KUALA LUMPUR, 28 September 2018 – UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMWC), a wholly-owned subsidiary of UMW Holdings Berhad (UMWH), has today executed a Joint Venture Agreement (JVA) with Komatsu Ltd. (Komatsu) for its heavy equipment business.
Following the execution of the Transaction Agreement (TA) to establish a Joint Venture Company (JVC) between UMWC and Komatsu, the two parties have subsequently entered into a Joint Venture Agreement (JVA) to establish the next phase of cooperation between the two parties as joint-venture partners. UMWC and Komatsu now hold 74% and 26% respectively of the issued and paid up share capital of the JVC known as UMW Komatsu Heavy Equipment Sdn. Bhd. (UKHE).
The execution of this JVA marks the completion of the TA and the commencement of the strategic partnership between the UMW Group and Komatsu.
President & Group Chief Executive Officer of UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, said: “We are pleased to have effected this joint venture partnership with Komatsu, which will allow UMW to move up the value chain in the heavy equipment business from a pure distributor to a JV partner, further strengthening our long-term business relationship. With Komatsu’s standing as a leading manufacturer of construction and mining equipment globally as well as UMW’s strong presence in the region, we look forward to the enhanced opportunities that this JV will bring especially via the introduction of new equipment models and improvement of value-added services to expand our customers base and strengthen market share in the territories that we operate. This initiative is part of our strategy to strengthen our core businesses to deliver value to our shareholders.”
KUALA LUMPUR, 28 September 2018 – UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMWC), anak syarikat milik penuh UMW Holdings Berhad (UMWH), hari ini memeterai satu perjanjian usaha sama dengan Komatsu Ltd. (Komatsu) untuk perniagaan jentera beratnya.
Berikutan pelaksanaan perjanjian urus niaga di antara UMW dan Komatsu bagi penubuhan sebuah syarikat usaha sama untuk perniagaan jentera berat di UMW, kedua-dua pihak telah memeterai satu perjanjian usaha sama untuk mentadbir fasa kerjasama yang seterusnya di mana kedua-dua pihak sebagai rakan kongsi. UMWC dan Komatsu kini memegang 74% dan 26% modal saham terbitan dan berbayar syarikat usaha sama yang dikenali sebagai UMW Komatsu Heavy Equipment Sdn. Bhd.
Pemeteraian perjanjian ini menandakan penyempurnaan perjanjian urus niaga dan permulaan perkongsian strategik antara Kumpulan UMW dan Komatsu.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, berkata: “Dengan sukacitanya kami telah memeterai perjanjian usaha sama dengan Komatsu. Usaha sama dengan Komatsu ini akan membolehkan UMW bergerak maju di dalam perniagaan jentera berat, dari sekadar pengedar tulen kepada rakan kongsi usaha sama dengan Komatsu, seterusnya memperkukuhkan hubungan perniagaan jangka-panjang kedua-dua pihak. Dengan kedudukan Komatsu sebagai pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan terkemuka di seluruh dunia serta kehadiran UMW di rantau ini, kami mengalu-alukan peluang yang dipertingkatkan di mana usaha sama ini akan membawa kepada kedua-dua organisasi terutamanya melalui pengembangan pelbagai peralatan baharu dan penambahbaikan perkhidmatan untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan nilai pasaran di wilayah yang kami beroperasi. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk mengukuhkan perniagaan teras kami untuk memberikan nilai kepada para pemegang saham UMW. "