UMW GROUP REGISTERS STRONG AUTOMOTIVE SALES IN OCTOBER; MARKET SHARE ESTIMATED AT 58% FOR THE MONTH

- UMW Toyota Motor sold 6,468 units in October 2020
- Perodua achieved a new sales record of 26,852 units in October 2020

KUALA LUMPUR, 4 November 2020 – The Automotive segment of UMW Holdings Berhad is on track to meet its full-year sales targets following improved sales achieved by both UMW Toyota Motor (UMWT) and its 38%-associate company, Perodua, in the month of October 2020.  The Group’s automotive market share is estimated at 58% in October, a significant increase from the 51.4% registered in 2019.  The sales tax exemption announced by the government on 5 June 2020, effective from 15 June 2020 to 31 December 2020 has helped to lift sales in the second half of the year.

UMWT sold 6,468 units in October 2020, an increase of 15.4% from the 5,605 units it sold in September.  The top sales contributors for the month were Toyota Vios, Yaris and Hilux.  Having already sold 43,807 units for the first ten months of 2020, UMWT is on track to achieve its revised sales target of 53,000 units for the year.  On 2 November 2020, UMWT announced the launch of the newly-revised Toyota Yaris and opened its order books for registration.  The Yaris was launched as a CKD model back in April 2019 and has been consistently No. 1 in the Non-National hatchback segment.  With further enhancement of its design and features, UMWT is confident that it will maintain its market leadership in this segment.

Meanwhile, Perodua once again broke its monthly sales record in the month of October, with total registration of 26,852 units, a 7.3% increase from the 25,035 units in September 2020.  For the first ten months of 2020, Perodua sold 171,864 units, 81.8% of its target to sell 210,000 units for the year.  Perodua’s two plants have been running almost at its maximum capacity since August in order to meet the strong demand.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The Group has managed to stage a strong recovery in the second half of the year, thanks to the sales tax exemption implemented by the government to boost the local automotive industry following disruptions caused by Covid-19.  We are confident that the strong sales momentum would sustain until the end of the year, for us to achieve our sales targets for the year.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENCATATKAN PENJUALAN KENDERAAN YANG MEMBERANGSANGKAN PADA BULAN OKTOBER; BAHAGIAN PASARAN PADA BULAN OKTOBER DIANGGARKAN PADA 58%.

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,468 unit pada bulan Oktober 2020
- Perodua capai jualan tertinggi dalam sejarah pada bulan Oktober 2020, iaitu sebanyak 26,852 unit

KUALA LUMPUR, 4 November 2020 – Berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu 38%, Perodua pada bulan Oktober 2020, segmen Automotif UMW Holdings Berhad dijangka dapat mencapai sasaran jualan bagi tahun 2020. Bahagian pasaran automotif Kumpulan UMW pada bulan Oktober dianggarkan pada 58%, peningkatan yang ketara daripada 51.4% yang dicatatkan pada tahun 2019. Pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 telah mendorong untuk meningkatkan penjualan pada separuh kedua tahun 2020.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6,468 unit pada bulan Oktober 2020, peningkatan sebanyak 15.4% daripada 5,605 unit yang dicatatkan pada bulan September. Penyumbang utama untuk bulan tersebut adalah Toyota Vios, Yaris dan Hilux. Dengan penjualan sebanyak 43,807 unit bagi sepuluh bulan pertama tahun 2020, UMWT dijangka dapat mencapai sasaran jualannya, iaitu 53,000 unit untuk tahun ini. Pada 2 November 2020, UMWT telah mengumumkan pelancaran Toyota Yaris yang dikemaskini dan tempahan bagi model tersebut telah dibuka. Toyota Yaris telah dilancarkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) pada bulan April 2019 dan merupakan peneraju bagi segmen hatchback Bukan Nasional. Dengan pengemaskinian perincian ciri dan reka bentuknya, UMWT yakin bahawa ia akan dapat mengekalkan pasarannya dalam segmen ini.

Manakala Perodua sekali lagi memecahkan rekod penjualan bulanannya pada bulan Oktober, dengan penjualan berdaftar kenderaan sebanyak 26,852 unit, peningkatan sebanyak 7.3% daripada 25,035 unit yang dijual pada bulan September 2020. Untuk sepuluh bulan pertama tahun 2020, Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 171,864 unit, 81.8% daripada sasaran jualan untuk menjual 210,000 unit untuk tahun ini. Kedua-dua kilang pemasangan Perodua telah beroperasi dengan kapasiti pengeluaran hampir maksimum sejak bulan Ogos untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’Ahmad Fuaad Kenali berkata, "Kumpulan telah menunjukkan tahap pemulihan yang baik pada separuh kedua tahun ini, dengan pengecualian cukai penjualan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri otomotif tempatan berikutan gangguan yang disebabkan oleh Covid-19. Kami yakin bahawa momentum penjualan yang memberangsangkan ini akan berterusan hingga akhir tahun ini, untuk kami mencapai sasaran penjualan tahun ini."

 

 

Click to show English Version