HEALTHY SALES ORDERBOOK TO CUSHION THE IMPACT OF LOCKDOWN

KUALA LUMPUR, 26 July 2021 – The ongoing Full Movement Control Order 3.0 (“FMCO”), which began on 1 June 2021, has adversely impacted the domestic automotive sector with only 1,921 units registered for the month of June.  Of the total, UMW Toyota Motor (“UMWT”) delivered 85 vehicles while Perodua sold 1,009 units.  With the prolonged lockdown, minimal sales could be expected for the month of July for both UMWT and Perodua.

 

The online showrooms are proving to be a viable alternative for customers during the FMCO. The Toyota, Lexus and Perodua online showrooms are gaining traction as consumers are gradually moving towards e-platforms during the lockdown phase 

 

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “To offset the absence of walk-in customers due to closures, both UMWT and Perodua have no alternative but to pivot to online marketing and sales.  Currently, both marques have a healthy level of outstanding bookings that can be fulfilled once lockdown restrictions are eased.  We are also appreciative of the government’s extension of the sales tax exemption to 31 December 2021 which will hopefully hasten the recovery.  Upon resumption of operations, we plan to ramp-up production to hasten delivery to our customers.”

 

The prolonged lockdown has adversely impacted the entire supply chain in the automotive sector, especially components manufacturing.  Consequently, the exports of automotive components have also been affected, disrupting Toyota’s global supply chain.

 

Dato’ Fuaad added, “The Group remains hopeful that the lockdown restrictions will be eased and conditional upon strict compliance to the COVID-19 Standard Operating Procedures.  At the same time, subject to availability of vaccines, to ensure all our employees, suppliers and dealers are vaccinated progressively.  We are working closely with the relevant authorities to support the National COVID-19 Immunisation Programme.”

 

The Group remains confident of the growth potential for the automotive industry in Malaysia.  UMWT recently announced it will be investing RM270 million into local manufacturing of hybrid electric vehicles (“HEV”) in a move to advance its carbon neutrality initiative as well as to offer customers a wider range of vehicles, including technically advanced HEV.

 

Dato’ Fuaad further added, “Barring continued lockdown and prolonged disruption in the global semiconductor chips, UMW expects the automotive sales momentum to continue, especially with the extension of the sales tax exemption.  We are appreciative of the Government’s various measures to support the automotive sector.  We wish to also express our appreciation to our customers for their continuing support of our products and services despite the challenges.”

Click to show Malay Version

 

 

TEMPAHAN KENDERAAN YANG MENGGALAKAN DIHARAPKAN AKAN MENGURANGKAN KESAN SEKATAN PERGERAKAN

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2021 – Perintah Kawalan Pergerakan Penuh 3.0 ("PKPP"), yang bermula pada 1 Jun 2021, telah memberi kesan kepada sektor automotif domestik dengan hanya 1,921 unit didaftarkan untuk bulan Jun.  Daripada jumlah itu, UMW Toyota Motor ("UMWT") telah mendaftarkan penjualan sebanyak 85 kenderaan manakala Perodua sebanyak 1,009 unit.  Dengan sekatan pergerakan yang berlanjutan, jualan yang minimum bagi bulan Julai dijangkakan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua.

 

Bilik pameran dalam talian terbukti menjadi alternatif sesuai untuk kegunaan pelanggan semasa PKPP.  Dengan fasa sekatan pergerakan, pengguna kini secara beransur-ansur bergerak ke arah e-platform, menjadikan bilik pameran dalam talian bagi Toyota, Lexus dan Perodua semakin mendapat tarikan.  

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Untuk mengatasi kekurangan jumlah pelanggan yang datang akibat dari penutupan sementara perniagaan, UMWT dan Perodua mengalihkan fokusnya kepada pemasaran dan penjualan dalam talian.  Pada masa ini, kedua-duanya mempunyai jumlah tempahan yang baik yang akan dapat dipenuhi sejurus selepas sekatan pergerakan dikurangkan.  Kami juga sangat menghargai usaha kerajaan dalam melanjutkan pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2021 yang diharapkan dapat mempercepatkan proses pemulihan.   Sejurus selepas perniagaan dapat mula beroperasi, kami merancang untuk meningkatkan jumlah pengeluaran untuk mempercepatkan penghantaran kepada pelanggan."

 

Sekatan pergerakan yang berpanjangan ini telah memberi kesan kepada keseluruhan rantaian bekalan di sektor automotif, terutamanya bagi pembuatan komponen.  Akibatnya, eksport komponen automotif juga terjejas, sehingga mengganggu rantaian bekalan Toyota secara global.

 

Dato’ Fuaad menambah, “Kumpulan terus berharap sekatan pergerakan dapat dikurangkan dengan syarat pematuhan Prosedur Operasi Piawaian Covid-19 yang ketat.  Pada masa yang sama, tertakluk kepada ketersediaan vaksin, kami berusaha memastikan semua kakitangan, pembekal dan peniaga kami diberi vaksin secara progresif.  Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Nasional."

 

Kumpulan tetap yakin dengan potensi pertumbuhan industri automotif di Malaysia.  UMWT baru-baru ini mengumumkan pelaburan sebanyak RM270 juta untuk pembuatan kenderaan elektrik hibrid tempatan (“HEV”) sebagai langkah untuk memajukan inisiatif bebas karbon dan juga untuk menawarkan kepada pelanggan kepelbagaian jenis kenderaan termasuk kemajuan HEV secara teknikal.

 

Tambah Dato ’Fuaad, “Sekiranya tidak berlaku sekatan pergerakan yang berterusan dan juga gangguan bekalan yang berpanjangan dalam cip semikonduktor global, UMW menjangkakan momentum penjualan kenderaan akan berterusan, terutamanya dengan perlanjutan pengecualian cukai penjualan. Kami menghargai pelbagai langkah kerajaan untuk menyokong sektor automotif.  Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada pelanggan kami di atas sokongan yang berterusan terhadap produk dan perkhidmatan kami walaupun menghadapi pelbagai cabaran."

 

 

Click to show English Version