UMW GROUP EXPANDS ITS RANGE OF GREEN PRODUCTS THROUGH DISTRIBUTION OF INNIO’S JENBACHER ENGINES; ORGANISES MAIDEN GREEN ENERGY FORUM FOR BIOGAS INDUSTRY PLAYERS

KUALA LUMPUR, 25 May 2023 –UMW Group’s wholly-owned subsidiary, UMW Industrial Power Services Sdn. Bhd. (“UIPS”) has been appointed as the authorised distributor of INNIO’s Jenbacher engines in Malaysia, marking UIPS’ maiden foray into the green and renewable energy sector. The distribution of this product supports UMW’s Sustainability Pillar under CREST@UMW, which is also in line with the 12th Malaysia Plan’s goal to achieve 100% carbon neutrality by 2050.

To apprise industry players of UIPS’ foray into the green energy sector, UMW and INNIO Jenbacher had organised a Green Energy Forum entitled Biogas, Moving Forward which was held today. INNIO kicked-off the forum by showcasing its range of products and sharing technology updates on its Jenbacher engines, while UIPS shared its capabilities as a total solution provider for the industry.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources, Environment and Climate Change, delivered a keynote address and subsequently presented Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President & Group CEO, UMW Holdings Berhad with the MyHijau Mark certificate for the Jenbacher gas engines, which is Malaysia’s official green recognition scheme issued by the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (“MGTC”). The presentation of the green certification was witnessed by Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Group Chairman, UMW Holdings Berhad and Megat Shahrul Azmir, President of Equipment Division, UMW. Also present at the event were H.E. Andreas Launer, the Austrian Ambassador to Malaysia, Carsten Dommermuth, Vice President & Managing Director, INNIO’s Jenbacher product brand, APAC region, as well as Carl Richers, Vice President, Product Management & Marketing, INNIO’s Jenbacher product brand.

The MyHijau Mark certification presents an opportunity for the product to become a source for green procurement. Furthermore, with the MyHijau Mark certification, UIPS’s customers will be eligible for Green Income Tax Exemption (“GITE”) and Green Investment Tax Allowance (“GITA”). The green certification also allows UIPS to promote Jenbacher gas engines as well as offer sales and maintenance support to all biogas plant developers who had secured the Sustainable Energy Development Authority (“SEDA”) Feed-in Tariff (“FiT”) quotas and palm oil mill owners for their own power generation.

INNIO is an Austrian-based global energy solution and service provider for the power generation and compression segments, with products based on renewable energy sources under its portfolio. INNIO’s Jenbacher products provide sustainable and economical power for businesses and industries ready to invest in a green hydrogen future. Its engines are paving the way for the global transition to net zero by running on a broad range of energy sources, from natural gas to hydrogen, as well as other renewable gas including biogas.

YB Nik Nazmi in his speech noted that while Malaysia has made reasonable progress in transitioning to a lower carbon energy system, “there is still much to be done to reduce our reliance on fossil fuels.”

The government, he said, therefore, will:
I. Improve the existing policy and regulatory framework of electricity supply,
II. Map out a bolder and more aspirational energy transition plan and,
III. Provide avenues and participate in strategic discourse on transformative policies, regulations and financial incentives to stimulate local and regional markets for energy transition.

“But as I have mentioned earlier, the success of this transition will require broad-based alliances. We need companies to adopt business models and invest, innovate, research, learn and co-create products and technology that support this aim.”

On the collaboration between UIPS and INNIO, UMW Holdings Berhad Group Chairman, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman said, “Our CREST@UMW strategy extends to playing a bigger role in building a sustainable nation, as we work closely with our partners to promote green products. With the accelerated reach for conscious consumerism, adding INNIO’s Jenbacher engines to our product offering is one of our efforts to promote sustainability, not only into our business strategy but also to our clients, as these engines have obtained the MyHijau Mark certification. With an estimation of up to 100 MegaWatt (“MW”) of biogas plant capacity set to come online over the next five years, it is envisaged that there will be an increased demand for gas engines as the government continues to award yearly FiT quota and enforce carbon capture and emission controls.”

“Our Jenbacher technology effectively generates clean energy and heat from bio waste, making a significant impact on reducing CO2 emissions. Power plants using Jenbacher engines operating on natural gas or renewable energy sources can achieve electrical efficiencies of up to a remarkable 48.7%. Additionally, when operating in combined heat and power configuration, overall efficiency increases up to an impressive 95%. INNIO is dedicated to delivering solutions that pave the way for a greener and more sustainable future. And we are proud to support the government of Malaysia's journey to achieve 100% carbon neutrality," said Carl Richers, Vice President, Product Management & Marketing, INNIO’s Jenbacher product brand.

Today’s forum also aims to provide a platform for proactive dialogue between all stakeholders within the biogas industry to strengthen cooperation and encourage innovative collaborations aimed at scaling up the nation’s green agenda. Government agencies championing the development and advancement of green products namely the Malaysian Industrial Development Authority (“MIDA”), MGTC and SEDA also participated in the forum, bringing forth discussions on the nation’s agenda on green energy, including Renewable Energy roadmap, decarbonisation plan, regulations and incentives as well as other relevant topics.

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MEMPERLUASKAN RANGKAIAN PRODUK HIJAU MELALUI PENGEDARAN ENJIN INNIO JENBACHER; MENGANJURKAN FORUM SULUNG TENAGA HIJAU UNTUK PENGGIAT INDUSTRI BIOGAS

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 –Anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, UMW Industrial Power Services Sdn. Bhd. (“UIPS”) telah dilantik sebagai pengedar sah enjin INNIO Jenbacher di Malaysia sekali gus membawa masuk UIPS ke dalam sektor tenaga hijau dan boleh diperbaharui. Pengedaran produk ini menyokong Tunjang Kelestarian UMW di bawah CREST@UMW, yang juga selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang menyasarkan untuk mencapai neutral karbon 100% menjelang 2050

Untuk memaklumkan kepada penggiat industri tentang usaha UIPS menceburi sektor tenaga hijau, satu forum Tenaga Hijau yang dianjurkan oleh UMW & INNIO Jenbacher yang bertajuk Biogas, Moving Forward telah diadakan hari ini. INNIO memulakan forum dengan mempamerkan rangkaian produknya dan berkongsi teknologi terkini yang terdapat pada enjin gas Jenbachernya, manakala UIPS berkongsi keupayaannya sebagai pembekal untuk industri.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, memberi ucapan penting dan seterusnya menyampaikan sijil MyHijau Mark untuk penjana enjin gas Jenbacher kepada Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad iaitu skim pengiktirafan hijau rasmi Malaysia yang dikeluarkan oleh Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (“MGTC”). Penyampaian sijil hijau itu disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Kumpulan, UMW Holdings Berhad dan Megat Shahrul Azmir, Presiden Bahagian Jentera, UMW. Turut hadir pada majlis itu ialah H.E. Andreas Launer, Duta Austria ke Malaysia, Carsten Dommermuth, Naib Presiden & Pengarah Urusan, jenama produk Jenbacher INNIO, APAC serantau, serta Carl Richers, Naib Presiden, Pengurusan Produk & Pemasaran, jenama produk Jenbacher INNIO.

Pensijilan MyHijau Mark memberi peluang kepada produk tersebut untuk menjadi sumber perolehan yang berunsur hijau. Tambahan pula, dengan pensijilan MyHijau Mark juga, pelanggan UIPS akan layak untuk mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (“GITE”) dan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (“GITA”). Pensijilan hijau juga membolehkan UIPS mempromosikan enjin Jenbacher serta menawarkan servis penjualan dan penyelenggaraan kepada semua pemaju loji biogas yang telah memperoleh kuota Sustainable Energy Development Authority (“SEDA”) Feed-in Tarif (“FiT”) dan juga untuk penjanaan kuasa oleh pemilik kilang minyak sawit.

INNIO adalah sebuah syarikat tenaga global dan pembekal perkhidmatan yang bertempat di Austria untuk segmen penjanaan kuasa dan pemampatan dengan produk yang berasaskan sumber tenaga boleh diperbaharui di bawah portfolionya. INNIO Jenbacher menyediakan kuasa yang mampan dan menjimatkan untuk perniagaan dan industri yang sedia untuk dilaburkan bagi masa hadapan berhidrogen hijau. Ini membuka ruang untuk peralihan global kepada karbon sifar dengan menggunakan pelbagai sumber tenaga, daripada gas kepada hidrogen, serta gas boleh diperbaharui lain termasuk biogas.

YB Nik Nazmi dalam ucapannya menyatakan bahawa walaupun Malaysia telah menunjukkan kemajuan dalam peralihan kepada sistem tenaga karbon yang lebih rendah, "masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada bahan api fosil."

Oleh itu, katanya, kerajaan akan:
I. Menambah baik polisi sedia ada dan rangka kerja kawal selia bekalan elektrik,
II. Menyediakan pelan peralihan tenaga yang lebih menyerlah dan,
III. Menyediakan peluang dan mengambil bahagian dalam transformasi polisi strategik, peraturan dan insentif kewangan untuk merangsang pasaran tempatan dan serantau untuk peralihan tenaga.

“Tetapi seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kejayaan peralihan ini memerlukan pakatan yang meluas. Kami mengalu-alukan penglibatan syarikat untuk mengguna pakai model perniagaan dan melabur, berinovasi, menyelidik, belajar dan mencipta bersama produk dan teknologi yang menyokong matlamat ini.”

Mengenai kerjasama antara UIPS dan INNIO, Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Berhad, Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, “Strategi CREST@UMW kami memainkan peranan yang lebih besar dalam membina sebuah negara yang mampan dengan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk mempromosikan produk hijau. Dengan penerimaan daripada pengguna yang tinggi, penambahan enjin INNIO Jenbacher kepada barisan produk kami adalah salah satu usaha kami untuk menggalakkan kemampanan, bukan sahaja dari strategi perniagaan kami tetapi juga kepada pelanggan kami, kerana enjin ini telah memperoleh sijil MyHijau Mark. Dengan anggaran sehingga 100 MegaWatt (“MW”) kapasiti loji biogas yang akan tersedia dalam talian untuk tempoh lima tahun akan datang, dijangkakan permintaan meningkat bagi penjana enjin gas kerana kerajaan terus memberikan kuota FiT tahunan dan menguatkuasakan kawalan pelepasan karbon.”

“Teknologi Jenbacher kami berkesan menjana tenaga bersih dan haba daripada sisa bio, memberi impak yang ketara dalam mengurangkan pelepasan CO2. Loji kuasa menggunakan enjin Jenbacher yang beroperasi menggunakan gas asli atau sumber tenaga boleh diperbaharui boleh mencapai kecekapan elektrik sehingga 48.7%. Selain itu, kecekapan keseluruhan meningkat sehingga 95% apabila berlakunya penggabungan konfigurasi haba dan kuasa. INNIO berperanan untuk membuka ruang masa hadapan yang lebih hijau dan lebih mampan. Dan kami berbangga untuk menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk mencapai neutral karbon 100%," kata Carl Richers, Naib Presiden, Pengurusan Produk & Pemasaran, jenama produk Jenbacher INNIO.

Forum hari ini juga bertujuan untuk menyediakan platform untuk perbincangan antara semua pihak berkepentingan dalam industri biogas untuk mengukuhkan kerjasama dan menggalakkan perkongsian inovatif yang bertujuan untuk meningkatkan agenda hijau negara. Agensi kerajaan yang memperjuangkan pembangunan dan kemajuan produk hijau iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (“MIDA”), MGTC dan SEDA turut mengambil bahagian dalam Forum tersebut, membincangkan mengenai agenda tenaga hijau negara termasuk pelan hala tuju Tenaga Diperbaharui, pelan penyahkarbonan, peraturan dan insentif serta topik lain yang berkaitan.

 

 

Click to show English Version