- UMW Toyota Motor registered 8,033 units in September 2021
- Perodua registered 14,160 units in September 2021
KUALA LUMPUR, 13 October 2021 – The UMW Group’s automotive sales rose to 22,193 units in September 2021 compared with 9,512 units sold in August 2021 as the operations gradually normalise following easing of the Full Movement Control Order (“FMCO”) restrictions from 16 August 2021. Both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to ramp-up production to hasten delivery of the outstanding orders.
UMWT’s sales more than tripled to 8,033 units in September 2021, from the 2,524 units registered in August 2021. This brings its year-to-date September 2021 sales to 46,118 units, 23.5% higher than the 37,339 units registered in the corresponding period of 2020. Toyota Vios continues to be the marque’s best-selling model for September 2021, followed by Hilux and Yaris. In a move to advance its carbon neutrality initiative, UMWT recently announced plans to commence production of Hybrid Electric Vehicles (“HEVs”) in Malaysia. UMWT intends to progressively diversify its offering in the electrified vehicle space as the country advances the policies and infrastructure to promote the transition into vehicle electrification. This plan also aligns with the Malaysian government’s 2050 carbon neutral goal and its push for energy-efficient vehicles (“EEV”) to support environmentally friendly mobility initiatives.
Perodua registered sales of 14,160 units in September 2021, more than doubled the 6,988 units sold in August 2021. With the gradual resumption of the automotive supply chain, Perodua will continue its efforts to ramp-up production to meet its customers’ demand. For the first nine months of the year, Perodua delivered a total of 119,093 units, 17.9% lower than the 145,012 units registered in the corresponding period of 2020, mainly due to FMCO and partly the semiconductor chips shortage. Perodua has managed to secure sufficient semiconductor chips to ensure uninterrupted production for the remainder of the year.
UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The demand for both UMWT and Perodua products and services remains strong, as evident from the healthy level of outstanding orders. The Group expects the automotive sales momentum to peak in the last quarter of the year, supported by the year-end promotions and the sales tax exemption. We are also hopeful that the sales tax exemption will be extended beyond 31 December 2021 to hasten the recovery of the automotive industry. We are thankful to our customers for their continuous support of our products and services, despite the challenges.”
- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,033 unit pada September 2021
- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 14,160 unit pada September 2021
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2021 – Penjualan automotif Kumpulan UMW meningkat kepada 22,193 unit pada bulan September 2021 berbanding dengan 9,512 unit yang dicatatkan pada bulan Ogos 2021 berikutan pembukaan semula operasi secara beransur-ansur serta pelonggaran terhadap sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) mulai 16 Ogos 2021. UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu, Perodua terus meningkatkan jumlah pengeluaran untuk mempercepat penghantaran pesanan yang tergendala.
Jualan UMWT meningkat tiga kali ganda kepada 8,033 unit pada bulan September 2021, daripada 2,524 unit yang didaftarkan pada bulan Ogos 2021. Ini menjadikan jumlah penjualan daripada Januari sehingga bulan September 2021 kepada 46,118 unit, 23.5% lebih tinggi berbanding 37,339 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2020. Toyota Vios terus menjadi model terlaris di pasaran bagi September 2021, diikuti oleh Hilux dan Yaris. Sebagai langkah untuk memajukan inisiatif neutral karbon, UMWT baru-baru ini telah mengumumkan rancangan untuk memulakan pengeluaran Kenderaan Elektrik Hibrid ("HEV") di Malaysia. UMWT akan secara berperingkat mempelbagaikan penawarannya terhadap kenderaan elektrik seiring dengan usaha negara untuk mempertingkatkan polisi dan menaiktarafkan infrastruktur bagi mempromosikan peralihan kepada kenderaan elektrik. Rancangan ini juga sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon 2050 serta pendorongannya terhadap pengeluaran kenderaan cekap tenaga ("EEV") untuk menyokong inisiatif mobiliti mesra pengguna.
Perodua mencatatkan jualan sebanyak 14,160 unit pada bulan September 2021, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding 6,988 unit yang dicatatkan pada bulan Ogos 2021. Dengan pembukaan semula operasi automotif secara beransur-ansur, Perodua akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggannya. Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 119,093 unit, 17.9% lebih rendah daripada 145,012 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2020, disebabkan oleh sekatan PKPP dan kekurangan cip semikonduktor. Perodua telah berjaya mendapatkan cip semikonduktor yang mencukupi untuk memastikan tiada gangguan sepanjang proses pengeluaran kenderaan untuk tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan bagi UMWT dan Perodua terus kukuh, terbukti melalui tahap jumlah pesanan yang memuaskan. Kumpulan menjangkakan momentum penjualan automotif akan memuncak pada suku terakhir tahun ini, disokong oleh promosi akhir tahun dan pengecualian cukai penjualan. Kami juga berharap pengecualian cukai penjualan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi mempercepatkan usaha memulihkan industri automotif. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan terhadap produk dan perkhidmatan kami, walaupun menghadapi pelbagai cabaran. "