kepada RM6.3 bilion berbanding tahun sebelumnya. Dua projek aeroangkasa bernilai RM146.75 juta telah diluluskan pada 2022 melibatkan sektor pembuatan dan MRO.”

Presiden Rolls-Royce Asia Tenggara, Pasifik & Korea Selatan, Dr Bicky Bhangu berkata: “Kami sangat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama kami ini dengan UMW Aerospace di Malaysia, satu pasaran dimana kami aktif selama lebih 60 tahun dan dengan siapa kami berkerjasama. Sokongan berterusan Kerajaan Malaysia terhadap sektor aeroangkasa adalah sangat baik dan kami berbangga untuk memainkan peranan kami dalam menyokong pembangunan berkaitan. Kami terus berpegang kepada negara yang berpotensi besar, bukan sahaja dalam industri aeroangkasa, tetapi juga keupayaannya untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih luas dan menyumbang secara positif kepada rantau Asia Tenggara secara keseluruhannya.

Sepanjang beberapa dekad, Rolls-Royce telah mendapat manfaat daripada pelbagai kepakaran, kemahiran dan perspektif dari Malaysia, di samping kebolehupaya pembuatannya dan rantaian bekalan yang baik dan berterusan. Ini dapat dilihat melalui rear case berkualiti tinggi yang akan dibekalkan oleh UMW Aerospace dan seterusnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “UMW Aerospace dengan bangganya dianugerahkan kontrak ini oleh Rolls-Royce selepas proses pembidaan yang teliti. Komitmen UMW Aerospace terhadap kualiti dan kecemerlangannya telah membawa kepada pelbagai pengiktirafan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia menerima anugerah “Trusted to Deliver Excellence” daripada Rolls-Royce pada tahun 2018. UMW Aerospace telah termasuk dalam senarai ”2021 Cohort of Rolls-Royce High Performing Supplier Group (“HPSG”)”, yang mewakili 5% pembekal teratas global Rolls-Royce dan telah berjaya mengekalkan kedudukannya dalam senarai (“2022, 2023 Cohort of HPSG”) .

Pada tahun 2022, UMW Aerospace menambahkan lagi pencapaiannya dengan anugerah “Supplier Best Practice”, yang mengiktiraf pembekal dengan kualiti yang luar biasa, termasuk fokus terhadap peningkatan berterusan dalam operasi dan pengoptimuman kos serta komitmen mereka terhadap kecacatan sifar. Tambahan pula, Rolls-Royce turut mengiktiraf usaha berterusan UMW Aerospace ke arah kelestarian, seperti pemasangan panel solar di atas bumbung untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui serta penuaian air hujan untuk mengurangkan penggunaan air dalam operasinya, yang membawa UMW Aerospace menjadi ahli Kumpulan Kerja Kelestarian Rolls-Royce. Selain dari itu, sejak memulakan operasi pada Ogos 2016, UMW Aerospace telah mengekalkan rekod keselamatan yang luar biasa selama lebih 2,400 hari tanpa kemalangan industri atau Sifar LTI (“Lost-Time-Injury”).”

“Semua anugerah ini, kami percaya, yang membuka ruang untuk kami menerima kontrak daripada Rolls-Royce ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Rolls-Royce atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap UMW Aerospace dan akan berusaha untuk terus menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. UMW Aerospace akan terus meningkatkan kebolehannya untuk membida lebih banyak projek aeroangkasa pada masa hadapan,” tambah Dato’ Fuaad lagi.

 

 

Click to show English Version