AUTOMOTIVE SEGMENT TO SPEARHEAD UMW HOLDINGS’ FINANCIAL PERFORMANCE IN THE SECOND HALF OF 2020

- UMW Toyota Motor sold 7,509 units in July 2020
- Perodua registered sales of 23,203 units in July 2020

KUALA LUMPUR, 5 August 2020 – Spearheaded by its Automotive segment following encouraging sales achieved by UMW Toyota Motor (UMWT) and its 38%-associate company Perodua in July, UMW Holdings Berhad is looking forward to an improved financial performance in the second half of 2020.  The Group’s automotive market share is estimated at 52% in July, higher than the 51.4% registered in 2019.  The improved sales in the month of July was mainly due to the sales tax exemption announced by the government on 5 June, effective from 15 June to 31 December 2020.

UMWT sold 7,509 units in July, its highest for the year, 70.0% more than the 4,417 units registered in June.  Toyota Vios continues to be its best-selling model in July, contributing about 34% of its total sales.  Earlier in June, UMWT introduced the all-new 5th generation Toyota RAV4, a fully-imported Sports Utility Vehicle (SUV) from Japan.

Meanwhile, July marked Perodua’s highest monthly sales for the year, with registered sales of 23,203 vehicles, a 9.2% increase from the 21,250 units sold in June.  Perodua is also increasing production at both its assembly plants to meet the strong demand.

UMW Holdings Berhad Acting President and Group CEO, Azmin bin Che Yusoff said, “Both UMWT and Perodua staged a strong recovery following disruptions to sales earlier this year due to Covid-19, and we are encouraged by the promising sales registered by both UMWT and Perodua in July.  We are also thankful to the government for introducing economic stimulus packages and implementing sales tax exemption to boost the automotive industry in Malaysia.  With these measures in place, we are confident of achieving our sales targets for the year.”

Consistent with the increase in vehicle sales, the Group’s Manufacturing & Engineering (M&E) segment is also seeing rising demand for auto components and lubricants from both the OEM and REM markets.  Its lubricants business in China has returned to pre-Covid-19 level.

Click to show Malay Version

 

 

SEGMEN AUTOMOTIF DIJANGKA MENERAJUI PRESTASI KEWANGAN UMW HOLDINGS PADA SEPARUH TAHUN KEDUA 2020

- UMW Toyota Motor mencatatkan penjualan sebanyak 7,509 unit pada bulan Julai 2020
- Jualan Perodua meningkat ke 23,203 unit pada bulan Julai 2020

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2020 – Diterajui oleh segmen Automotif berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan 38%-syarikat bersekutu Perodua pada bulan Julai, UMW Holdings Berhad menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik pada separuh kedua tahun 2020.  Bahagian pasaran automotif Kumpulan UMW pada bulan Julai dianggarkan pada 52%, lebih tinggi daripada 51.4% yang dicatatkan pada tahun 2019. Peningkatan penjualan pada bulan Julai didorong terutamanya oleh pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun, berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

UMWT mencatatkan penjualan sebanyak 7,509 unit pada bulan Julai 2020, antara yang tertinggi bagi tahun ini, 70.0% lebih tinggi daripada 4,417 unit yang didaftarkan pada bulan Jun.  Toyota Vios terus menjadi model terlaris pada bulan Julai, menyumbang sekitar 34% dari jumlah penjualannya.  UMWT telah memperkenalkan Toyota RAV4 baru generasi yang ke-5 pada awal bulan Jun, sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang diimport sepenuhnya dari Jepun.

Bagi Perodua, Julai merupakan bulan penjualan tertinggi pada tahun ini, dengan penjualan berdaftar kenderaan sebanyak 23,203 unit, peningkatan sebanyak 9.2% daripada 21,250 unit yang dijual pada bulan Jun.  Pengeluaran di kedua-dua kilang pemasangan Perodua juga ditingkatkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin bin Che Yusoff berkata, "UMWT dan Perodua menunjukkan tahap pemulihan yang kuat berikutan gangguan penjualan pada awal tahun yang disebabkan oleh Covid-19, tambahan pula dengan penjualan yang memberangsangkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Julai, kami kekal optimis.  Kami juga berterima kasih kepada kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan menerapkan pengecualian cukai penjualan untuk meningkatkan industri automotif di Malaysia.  Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, kami yakin dapat mencapai sasaran penjualan kami bagi tahun ini. "

Selaras dengan peningkatan jumlah penjualan kenderaan, segmen Pembuatan & Kejuruteraan (M&E) Kumpulan juga menunjukkan peningkatan permintaan bagi komponen automotif dan pelincir kenderaan dari pasaran OEM dan REM.  Perniagaan pelincirnya di China telah kembali ke tahap pra-Covid-19.

 

 

Click to show English Version