UMW GROUP’S AUTOMOTIVE SALES SURGED BY 20.4% IN JANUARY 2022

- UMW Toyota Motor registered 7,528 units in January 2022

- Perodua registered 17,444 units in January 2022

KUALA LUMPUR, 21 February 2022 – The UMW Group started 2022 on a strong footing as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered improved automotive sales in January. The Group delivered 24,972 units in January 2022, 20.4% higher than the 20,740 units sold in January 2021, as it continues to fulfil its encouraging outstanding order book.

UMWT almost doubled its sales in January 2022 with 7,528 units, 95.8% higher than the 3,845 units registered in the corresponding month of 2021. Toyota Vios, Hilux and Yaris continue to be UMWT’s best-selling models in January. Expanding its product offering into the electrified vehicle space, UMWT launched the Toyota Corolla Cross on 14 January 2022, its first locally assembled Hybrid Electric Vehicle (“HEV”) on the Toyota New Global Architecture (“TNGA”) platform. UMWT believes that this will pave the way for the introduction of more HEVs and electric vehicles in Malaysia as consumers aspire towards a cleaner drive, which is evident from the encouraging orders received for the Corolla Cross HEV since it was open for booking in October 2021. It is also inline with the Group’s goal to achieve carbon-neutrality by 2050.

Meanwhile, Perodua registered sales of 17,444 units in January 2022, 3.2% higher than the 16,895 units registered in January 2021. Perodua targets to sell 247,800 units this year, a 30% increase over the 190,291 units sold in 2021. It plans to increase production to 265,900 vehicles this year and in the process, will purchase a record RM7.5 billion worth of locally-sourced components in 2022 which will sustain and strengthen the local automotive industry.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the improved sales registered by both UMWT and Perodua in January 2022. The Group expects the growth in automotive sales will continue in the coming months supported by the introduction of exciting new models as well as the sales tax exemption. Moving forward, the Malaysian Automotive Association (“MAA”) has forecast that the total industry volume (“TIV”) will grow by nearly 18% to 600,000 units in 2022, underpinned by the projected GDP growth of between 5.5% and 6.5% in 2022, continued support from the government as well as improving consumer confidence. Both UMWT and Perodua will continue to focus on introducing new and improved models and offer superior after-sales services to meet our customers’ requirements and expectations in order to achieve our targets in 2022.”

Click to show Malay Version

 

 

JUALAN AUTOMOTIF KUMPULAN UMW MENINGKAT SEBANYAK 20.4% PADA BULAN JANUARI 2022

- - Jualan kenderaan UMW Toyota Motor meningkat pada Januari 2022 dengan 7,528 unit

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 17,444 unit pada Januari 2022

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – Kumpulan UMW membuka tirai 2022 dengan baik apabila kedua-dua UMW Toyota Motor ("UMWT") dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan peningkatan bagi jualan automotif pada bulan Januari. Kumpulan telah mendaftarkan sebanyak 24,972 unit jualan kenderaan pada bulan Januari 2022, 20.4% lebih tinggi berbanding 20,740 unit yang didaftarkan pada bulan Januari 2021, disokong oleh usaha untuk memenuhi jumlah tempahan yang menggalakkan yang telah tertunggak.

Jualan kenderaan UMWT pada bulan Januari 2022 meningkat hampir dua kali ganda dengan 7,528 unit, 95.8% lebih tinggi berbanding 3,845 unit yang didaftarkan pada bulan yang sama pada tahun 2021. Toyota Vios, Hilux dan Yaris terus menjadi model terlaris bagi UMWT pada bulan Januari. Memperluaskan penawaran produknya ke arah kenderaan elektrik, UMWT telah melancarkan Toyota Corolla Cross pada 14 Januari 2022, Kenderaan Elektrik Hibrid (“HEV”) pertama dengan pemasangan tempatan di platform Toyota New Global Architecture (“TNGA”). UMWT yakin pelancaran itu akan membuka jalan dalam memperkenalkan lebih banyak HEV dan kenderaan elektrik di Malaysia sekiranya terdapat pengguna yang berhasrat untuk ke arah pemanduan yang lebih bersih, dan terbukti daripada tempahan yang menggalakkan bagi Corolla Cross HEV itu sejak ia dibuka untuk tempahan bermula pada bulan Oktober 2021. Ia juga selaras dengan matlamat kumpulan untuk mencapai objektif neutral karbon menjelang 2050.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 17,444 unit pada bulan Januari 2022, 3.2% lebih tinggi berbanding 16,895 unit yang didaftarkan pada bulan Januari tahun 2021. Perodua mensasarkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 247,800 unit pada tahun ini, peningkatan sebanyak 30% berbanding 190,291 unit yang dijual pada tahun 2021. Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran kepada 265,900 kenderaan pada tahun ini dan dalam pada itu, akan membeli komponen sumber tempatan yang bernilai RM7.5 bilion pada 2022 yang akan terus membawa kebaikan terhadap industri automotif tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jumlah jualan kenderaan yang memberangsangkan yang didaftarkan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua pada bulan Januari 2022. Kumpulan menjangkakan jualan kenderaan bagi automotif akan berterusan pada masa yang akan datang yang disokong oleh pengenalan model baharu yang menarik serta pengecualian cukai jualan. Persatuan Automotif Malaysia (“MAA”) juga meramalkan bahawa jualan keseluruhan industri (“TIV”) akan meningkat hampir 18% kepada 600,000 unit pada 2022, disokong oleh unjuran pertumbuhan KDNK antara 5.5% dan 6.5% bagi tahun 2022, sokongan berterusan daripada kerajaan serta peningkatan terhadap keyakinan pengguna. Kedua-dua UMWT dan Perodua akan terus memberikan fokus dalam memperkenalkan model baharu dan kemaskini serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan kami untuk mencapai sasaran kami pada tahun 2022.”

 

 

Click to show English Version