UMW HOLDINGS’ NET PROFIT MORE THAN DOUBLED TO RM97.3 MILLION IN 1Q21

- Group revenue surged by 39.4%.
- Automotive segment achieved higher revenue and profit before taxation.
- Equipment segment registered improved revenue.

 

KUALA LUMPUR, 24 May 2021 – Driven by the strong automotive sales, UMW Holdings Berhad (“Group”) achieved profit after tax and minority interests (“PATAMI”) of RM97.3 million for the first quarter ended 31 March 2021, more than double the RM44.3 million recorded in the first quarter of 2020.  Group revenue surged by 39.4% to RM2,954.2 million compared with the corresponding quarter ended 31 March 2020 (“corresponding quarter”) mainly due to higher contribution from the Automotive and Equipment segments.

 

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are encouraged by the Group’s results in the first quarter of 2021 despite the challenging business environment.  The Automotive segment’s performance improved significantly as it benefitted from the sales tax exemption as well as introduction of new models.  With the improving economic activities, the Equipment segment also recorded a higher revenue.  Prudent cost management has also contributed to the improved financial result.  The Group will continue to implement cost optimisation initiatives and optimise our business processes further to generate better returns to our shareholders.”

 

Driven by the higher number of vehicles sold during the first quarter of the year, the Automotive segment revenue surged by 51.1% to RM2,396.0 million compared with the corresponding quarter.  Furthermore, improved contribution from an associated company resulted in the segment’s profit before taxation (“PBT”) to more than double to RM145.5 million.  Apart from the extension of the sales tax exemption, which will end on 30 June 2021, introduction of new models as well as the low interest rate environment are anticipated to propel the sales momentum for the year.  In order to mitigate the shortage of semiconductor chips, the Group is exploring various avenues and working closely with its principals and suppliers for alternative sources of semiconductor chips.

 

The Equipment segment revenue increased by 15.0% to RM332.5 million in the first quarter of 2021 mainly due to higher demand for its products and services in both its local and overseas operations.  The performance of the Industrial Equipment sub-segment is expected to be sustainable as it focuses on growth sectors as well as extending various recovery packages to its customers to remain competitive in the emerging post-pandemic recovery.  With rising e-commerce adoption spurred by the COVID-19 pandemic, the sub-segment could benefit from the increasing demand for warehouse equipment.  The anticipated recovery in the construction sector, anchored by the implementation of large-scale infrastructure projects is expected to support the Heavy Equipment sub-segment’s performance.

 

The Manufacturing & Engineering segment’s revenue and PBT declined in the first quarter of 2021 mainly due to the lower delivery of fan cases by the Aerospace sub-segment.  The Aerospace sub-segment is continuously exploring opportunities to improve its plant utilisation in line with its products and end-customer diversification strategy to mitigate the impact of the COVID-19 pandemic on aviation sector. 

 

The aviation sector is on the recovery path following the rollout of vaccination programme for COVID-19.  This in turn will hasten the full recovery of the aerospace industry, to begin in 2022 as projected by the leading industry players.  On the other hand, the prospect for Auto Components sub-segment remains positive for 2021 supported by the extension of sales tax exemption until 30 June 2021, coupled with improved automotive total industry volume (“TIV”) and the government’s stimulus packages.  The Lubricants sub-segment will continue to leverage on its Original Equipment Manufacturer (“OEM”) and Replacement Equipment Manufacturer (“REM”) markets to strengthen its domestic and overseas sales.

 

Dato’ Fuaad added, “We are cautiously optimistic of our prospects for the year, underpinned by Malaysia’s projected GDP growth in 2021 of between 6.0% and 7.5% and the continuing support from the government.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN BERSIH UMW HOLDINGS MENINGKAT LEBIH DARI DUA KALI GANDA KEPADA RM97.3 JUTA PADA 1Q21

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat sebanyak 39.4%.
- Segmen Automotif mencatatkan hasil perniagaan dan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi.
- Hasil perniagaan Segmen Jentera merekodkan peningkatan.

 

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2021 – Didorong oleh jumlah penjualan automotif yang lebih tinggi, UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM97.3 juta untuk suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2021, peningkatan lebih dari dua kali ganda daripada RM44.3 juta yang dicatatkan pada suku pertama tahun 2020.  Hasil perniagaan kumpulan meningkat 39.4% kepada RM2,954.2 juta berbanding dengan suku yang sama berakhir pada 31 Mac 2020 (“suku yang sama”) didorong oleh sumbangan penjualan yang lebih tinggi daripada segmen Automotif dan Jentera.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata,“ Keputusan kewangan Kumpulan yang dicatatkan pada suku pertama 2021 adalah menggalakkan walaupun persekitaran perniagaan agak mencabar. Prestasi perniagaan bagi segmen Automotif meningkat dengan sangat ketara disebabkan oleh pakej pengecualian cukai penjualan dan pelancaran model-model baru.  Dengan peningkatan terhadap aktiviti ekonomi, segmen Jentera juga mencatat hasil perniagaan yang lebih tinggi.  Pengurusan kos yang lebih teliti juga menyumbang kepada peningkatan hasil kewangan.  Kumpulan akan terus melaksanakan inisiatif pengoptimuman kos untuk menghasilkan pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham kami. "

 

Didorong oleh jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi pada suku pertama tahun ini, hasil perniagaan segmen Automotif meningkat 51.1% kepada RM2,396.0 juta berbanding dengan suku yang sama.  Tambahan lagi, jumlah peningkatan sumbangan yang dicatatkan oleh sebuah syarikat bersekutu telah membawa kepada peningkatan jumlah keuntungan segmen sebelum cukai (“PBT”) lebih dari dua kali ganda kepada RM145.5 juta. Selain daripada perlanjutan pengecualian cukai penjualan yang akan berakhir pada 30 Jun 2021, pelancaran model-model baru serta kadar faedah yang rendah diharapkan dapat mendorong momentum penjualan untuk tahun ini.  Bagi menangani isu kekurangan cip semikonduktor, Kumpulan terus giat mencari dan meneroka pelbagai jalan serta bekerjasama rapat dengan pembekal untuk mencari sumber alternatif bagi cip semikonduktor ini.

 

Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat 15.0% kepada RM332.5 juta pada suku pertama tahun 2021 disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap produk dan perkhidmatannya bagi operasi tempatan dan luar negara.  Prestasi bagi sub-segmen Jentera Industri dijangka kekal positif kerana ia menumpukan kepada sektor pertumbuhan serta memperbanyakkan pelbagai pakej pemulihan kepada para pelanggannya untuk terus berdaya saing dalam pasca pemulihan pandemik yang baru muncul.  Dengan peningkatan penggunaan e-dagang yang meluas disebabkan oleh pandemik COVID-19, sub-segmen dapat mencatatkan keuntungan hasil dari permintaan yang semakin meningkat terhadap peralatan gudang.  Harapan terhadap pemulihan dalam sektor pembinaan yang didorong oleh pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar diharapkan dapat membantu meningkatkan prestasi sub-segmen Jentera Berat.

 

Hasil perniagaan dan PBT bagi segmen Pembuatan & Kejuruteraan menurun pada suku pertama tahun 2021 disebabkan oleh jumlah penghantaran selongsong kipas yang lebih rendah oleh sub-segmen Aeroangkasa. Sub-segmen Aeroangkasa terus mencari peluang untuk meningkatkan kadar penggunaan kilangnya sejajar dengan produk dan strategi kepelbagaian pelanggannya untuk menangani kesan daripada pandemik COVID-19 terhadap sektor penerbangan.

 

Sektor penerbangan kini beransur pulih berikutan pelancaran program vaksinasi bagi COVID-19.   Ini seterusnya akan mempercepatkan proses pemulihan sepenuhnya bagi industri aeroangkasa, bermula pada tahun 2022 seperti yang diunjurkan oleh penggiat industri terkemuka.  Sebaliknya, prospek bagi sub-segmen Komponen Auto kekal positif bagi tahun 2021 dan disokong oleh perlanjutan pengecualian cukai penjualan hingga 30 Jun 2021,  ditambah pula dengan jumlah keseluruhan industri automotif ("TIV") yang meningkat sera perlaksanaan pakej rangsangan kerajaan.  Sub-segmen Minyak Pelincir akan terus memanfaatkan pasaran Pengeluar Peralatan Tulen (“OEM”) dan Pengilang Peralatan Penggantian (“REM”) untuk mengukuhkan penjualan dalam dan luar negeri.

 

Dato ’Fuaad menambah,“ Kami optimis terhadap prospek kami untuk tahun ini, dimana pada tahun 2021, ia disokong oleh unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia iaitu antara 6.0% dan 7.5% serta sokongan yang berterusan dari kerajaan. ”

 

 

Click to show English Version