KEMBARA MSAM-UMW CONVOY REACHES OUT TO THE UNDERPRIVILEGED IN KEDAH

SUNGAI PETANI, 13 April 2019– For the fourth year running, UMW Group organised the Kembara MSAM-UMW 2019 from 13 to 15 April in conjunction with Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019, to be held from 19 to 25 April in Sungai Petani, Kedah.

20 four-wheel-drive convoy of 40 UMW Community Champions (volunteers) embarked on a 135-kilometre journey from Sungai Petani to reach out to three villages in Sik and Baling. Apart from creating awareness of MSAM 2019 to the public in the surrounding areas, the Kembara MSAM-UMW also aimed at helping the underprivileged community in the villages visited. The donation packs, which consisted of sundry items such as rice, cooking oil, flour and sugar among other items were distributed to selected asnaf families. To help improve the living conditions of some of these families, the volunteers and the villagers also came together for a gotong-royong to clean and conduct repair works at their houses.

Upon flag-off, the convoy made their way to Kampung Kerawai, Sik to distribute the donation packs and to work on the houses of two asnaf families. On the second day, 90 underprivileged families from Kampung Bukit Iboi, Baling received donation packs from the volunteers while a gotong-royong was held to upgrade the living conditions of three asnaf families. The last leg of the programme involved an orphanage in Kampung Jerai Baru, Baling in which basic necessities were handed out to 19 residents of Pusat Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Al-Taqwa. All in, a total of 400 people benefitted from the three-day programme.

The Kembara MSAM-UMW 2019 convoy was flagged off by Dato’ Abdul Rahman Ahmad, President & Group Chief Executive of Permodalan Nasional Berhad (PNB), Badrul Feisal Abdul Rahim, President & Group CEO of UMW Holdings Berhad and a Kedah state representative at Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

As an organisation with its heritage stretching back more than 100 years, the UMW Group remains indebted to the communities in which it operates for supporting its continued success. The above programme is part of the Group’s sustainability strategy of nurturing the community and society.

Click to show Malay Version

 

 

KONVOI KEMBARA MSAM-UMW MENGUNJUNGI MASYARAKAT KURANG BERNASIB BAIK DI KEDAH

SUNGAI PETANI, 13 April 2019– Bagi tahun keempat, Kumpulan UMW menganjurkan Kembara MSAM-UMW 2019 dari 13 hingga 15 April bersempena dengan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019, yang akan diadakan dari 19 hingga 25 April di Sungai Petani, Kedah. Ini merupakan tahun keempat bagi Kumpulan UMW untuk menganjurkan program tersebut.

Konvoi yang disertai oleh 20 pacuan empat roda dan 40 orang peserta UMW Community Champion (sukarelawan) ini memulakan perjalanan sejauh 135 kilometer dari Sungai Petani untuk mengunjungi tiga buah kampung di Sik dan Baling. Selain dapat mewujudkan kesedaran mengenai program MSAM 2019 kepada orang ramai di kawasan sekitarnya, Kembara MSAM-UMW juga bertujuan membantu masyarakat kurang bernasib baik di kampung-kampung yang dilawati. Pek bantuan yang terdiri daripada barangan runcit seperti beras, minyak masak, tepung dan gula merupakan antara barangan yang diedarkan kepada keluarga asnaf yang terpilih. Untuk membantu dalam menambahbaik keadaan hidup sesetengah keluarga ini, para sukarelawan dan penduduk kampung turut berkumpul untuk bergotong-royong membersihkan dan melakukan kerja-kerja pembaikan di rumah keluarga-keluarga yang terpilih.

Konvoi dimulakan dengan mengunjungi Kampung Kerawai, Sik untuk mengagihkan barangan bantuan dan memperbaiki rumah dua keluarga asnaf. Pada hari kedua, 90 keluarga yang kurang bernasib baik dari Kampung Bukit Iboi, Baling menerima bantuan sumbangan daripada para sukarelawan, selain dari aktiviti gotong-royong diadakan untuk menaik taraf hidup tiga keluarga asnaf. Program terakhir ini melibatkan rumah anak-anak yatim di Kampung Jerai Baru, Baling di mana keperluan asas diberikan kepada 19 penduduk Pusat Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Al-Taqwa. Secara keseluruhannya, seramai 400 orang telah mendapat manfaat daripada program yang berlangsung selama tiga hari ini.

Konvoi Kembara MSAM-UMW 2019 telah dirasmikan oleh Dato ‘Abdul Rahman Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Badrul Feisal Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad dan wakil negeri Kedah di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

Sebagai sebuah organisasi yang berusia lebih 100 tahun, Kumpulan UMW tetap akan terus berbudi kepada masyarakat yang menyokong kejayaannya secara berterusan. Program di atas adalah sebahagian daripada strategi kelestarian Kumpulan untuk memupuk semangat kemasyarakatan.

 

 

Click to show English Version