LOSSES FROM UMW HOLDINGS’ O & G BUSINESSES AFFECTED THE GROUP’S FINANCIAL PERFORMANCE IN 2016 DESPITE PROFITABILITY OF OTHER CORE BUSINESSES

 Group’s pre-tax loss due primarily to the impairments and provisions for Oil & Gas businesses

 Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering segments resilient despite intense competition and strengthened USD

 Other core businesses remained profitable in 2016

 

Core Business Segment
Automotive
Equipment
M & E
Total
PBT (RM’mil)
493.1
146.7
24.0
663.8

 

 Oil & Gas exit will strengthen the balance sheet, financial position, and refocusing on its core businesses

 

SHAH ALAM, 27 February 2017 – The Group’s overall financial performance was adversely impacted by the losses of the O&G division due to the industry downturn. Nonetheless, UMW Holdings Berhad’s other non-oil and gas businesses – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering – remained profitable throughout 2016.

President and Group Chief Executive Officer of UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, said: “Despite the tough economic conditions, the Group is encouraged and emboldened by the resilience shown by the other core business segments in sustaining profitability under exceptionally challenging operating circumstances. With the Group’s strategic decision to exit the O&G sector, UMW Holdings’ future prospects have been enhanced with its financial position and performance expected to improve moving forward.”

For the fourth quarter of 2016, with the inclusion of the Listed and Non-listed Oil & Gas assets, the Group registered a pre-tax loss of RM2,098.0 million as compared to a pre-tax loss of RM330.2 million in the corresponding quarter of last year. This result includes the operational losses and impairments of both the Listed and Non-Listed Oil & Gas segments coupled with provisions for financial guarantee contracts. However, the Group’s other core businesses – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering – posted a combined profit before tax (PBT) of RM178.2 million as compared to RM293.6 million in the corresponding quarter of 2015. For 2016, these segments registered a collective PBT of RM663.8 million as compared to RM1,104.2 million in 2015.

Overall, the Group registered revenue of RM3,062.3 million for the last quarter of 2016, which was 26.8% lower than the corresponding quarter in 2015. The Group recorded full-year revenue of RM10,965.1 million, a decrease of 24.1% over the previous year. Excluding the impairment of assets and provision for financial guarantee contracts, the Group posted a profit before tax of RM89 million in 2016. The lower profit recorded was contributed by the operating losses of the Oil and Gas listed and non-listed businesses. After taking into account the impairments and provisions, the Group registered a pre-tax loss of RM2,153.8 million for 2016 as compared to a PBT of RM269.7 million in 2015.

The Automotive segment recorded profit before tax (PBT) of RM143.6 million for the 4th quarter of 2016, a decrease of 42.7% compared to the corresponding quarter in 2015. The segment registered full-year PBT of RM493.1 million for 2016, a drop of 42.7% from the previous year. The performance of this segment is in tandem with the significant drop in the Total Industry Volume (TIV) by 13%. The decrease in profitability is due to continued weakening of the ringgit and weak consumer sentiment.

The Equipment segment registered PBT of RM30.6 million for the current quarter, a slight improvement over the corresponding quarter in 2015. Full-year PBT for the segment stood at RM146.7 million, a decrease of 35% from the previous year. Profitability of the segment was affected by slowing demand for heavy equipment and heightened competition in the construction sector. In addition, operations in Myanmar continued to be constrained by the restriction imposed on heavy equipment importation by the national government.

Manufacturing & Engineering full-year PBT surged by 42.9% over the previous year to RM24 million. For the 4th quarter 2016, this segment posted PBT of RM4.0 million as compared to RM13.9 million for the corresponding quarter. The 4th quarter performance was adversely affected by weak market sentiments in the lubricant and auto component businesses.

Badrul Feisal explained: “The operating performance of the Group’s non-Oil & Gas businesses moderated under challenging operating circumstances in 2016. The successful execution of the O&G withdrawal strategy will be the platform for the Group to emerge as a stronger, more competitive industrial conglomerate with increased capacity for expansion. It will remove significant debt overhang and reinvigorates our financial position to enable fresh investments which will spur new growth impetus of our core segments.”

“For 2017, we anticipate stable revenues comparable to the previous year. Moving forward, we are confident of the long-term prospect of our three core businesses as demonstrated by our on-going investments in Automotive, Equipment and Manufacturing and Engineering businesses. Our growth strategy will be underpinned by continued expansion in these three core sectors.”

Click to show Malay Version

 

 

CABARAN SITUASI EKONOMI TIDAK MENGHALANG SEGMEN PERNIAGAAN TERAS UMW HOLDINGS DARIPADA MENJANA KEUNTUNGAN

 Kerugian sebelum cukai Kumpulan disebabkan oleh kejejasan nilai aset dan peruntukan bagi usahaniaga Minyak & Gas

 Segmen Automotif, Jentera serta Pembuatan & Kejuruteraan berdaya tahan walaupun menerima saingan hebat di samping nilai ringgit yang merosot

 Perniagaan teras yang lain masih mencatat keuntungan pada tahun 2016

 

Segmen Perniagaan Teras
Automotif
Jentera
Pembuatan & Kejuruteraan
Jumlah
Keuntungan sebelum cukai (RM juta)
493.1
146.7
24.0
663.8

 

 Pelupusan perniagaan Minyak & Gas akan memperkukuh kunci kira-kira, kedudukan kewangan dan penumpuan semula kepada perniagaan teras

 

SHAH ALAM, 27 Februari 2017– Prestasi keseluruhan Kumpulan telah menerima kesan negatif dari kerugian bahagian Minyak & Gas ekoran kelembapan industri. Walaubagaimanapun, segmen perniagaan selain minyak dan gas UMW Holding Berhad iaitu Automotif, Jentera serta Pembuatan & Kejuruteraan, kekal menguntungkan sepanjang tahun 2016.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, berkata: “Walaupun keadaan ekonomi adalah mencabar, kami didorong oleh dayatahan yang ditunjukkan oleh segmen perniagaan teras yang lain untuk terus mengekalkan keuntungan dalam keadaan operasi yang amat mencabar.”

Berikutan keputusan strategik Kumpulan untuk keluar dari sektor Minyak & Gas, prospek masa depan UMW telah meningkat dengan kedudukan kewangan dan prestasi Kumpulan dijangka bertambah baik pada masa hadapan. Bagi suku keempat tahun 2016, dengan merangkumi aset-aset tersenarai dan tidak tersenarai Minyak & Gas, Kumpulan mencatat kerugian sebelum cukai yang sebanyak RM2,098.0 juta bagi suku keempat tahun 2016 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM330.2 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Keputusan ini termasuk kerugian operasi dan kejejasan nilai aset segmen Minyak & Gas tersenarai dan tidak tersenarai berserta peruntukan kontrak jaminan kewangan.

Walaubagaimanapun, perniagaan teras Kumpulan yang lain iaitu Automotif, Jentera serta Pembuatan & Kejuruteraan telah mencatat keuntungan sebelum cukai terkumpul sebanyak RM178.2 juta berbanding dengan RM293.6 juta pada suku yang sama tahun 2015. Bagi tahun 2016, segmen-segmen ini mencatat keuntungan sebelum cukai terkumpul sebanyak RM663.8 juta berbanding dengan RM1,104.2 juta pada tahun 2015.

Secara keseluruhan, Kumpulan mencatat hasil sebanyak RM3,062.3 juta bagi suku terakhir tahun 2016, iaitu 26.8% lebih rendah daripada suku yang sama pada tahun 2015. Kumpulan mencatat hasil setahun sebanyak RM10,965.1 juta, penurunan sebanyak 24.1% berbanding tahun sebelumnya. Tanpa mengambil kira kejejasan nilai aset dan peruntukan kontrak jaminan kewangan, Kumpulan mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM89 juta pada tahun 2016. Penurunan keuntungan yang direkodkan adalah disebabkan oleh kerugian operasi segmen perniagaan Minyak & Gas tersenarai dan tidak tersenarai. Setelah mengambil kira kejejasan aset dan peruntukan kontrak jaminan kewangan, Kumpulan merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM2,153.8 juta pada tahun 2016 berbanding RM269.7 juta pada tahun 2015.

Segmen Automotif mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM143.6 juta bagi suku keempat tahun 2016, penurunan sebanyak 42.7% berbanding dengan suku yang sama bagi tahun 2015. Segmen ini mencatat keuntungan sebelum cukai setahun sebanyak RM493.1 juta bagi tahun 2016, penurunan sebanyak 42.7% dari tahun sebelumnya. Prestasi segmen ini adalah sejajar dengan penurunan 13% Jumlah Keseluruhan Industri (TIV). Penurunan keuntungan adalah disebabkan kemerosotan mata wang ringgit yang berterusan dan sentimen pasaran yang lemah.

Segmen Jentera mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM30.6 juta bagi suku semasa, sedikit peningkatan berbanding dengan suku yang sama pada tahun 2015. Keuntungan sebelum cukai setahun bagi segmen Jentera berada pada RM146.7 juta, penurunan sebanyak 35% dari tahun sebelumnya. Keuntungan segmen ini terjejas oleh permintaan yang semakin perlahan untuk jentera berat dan persaingan yang meningkat dalam sektor pembinaan. Selain itu, operasi di Myanmar terus berdepan dengan kesukaran sekatan yang dikenakan terhadap pengimportan jentera berat oleh kerajaan tempatan.

Keuntungan sebelum cukap setahun segmen Pembuatan & Kejuruteraan melonjak sebanyak 42.9% kepada RM24 juta berbanding tahun sebelumnya. Bagi suku keempat tahun 2016, segmen ini mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.0 juta berbanding dengan RM13.9 juta bagi suku yang sama tahun lepas. Prestasi suku keempat terjejas oleh sentimen pasaran yang lemah dalam perniagaan pelincir dan komponen kenderaan.

Badrul Feisal menjelaskan: “Prestasi operasi segmen perniagaan selain segmen Minyak & Gas sederhana dalam keadaan operasi yang mencabar. Kejayaan pelaksanaan strategi pelupusan Minyak & Gas akan menjadi dasar bagi Kumpulan untuk tampil sebagai konglomerat perindustrian yang lebih kukuh dan berdaya saing dengan lebih banyak kapasiti untuk terus berkembang. Ini akan menghapuskan hutang yang tinggi dan menggiatkan semula kedudukan kewangan kami bagi membolehkan pelaburan baru yang akan menyokong pertumbuhan segmen-segmen teras kami.”

“Kami menjangka hasil yang stabil untuk tahun 2017 berbandung tahun lepas. Melangkah ke hadapan, kami yakin dengan prospek jangka panjang tiga perniagan teras kami seperti yang ditunjukkan oleh pelaburan berterusan kami dalam segmen Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Strategi pertumbuhan kami akan didukung oleh pengembangan secara berterusan ketiga-tiga sektor teras ini.”

 

 

Click to show English Version