KUALA LUMPUR, 17 August 2021 – UMW Group’s wholly-owned subsidiary, UMW Innovation and R&D Centre Sdn. Bhd. (“UIRDC”) has entered into a Memorandum of Cooperation (“MoC”) with SIRIM Berhad, an agency under the purview of the Ministry of International Trade and Industry, to form a strategic collaboration particularly in the areas of innovation and technology.
Capitalising on the MoC, the UMW Group aims to foster technological advancement through SIRIM’s Industrial Centre of Innovation and Technology. Among the identified key areas of potential collaboration are Smart Manufacturing, Nanotechnology, Industrial Biotechnology as well as Testing, Inspection & Certification. The essence of the strategic collaboration encompasses scientific industrial research, provision of technology transfer and consultancy services as well as the development of new Malaysian standards.
Through this collaboration, the UMW Group would gain access to SIRIM’s expertise in the development of standards which is at the forefront of technology innovation for various industries. Furthermore, both parties will be cooperating in technical expertise and training which will lead to execution of projects as well as commercialisation of products.
The MoC signing was executed virtually today between Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad, President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad and Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President and Group CEO of UMW Holdings Berhad.
Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad, President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad said the collaboration, among others, will provide SIRIM and UMW a platform to explore potential areas such as in Industry 4.0, fabrication of machinery and equipment, renewable energy and environmental technology.
“Through UIRDC, we hope to work with the relevant industries and stakeholders, to provide consultancy and technical assistance in technology, recommending proposals and intervention plans for nurturing the upstream, middle and downstream industry; and the application of SIRIM’s technology, innovative solutions or adoption of other technology to specific target groups. Areas that we can explore include Industry 4.0 solutions and water filtration technology for industry and community use,” he added.
Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President and Group CEO of UMW Holdings Berhad remarked, "With the ever changing market conditions, the need to remain competitive and relevant requires all entities to continuously innovate and improve.”
“UMW is pleased to collaborate with SIRIM, the country’s premier industrial research and technology organisation, to capitalise on each other’s strengths and know-how that can be synergised to accelerate our shared pursuit of innovation. Furthermore, it will help us to improve our products and processes as well as enhance our competitiveness to achieve greater resilience for our businesses. We look forward to the collaboration as it provides the opportunity for the UMW Group to leverage on SIRIM’s capability to hasten our products innovation and commercialisation,” added Dato’ Fuaad.
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2021 – Anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, UMW Innovation and R&D Centre Sdn. Bhd. ("UIRDC") telah memeterai Memorandum Kerjasama ("MoC") dengan SIRIM Berhad, sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, untuk membentuk kerjasama strategik terutamanya dalam bidang inovasi dan teknologi.
Dengan memanfaatkan MoC ini, Kumpulan UMW mensasarkan untuk memajukan kemudahan teknologi melalui Pusat Inovasi Industri dalam Pembuatan Pintar SIRIM. Antara bidang utama yang dikenal pasti sebagai sebahagian daripada kolaborasi yang berpotensi ialah Pembuatan Pintar, Teknologi Nano, Perindustrian Bioteknologi serta Pengujian, Pemeriksaan & Pensijilan. Intipati daripada kerjasama strategik ini merangkumi perindustrian penyelidikan secara saintifik, perkhidmatan memindahkan sesebuah teknologi dan perundingan serta mewujudkan sistem piawaian Malaysia yang baru
Melalui kolaborasi ini, Kumpulan UMW akan mendapat akses kepada kepakaran SIRIM dalam mewujudkan sistem piawaian yang terulung dalam inovasi teknologi untuk kegunaan pelbagai jenis industri. Selain dari itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dari segi kepakaran teknikal dan kemahiran latihan yang akan membawa kepada pelaksanaan projek serta pengkomersialan produk.
Pemeteraian MoC dijalankan secara maya pada hari ini antara Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad dan Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad.
Dato' Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad berkata, selain itu, kerjasama ini akan menyediakan platform kepada SIRIM dan UMW untuk meneroka dan menceburi bidang yang berpotensi seperti Industri 4.0, pembuatan mesin dan peralatan, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi alam sekitar.
"Melalui UIRDC, kami berharap dapat bekerjasama dengan industri dan pihak berkepentingan yang relevan, untuk memberikan latihan dan bantuan teknikal terhadap teknologi, mengesyorkan cadangan dan rancangan intervensi untuk memelihara industri huluan, pertengahan dan hiliran; dan aplikasi terhadap teknologi SIRIM, penyelesaian inovatif atau penerapan teknologi lain kepada kumpulan sasaran tertentu. Kawasan yang dapat diterokai meliputi teknologi Industri 4.0, teknologi penyaringan air untuk penggunaan industri dan masyarakat.”
Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad menyatakan, "Dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah, inovasi dan pembaikan adalah sangat penting untuk terus berdaya saing dan kekal relevan di mana ia melibatkan semua entiti berkaitan."
"UMW bangga untuk bekerjasama dengan SIRIM, organisasi penyelidikan dan teknologi industri terkemuka di negara ini, untuk memanfaatkan kekuatan dan pengetahuan antara satu sama lain yang dapat digabungkan untuk mempercepatkan usaha inovasi bersama. Selain itu, ini akan membantu meningkatkan produk dan proses serta daya saing untuk kekal berdaya tahan demi kepentingan perniagaan kami. Kami mengharapkan kerjasama ini dapat memberi peluang kepada Kumpulan UMW untuk memanfaatkan kemampuan SIRIM untuk mempercepat inovasi dan pengkomersialan produk kami, "tambah Dato’ Fuaad.