SHAH ALAM, Selangor, 25 February 2019 – As part of its efforts to attract local and international investors to UMW High Value Manufacturing Park (“UMW HVM Park”) in Serendah, UMW Development Sdn Bhd (UMWD), a wholly-owned subsidiary in the UMW Group, signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) today. The MoU will serve to facilitate discussions leading to the marketing and promotion of UMW HVM Park, Serendah.
UMW HVM Park is developed by UMW Development with a prime focus on High Value Manufacturing (HVM) industry, driven by aerospace but also encompassing industries that require advanced manufacturing processes. The park, located next to an automotive manufacturing facility in Serendah, consists of 861 acres of land with planned supporting commercial development at the northern part of the site. UMW Aerospace’s fan case manufacturing facility for Rolls-Royce serves as the park’s pioneer catalyst to draw in HVM ecosystem stakeholders. UMW Development seeks to create an ecosystem of complementary HVM activities that support each other.
Extending UMWD’s good working relationship with government agencies, the signing signifies the strong support from the Selangor State government towards the development of UMW HVM Park. Apart from leveraging on Invest Selangor’s local and foreign network, the MoU will also allow UMW HVM Park to be recognized as a “High Impact Project”. This will not only include efforts for development of the park but to also captivate more Foreign Direct Investments into Selangor through UMWD’s land offerings, both of which are beneficial to UMWD and Invest Selangor.
The MoU signing between Y.Bhg. Dato’ Hasan Azhari Hj Idris, Chief Executive Officer of Invest Selangor and Y.Bhg. Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid, President of UMWD was witnessed by Y.A.B. Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor (Chief Minister of Selangor) and Y.B. Dato' Teng Chang Khim, Selangor State Executive Councilor for Investment, Industry and Commerce and SME.
Commenting on the MoU, Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid said, “We look forward to working closely with Invest Selangor to attract potential investors to UMW HVM Park, especially those who are looking to move up the value chain by incorporating high-tech innovations and advanced manufacturing. The gated and guarded park will provide the potential investors with a significant address in Malaysia’s most-developed state. UMW Development is going beyond the role of a traditional landowner-cum-developer, as we also assist to address matters such as available incentives and human capital, among others.”
SHAH ALAM, Selangor, 25 Februari 2019 – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik pelabur tempatan dan asing ke UMW High Value Manufacturing Park di Serendah, UMW Development Sdn Bhd (UMWD), anak syarikat milik penuh dalam Kumpulan UMW, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) hari ini. MoU ini bertujuan memudahkan perbincangan dalam memasarkan dan mempromosikan UMW HVM Park di Serendah.
UMW HVM Park dibangunkan oleh UMW Development, dengan tumpuan utama pada industri Pembuatan Nilai Tinggi (HVM), didorong oleh aeroangkasa selain merangkumi industri yang memerlukan proses pembuatan maju. Kilang yang terletak bersebelahan dengan kemudahan pembuatan automotif di Serendah ini terdiri daripada 861 ekar tanah, dengan pembangunan komersil yang dirancang di bahagian utara tapak. Kemudahan pembuatan selongsong kipas UMW Aerospace untuk Rolls-Royce merupakan perintis pemangkin kilang untuk menarik minat pemegang berkepentingan ekosistem HVM. UMW Development berharap untuk mewujudkan ekosistem yang mampu melengkapi dan menyokong aktiviti- aktiviti HVM.
Dengan mewujudkan hubungan kerja UMWD dengan agensi-agensi kerajaan, ia membuktikan adanya sokongan kuat dari kerajaan negeri Selangor ke arah pembangunan UMW HVM Park. Selain memanfaatkan rangkaian tempatan dan asing Invest Selangor, MoU ini juga akan membolehkan UMW HVM Park untuk diiktiraf sebagai "Projek Impak Tinggi". Ini bukan sahaja melibatkan usaha pembangunan kilang tetapi juga untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing ke Selangor melalui penawaran tanah oleh UMWD, yang mana kedua-duanya memberi manfaat kepada UMWD dan Invest Selangor.
Majlis menandatangani MoU antara Y.Bhg. Dato' Hasan Azhari Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor dan Y.Bhg. Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid, Presiden UMWD telah disaksikan oleh Y.A.B. Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan Y.B. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan.
Mengulas mengenai MoU tersebut, Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid berkata, "Kami ghairah untuk bekerjasama dengan Invest Selangor untuk menarik bakal-bakal pelabur ke UMW HVM Park, terutama mereka yang ingin meningkatkan rangkaian nilai dengan menggabungkan inovasi berteknologi tinggi dan pembuatan maju. Dengan ini, pelabur-pelabur berpotensi akan mengaguminya sebagai pembangunan yang paling maju di Malaysia. Selain daripada peranannya sebagai pemaju tanah merangkap pengumpul tanah tradisional, UMW Development juga membantu dalam mengenalpasti perkara-perkara seperti bantuan insentif yang sedia ada dan sebagainya. "