KEMBARA MSAM-UMW VISITED VILLAGES AROUND BATU PAHAT

SHAH ALAM, 18 April 2018 – Following the success of its Kembara MSAM-UMW in the last two years, the UMW Group once again organised Kembara MSAM-UMW 2018 from 7 to 9 April in conjunction with Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 in Batu Pahat, Johor.

This year, the 15 four-wheel-drive convoy ferrying 45 UMW Community Champions (volunteers) travelled almost 110 kilometers to reach remote places in Batu Pahat to assist the orang asli, old folks, underprivileged students and families. UMW Community Champions, which comprised of SL1M trainees and UMW employees based in Shah Alam, distributed essential items like rice, cooking oil, flour and sugar to the villagers.

On the second day, a gotong-royong was held at Kampung Sri Merlong in Rengit and Kampung Nelayan Sri Pantai in Senggarang which assisted 50 orang asli families, most of whom are fishermen and 200 underprivileged families. There, the volunteers helped built a cottage for an underprivileged family and assisted to paint the jetty, boats and the community hall. The UMW Group also contributed its very own Grantt engine oil to the fishermen.

Kembara MSAM-UMW also reached out to "Community-Based Rehabilitation" centre (Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)) in Parit Raja, and Penggaram, as well as a senior citizen centre in Penggaram. Around 400 students and the underprivileged benefited from this corporate social responsibility (CSR) programme.

The convoy was flagged off by Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Chairman of MATRADE, Dato’ Idris Kechot, Deputy President & Group Chief Operating Officer, Asset Management, Permodalan Nasional Berhad and Badrul Feisal Abdul Rahim, President & Group CEO of UMW Holdings Berhad.

This programme is part of UMW’s continuous support towards the underprivileged communities in the country under its community development pillar. UMW continues to champion many worthy causes under its three CSR pillars, with the other two being education and environment.

Click to show Malay Version

 

 

MISI KEMBARA MSAM-UMW MEMBANTU PENDUDUK KAMPUNG SEKITAR BATU PAHAT

SHAH ALAM, 18 April 2018 – Berikutan kejayaan Kembara MSAM-UMW dalam tempoh dua tahun yang lalu, Kumpulan UMW sekali lagi menganjurkan Kembara MSAM-UMW 2018 dari 7 hingga 9 April bersempena dengan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Batu Pahat, Johor.

Tahun ini, lima belas buah konvoi kenderaan pacuan empat roda yang membawa 45 orang sukarelawan UMW (UMW Community Champions) telah mengembara lebih kurang 110 kilometer untuk membantu orang asli, warga emas dan keluarga miskin. Sukarelawan UMW (UMW Community Champions) yang terdiri dari pelatih-pelatih SL1M dan kakitangan UMW dari Shah Alam telah mengagihkan barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, gandum dan gula kepada penduduk kampung.

Satu gotong-royong juga telah diadakan di Kampung Sri Merlong di Rengit dan Kampung Nelayan Sri Pantai di Senggarang pada hari kedua, dengan memberi bantuan kepada 50 orang keluarga asli, kebanyakan mereka adalah nelayan dan 200 keluarga yang kurang bernasib baik. Di sana, sukarelawan telah membantu membina sebuah pondok untuk keluarga yang kurang bernasib baik dan juga membantu mengecat jeti, bot dan dewan komuniti. Mereka juga menyumbang minyak enjin Grantt keluaran UMW untuk para nelayan.

Kembara MSAM-UMW juga telah mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Parit Raja, dan Penggaram, serta pusat warga emas di Penggaram. Sekitar 400 pelajar dan golongan kurang bernasib baik mendapat manfaat daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.

Konvoi ini telah dilepaskan oleh Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Pengerusi MATRADE, Dato’ Idris Kechot, Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset, Permodalan Nasional Berhad dan Badrul Feisal Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad.

Program ini adalah sebahagian dari sokongan berterusan UMW terhadap komuniti yang kurang bernasib baik di negara ini di bawah tunggak pembangunan komuniti di mana UMW terus melaksanakan pelbagai usaha murni di bawah tiga tunggak, dua lagi adalah tunggak pendidikan dan tunggak alam sekitar.

 

 

Click to show English Version