UMW GROUP’S SALES MOMENTUM CONTINUED IN FEBRUARY 2023 WITH DELIVERY OF 34,233 VEHICLES, 44% HIGHER THAN A YEAR AGO

- UMW Toyota Motor registered 9,297 units in February 2023.

- Perodua registered 24,936 units in February 2023.

KUALA LUMPUR, 13 March 2023 – The UMW Group’s automotive sales maintained its strong momentum in February 2023 with the delivery of 34,233 vehicles, 44% higher than the 23,853 units registered in the same month last year, as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to fulfil its encouraging outstanding bookings.

UMWT’s sales surged to 9,297 units in February 2023, 45% higher than the 6,432 units delivered in February 2022. It was also 37% higher than the 6,786 units registered in January 2023. For the first two months of 2023, UMWT registered 16,083 units, a 15% growth compared with the 13,960 units registered in the corresponding period of 2022. UMWT expects the demand and sales to be sustained throughout the year, supported by the introduction of new and facelift models. On 17 February 2023, UMWT launched the GR Supra, GR 86, GR Corolla, Corolla Cross GR Sport as well as the Hilux GR Sport. To further strengthen its market position, UMWT has started order taking for the all-new Toyota Vios on 24 February.

Perodua’s sales continued on an upward trajectory in February 2023 with the delivery of 24,936 units, 43% higher than the 17,421 units registered in February 2022 as well as 16% higher than the 21,449 units registered in January 2023. For the first two months of 2023, Perodua delivered 46,385 units, a 33% growth compared with the 34,865 units registered in the corresponding period of 2022. With the improving demand, Perodua has set a higher sales target of 314,000 units for 2023, a 11% growth compared with 2022. The higher sales will be driven by the all-new 2023 Perodua Axia that was launched on 14 February 2023.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the improved sales registered by both UMWT and Perodua in February 2023. We are cautiously optimistic that the automotive industry will continue to perform well in 2023 based on the encouraging sales and orders. We are grateful to our customers for their continuous support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

MOMENTUM JUALAN AUTOMOTIF KUMPULAN UMW KEKAL KUKUH PADA BULAN FEBRUARI 2023 DENGAN CATATAN JUALAN SEBANYAK 34,233 UNIT, 44% LEBIH TINGGI BERBANDING SETAHUN YANG LALU

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 9,297 unit pada bulan Februari 2023

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 24,936 unit pada bulan Februari 2023.

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 – Jualan automotif Kumpulan UMW mengekalkan momentum yang kukuh pada bulan Februari 2023 dengan catatan penjualan sebanyak 34,233 unit kenderaan, 44% lebih tinggi daripada 23,853 unit yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kerana kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua terus memenuhi tempahan tertunggak yang menggalakkan.

Jualan UMWT melonjak kepada 9,297 unit pada bulan Februari 2023, 45% lebih tinggi daripada 6,432 unit yang dicatatkan pada bulan Februari 2022 dan 37% lebih tinggi daripada 6,786 unit yang didaftarkan pada bulan Januari 2023. Bagi dua bulan pertama tahun 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 16,083 unit, peningkatan sebanyak 15% berbanding 13,960 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. UMWT menjangka permintaan dan jualan dapat dikekalkan sepanjang tahun ini, disokong oleh pengenalan model baharu dan kemaskini. Pada 17 Februari 2023, UMWT telah melancarkan GR Supra, GR 86, GR Corolla, Corolla Cross GR Sport serta Hilux GR Sport. Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam pasaran, UMWT mula mengambil pesanan untuk Toyota Vios serba baharu bermula 24 Februari.

Jualan Perodua mengekalkan peningkatan jualannya pada bulan Februari 2023 dengan catatan jualan sebanyak 24,936 unit, 43% lebih tinggi daripada 17,421 unit yang didaftarkan pada bulan Februari 2022 serta 16% lebih tinggi daripada 21,449 unit yang didaftarkan pada bulan Januari 2023. Bagi dua bulan pertama tahun 2023, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 46,385 unit, peningkatan sebanyak 33% berbanding 34,865 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Dengan permintaan yang semakin baik, Perodua telah menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 314,000 unit untuk tahun 2023, 11% lebih tinggi berbanding tahun 2022. Catatan jualan yang lebih tinggi akan dipacu oleh Perodua Axia 2023 serba baharu yang dilancarkan pada 14 Februari 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan peningkatan jualan yang didaftarkan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua pada bulan Februari 2023. Kami positif bahawa industri automotif akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2023 berdasarkan jualan dan tempahan yang menggalakkan. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version