UMW HOLDINGS’ NET PROFIT INCREASED 16.8% TO RM86.5 MILLION IN 1Q19; HIGHER REVENUE ACHIEVED BY ALL THREE CORE BUSINESSES

 Automotive segment’s revenue grew 15.2%
 Equipment segment’s revenue improved by 2.6%
 Manufacturing & Engineering segment’s revenue soared 40.7%
 Group revenue from Continuing Operations rose 14.9%

KUALA LUMPUR, 21 May 2019– UMW Holdings Berhad’s revenue from Continuing Operations rose 14.9% to RM2,774.8 million, propelled by better showing from all three core business segments. The Automotive segment registered higher vehicle sales in the first quarter of 2019, while improving sales in the heavy equipment business boosted the performance of the Equipment segment. Furthermore, the Manufacturing & Engineering (M&E) segment achieved robust revenue growth on the back of ramping up of fan cases delivery to Rolls-Royce as well as better sales in the auto components business. UMW’s profit before taxation (PBT) from Continuing Operations narrowed to RM140.7 million in the first quarter of the year due to higher depreciation attributable to the new Bukit Raja plant coupled with lower margin in the Equipment segment. Nonetheless, the Group’s consolidated net profit surged to RM86.5 million for the first quarter of 2019 compared to RM74.1 million registered in the same quarter of last year as the losses from the Unlisted Oil & Gas segment significantly reduced.

UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim said, “Subsequent to our strategic decision to refocus on our three core businesses, we have begun to realise the benefits of some of our key initiatives this year. We will continue to strengthen our presence in the automotive market, especially with our new state-of-the-art assembly plant. Since commercial production began in January, we have introduced the all-new Toyota Vios and Toyota Yaris with high local content to be more competitive in the market. The revival of the major infrastructure projects is expected to spark optimism in the Equipment segment as demand increases. In the M&E segment, KYB-UMW will commence its plant modernisation activities to meet increasing demand, while we continue to ramp-up production of fan cases for Rolls-Royce. We also see potential to explore and penetrate more markets in ASEAN for our very own Grantt brand of lubricants. Notwithstanding the uncertainty in the global economy due to trade tensions as well as the exchange rate movements, the Group is embarking on its cost optimisation initiatives to improve its business performance and operational productivity. All in, the Group is on a firm path to deliver sustainable value to our shareholders.”

For the first quarter of 2019, the Group achieved a higher consolidated PBT of RM140.5 million compared to RM123.6 million recorded in the corresponding quarter of the previous year. The improved result was mainly attributable to the significantly narrowing losses registered in the Discontinued Operations. The segment posted a marginal loss before taxation of RM0.1 million compared to loss before taxation of RM30.7 million registered a year ago. Included in the result last year was a write down of assets and investments to fair value in line with the Group’s divestment strategy from the Unlisted Oil & Gas segment.

The Automotive segment registered revenue of RM2,162.5 million which was 15.2% higher than the RM1,877.1 million reported in the previous corresponding quarter. The improved revenue was due to higher number of vehicles sold in the first quarter of 2019. Notwithstanding the higher revenue, PBT was marginally lower by RM1.7 million to RM124.2 million due to higher depreciation, which was partially offset by better performance from an associated company.

In the first quarter of 2019, the Equipment segment registered revenue of RM382.8 million which was higher than the RM373.0 million reported in the first quarter of 2018, mainly driven by improved sales in the heavy equipment business. However, PBT eased by RM2.7 million from RM44.9 million to RM42.2 million, affected by the competitive product pricing environment.

M&E segment’s revenue surged 40.7% to RM237.1 million in the first quarter of 2019 compared to RM168.5 million reported in the previous corresponding quarter. The improved revenue was contributed by the aerospace business from ramping up of fan cases delivery and increased sales in the auto components business. Consequently, the segment rebounded from a loss before taxation of RM2.9 million in the first quarter of last year to achieve a PBT of RM2.3 million in the current quarter.

Moving forward, while the business environment remains challenging, the Group is well-positioned to continue to deliver good results. The introduction of fresh and exciting models from its new automotive assembly plant and lower borrowing costs for consumers as a result of the reduction in OPR are expected to boost sales of vehicles. The Heavy Equipment business is also expected to gain from the revival of the major infrastructure projects in Malaysia. The Industrial Equipment business is projected to continue performing well, especially in the rental market. In the M&E segment, strong demand for auto components and lubricants arising from the strong automotive industry is expected to contribute positively to the segment whilst the Aerospace business is steadily ramping up production to meet orders.

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN BERSIH UMW HOLDINGS MENINGKAT SEBANYAK 16.8% KEPADA RM86.5 JUTA UNTUK 1Q19; KETIGA-TIGA SEGMEN PERNIAGAAN TERAS MENCATAT KEUNTUNGAN LEBIH TINGGI

 Keuntungan untuk segmen Automotif tumbuh sebanyak 15.2%
 Keuntungan bagi segmen Jentera bertambah sebanyak 2.6%
 Keuntungan segment Pembuatan & Kejuruteraan melonjak sebanyak 40.7%
 Keuntungan Kumpulan daripada Operasi Berterusan meningkat sebanyak 14.9%

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2019– Keuntungan UMW Holdings Berhad daripada Operasi Berterusan meningkat sebanyak 14.9% kepada RM2,774.8 juta, disumbangkan oleh peningkatan prestasi daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras. Segmen Automotif mencatatkan jualan kenderaan yang lebih tinggi bagi suku pertama untuk 2019, manakala peningkatan jualan bagi perniagaan jentera berat merangsang prestasi baik segmen Jentera. Selain itu, segmen Pembuatan dan Kejuruteraan mencapai pertumbuhan keuntungan yang memberangsangkan, hasil daripada penambahan penghantaran selongsong kipas kepada Rolls-Royce, selain daripada jualan yang lebih baik dalam perniagaan komponen auto. Keuntungan sebelum cukai (PBT) UMW daripada Operasi Berterusan berkurang kepada RM140.7 juta bagi suku pertama tahun ini disebabkan oleh susut nilai yang lebih tinggi daripada kilang pemasangan baharu di Bukit Raja, tambahan dengan margin yang lebih rendah bagi segmen Jentera. Keuntungan bersih Kumpulan melonjak kepada RM 86.5 juta bagi suku pertama 2019 berbanding RM74.1 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun sebelumnya, kesan daripada pengurangan signifikan bagi kerugian dalam segmen Operasi Minyak & Gas Tidak Tersenarai.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, “Selaras dengan keputusan strategik Kumpulan untuk kembali fokus kepada tiga perniagaan teras utama, kami telah mula menunjukkan manfaat daripada inisiatif yang diambil bagi tahun ini. Kami akan terus mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran automotif, terutamanya dengan permulaan operasi kilang pemasangan kami yang baharu. Sejak pengeluaran komersial bermula Januari lepas, kami telah berjaya memperkenal dua model serba baharu iaitu Toyota Vios dan Toyota Yaris dengan kandungan tempatan tinggi supaya lebih berdaya saing dalam pasaran. Penerusan semula projek-projek infrastruktur utama dijangka akan meningkatkan keyakinan daripada penambahan permintaan bagi segmen Jentera. Bagi segmen M&E, KYB-UMW akan memulakan aktiviti pemodenan kilang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sementara kami meneruskan peningkatan pengeluaran selongsong kipas untuk Rolls-Royce. Kami juga percaya akan potensi untuk menembusi lebih banyak lagi pasaran ASEAN bagi jenama minyak tersendiri iaitu Grantt. Walaupun dengan ketidakpastian dalam ekonomi global hasil daripada ketegangan perdagangan serta pergerakan kadar pertukaran, Kumpulan akan meneruskan usaha dan initiatif untuk memperbaik prestasi perniagaan dan operasi pengeluaran. Secara keseluruhannya, kami yakin Kumpulan berada di landasan yang kukuh untuk menghasilkan nilai mampan bagi pemegang-pemegang saham.”

Untuk suku pertama 2019, Kumpulan mencatatkan PBT yang lebih tinggi sebanyak RM140.5 juta berbanding RM123.6 juta untuk suku yang sama pada tahun sebelumnya. Keputusan yang bertambah baik itu adalah disebabkan oleh pengurangan kerugian yang signifikan bagi Operasi Diberhentikan. Segmen tersebut mencatatkan kerugian marginal sebelum cukai sebanyak RM0.1 juta berbanding RM30.7 juta tahun lalu. Juga disertakan dalam keputusan tahun lalu merupakan penarikan aset dan pelaburan kepada nilai saksama, selari dengan strategi pengeluaran Kumpulan daripada segmen Minyak & Gas Tidak Tersenarai.

Segmen Automotif merekodkan keuntungan sebanyak RM2,162.5 juta iaitu 15.2% lebih tinggi daripada RM1,877.1 juta yang direkodkan pada suku sebelumnya. Peningkatan tersebut disumbangkan oleh jumlah jualan kenderaan yang lebih banyak terjual bagi suku pertama 2019. Namun begitu, walaupun terdapat peningkatan dalam prestasi syarikat bersekutu, ianya terjejas dengan susut nilai yang lebih tinggi yang menyebabkan PBT menurun lebih rendah sebanyak RM1.7 juta kepada RM124.2 juta.

Bagi suku pertama 2019, segmen Jentera mencatatkan keuntungan sebanyak RM382.9 juta, iaitu lebih tinggi daripada RM373.0 juta yang direkodkan untuk suku yang sama tahun 2018, didorong oleh peningkatan dalam jualan perniagaan jentera berat. Walaupun begitu, PBT bagi segmen Jentera berkurangan sebanyak RM2.7 juta daripada RM44.9 juta kepada RM42.3 juta, secara amnya disebabkan oleh faktor persaingan harga dalam pasaran untuk produk tersebut.

Seterusnya, keuntungan bagi segmen M&E melonjak sebanyak 40.7% kepada RM237.1 juta bagi suku pertama 2019 berbanding RM168.5 juta direkodkan dalam suku yang sebelumnya. Penambahan keuntungan itu disumbangkan oleh penambahan penghantaran selongsong kipas selain daripada penambahan jualan dalam perniagaan komponen auto bagi perniagaan Aeroangkasa. Lantaran itu, segmen M&E berjaya menukarkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.9 juta untuk suku pertama tahun sebelumnya kepada PBT sebanyak RM2.3 juta untuk suku semasa.

Melangkah ke hadapan, walaupun persekitaran perniagaan kekal mencabar, Kumpulan berada di tempat yang kukuh untuk terus memberikan keputusan yang baik. Pengenalan model-model baharu dan menarik yang ditawarkan daripada kilang pemasangan baharu serta kos peminjaman yang lebih rendah kesan dari pengurangan dalam OPR dijangka akan membantu menggalakkan jualan kenderaan. Perniagaan Jentera Berat juga dijangka untuk mendapat manfaat daripada kebangkitan semula projek-projek infrastruktur utama di Malaysia. Perniagaan Jentera Industri pula dijangka untuk mengekalkan prestasi baik terutamanya dalam pasaran penyewaan. Untuk segmen M&E, permintaan yang tinggi untuk komponen auto dan minyak pelincir daripada industri automotif yang teguh diharapkan dapat menyumbang secara positif terhadap segmen sementara segmen Aeroangkasa berterusan meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi pasaran.

 

 

Click to show English Version