UMW HOLDINGS’ PATAMI SURGES BY 72% TO RM173 MILLION IN THE THIRD QUARTER OF 2023

- Group revenue increased by 19% to RM4,834 million.

- All three core business segments recorded commendable results compared with a year ago.

KUALA LUMPUR, 27 November 2023 – UMW Holdings Berhad’s (“Group”) profit after taxation and minority interests (“PATAMI”) surged by 71.9% to RM173.1 million for the third quarter ended 30 September 2023 (“Q3 2023”), compared with the RM100.7 million registered in the corresponding quarter ended 30 September 2022 (“corresponding quarter”), mainly attributed to the increase in revenue by 19.1% to RM4,834.1 million. The Group’s profit before taxation and zakat (“PBTZ”) increased by 40.9% to RM326.3 million compared with the RM231.5 million registered in the corresponding quarter supported by higher contribution from all three core business segments.

Automotive segment
The Automotive segment’s revenue for Q3 2023 increased by 17.4% to RM4,023.2 million compared with the RM3,427.6 million recorded in the corresponding quarter, mainly due to the higher number of vehicles sold. In line with the higher revenue and a higher contribution from an associated company, the segment’s PBTZ rose by 40.3% to RM257.6 million compared with the RM183.6 million reported in the corresponding quarter. The demand for vehicles is expected to remain strong for the remainder of the year, supported by the high industry order backlog. The sales momentum will be further supported by the year-end sales promotions as well as new model launches. The Group anticipates that the Automotive segment’s sales will continue to perform well in the last quarter of the year.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 14.6% to RM452.0 million in Q3 2023 due to the sustained demand for equipment in both local and overseas markets. Supported by the higher revenue, the segment’s PBTZ grew by 11.1% to RM55.5 million for Q3 2023. The outlook for the Equipment segment continues to remain favourable in all the sectors that it serves. With the completion of the Share Sale & Purchase Agreement and Shareholders Agreement with Toyota Industries Corporation ("TICO"), the Industrial Equipment sub-segment aims to leverage on TICO's capabilities to establish a One-Stop Center for the industrial equipment and logistics automation businesses. The Heavy Equipment sub-segment continues to exhibit strength, primarily driven by the increased demand in the mining sector in Papua New Guinea and the plantation sector in Malaysia.

Manufacturing & Engineering (“M&E”) segment
The M&E segment registered revenue of RM363.8 million in Q3 2023, 44.3% higher than the RM252.2 million recorded in the corresponding quarter. The improved performance was mainly attributable to the higher contribution from the Aerospace sub-segment due to higher delivery of fan cases. Consequently, the segment’s PBTZ surged by 91.2% to RM25.7 million in the current quarter compared with the RM13.4 million reported in the corresponding quarter.
Going forward, the Auto Components and Lubricants sub-segments are expected to benefit from the sustained demand in the original equipment (“OE”) market, in line with the expected higher demand for new vehicles in the last quarter of the year.
The reopening of international borders and the increase in air travel which is expected to reach close to 95% of the pre-pandemic level by the end of this year will bode well for the Aerospace sub-segment. Rolls-Royce’s three-year forecast indicates that orders for aircraft are expected to continue to improve beyond the pre-Covid-19 level. The higher forecasted orders for fan cases will increase the plant utilisation rate and are expected to contribute positively to the Aerospace sub-segment for the remainder of the year.

Overall prospects
The Group is pleased with its strong performance in the third quarter of 2023 as all three core business segments registered improved results. Moving forward, the Group will continue to focus on strengthening its businesses through operational efficiency and cost management initiatives as well as accelerate its CREST@UMW initiatives to improve its resilience and sustainability. The Group expects to deliver satisfactory performance for the year.

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (“PATAMI”) UMW HOLDINGS MENINGKAT SEBANYAK 72% KEPADA RM173 JUTA PADA SUKU KETIGA TAHUN 2023

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat 19% kepada RM4,834 juta.

- Ketiga-tiga segmen perniagaan teras menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding setahun yang lalu.

KUALA LUMPUR, 27 November 2023 – Keuntungan yang diberikan kepada pemegang saham (“PATAMI”) UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) melonjak sebanyak 71.9% kepada RM173.1 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2023 (“S3 2023”), berbanding RM100.7 juta yang dicatatkan pada suku yang sama berakhir 30 September 2022 (“suku yang sepadan”), terutamanya didorong oleh peningkatan hasil perniagaan sebanyak 19.1% kepada RM4,834.1 juta. Keuntungan sebelum cukai dan zakat Kumpulan (“PBTZ”) meningkat sebanyak 40.9% kepada RM326.3 juta berbanding RM231.5 juta yang dicatatkan pada suku yang sepadan disokong oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras.

Segmen Automotif
Hasil perniagaan segmen Automotif bagi S3 2023 meningkat sebanyak 17.4% kepada RM4,023.2 juta berbanding RM3,427.6 juta yang dicatatkan pada suku yang sepadan, terutamanya didorong oleh catatan jualan kenderaan yang lebih tinggi. Selaras dengan hasil perniagaan serta hasil sumbangan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu, PBTZ segmen itu meningkat sebanyak 40.3% kepada RM257.6 juta berbanding RM183.6 juta yang dilaporkan pada suku yang sepadan. Permintaan terhadap kenderaan dijangka kekal kukuh untuk baki tahun ini, disokong oleh tunggakan pesanan industri yang lebih tinggi. Momentum jualan akan terus disokong oleh promosi jualan akhir tahun serta pelancaran model baharu. Kumpulan menjangkakan jualan segmen Automotif akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada suku terakhir tahun ini.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan segmen Jentera meningkat sebanyak 14.6% kepada RM452.0 juta pada S3 2023 disebabkan oleh permintaan yang berterusan terhadap jentera dalam pasaran tempatan dan luar negara. Disokong oleh hasil perniagaan yang lebih tinggi, PBTZ segmen itu meningkat sebanyak 11.1% kepada RM55.5 juta untuk S3 2023. Prospek bagi segmen Jentera kekal menggalakkan dalam semua sektor perniagaannya. Melalui Perjanjian Jual Beli Saham dan Perjanjian Pemegang Saham bersama Toyota Industries Corporation ("TICO"), sub-segmen Jentera Perindustrian bertujuan memanfaatkan keupayaan TICO untuk menubuhkan One-Stop Center untuk jentera industri dan perniagaan automasi logistik. Sub-segmen Jentera Berat terus menunjukkan peningkatan, terutamanya didorong oleh permintaan yang tinggi dalam sektor perlombongan di Papua New Guinea dan sektor perladangan di Malaysia.

lebih tinggi daripada RM252.2 juta yang dicatatkan pada suku yang sepadan. Prestasi yang lebih baik ini terutamanya disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada sub-segmen Aeroangkasa dengan penghantaran selongsong kipas yang lebih tinggi. Disebabkan itu juga, PBTZ segmen itu melonjak sebanyak 91.2% kepada RM25.7 juta pada suku semasa berbanding RM13.4 juta yang dilaporkan pada suku yang sepadan.
Sub-segmen Komponen Auto dan Minyak Pelincir dijangka mendapat manfaat daripada permintaan yang berterusan untuk pasaran peralatan asli (“OE”), sejajar dengan jangkaan permintaan yang lebih tinggi terhadap kenderaan baharu pada suku terakhir tahun ini.
Pembukaan semula sempadan antarabangsa dan peningkatan dalam penggunaan pengangkutan udara yang dijangka mencecah hampir 95% daripada tahap pra-pandemik menjelang akhir tahun ini menjadi petanda baik untuk sub-segmen Aeroangkasa. Ramalan tiga tahun Rolls-Royce menunjukkan tempahan untuk pesawat akan terus bertambah serta mengatasi tahap pra-Covid-19. Jangkaan pesanan yang lebih tinggi untuk selongsong kipas akan meningkatkan kadar penggunaan kilang pemasangan dan dijangka menyumbang secara positif kepada sub-segmen Aeroangkasa untuk baki tahun ini.

Prospek keseluruhan
Kumpulan berbesar hati dengan prestasi kukuh pada suku ketiga tahun 2023 kerana ketiga-tiga segmen perniagaan teras telah mencatatkan keputusan yang lebih baik. Kumpulan akan terus menumpukan kepada pengukuhan perniagaannya melalui kecekapan operasi dan inisiatif pengurusan kos serta mempercepatkan inisiatif CREST@UMW dalam meningkatkan daya tahan dan kemampanannya. Kumpulan dijangka dapat memberikan prestasi yang memuaskan untuk tahun ini.

 

 

Click to show English Version