UMW GROUP EXCEEDS ITS VEHICLE SALES TARGETS IN 2020; NEW MODEL LAUNCHES AND SALES TAX EXEMPTION TO DRIVE SALES IN 2021

- UMW Toyota Motor sold 59,320 units in 2020
- Perodua registered sales of 220,154 units in 2020

KUALA LUMPUR, 7 January 2021 – UMW Holdings Berhad exceeded its vehicle sales targets in 2020 following strong sales achieved by both UMW Toyota Motor (UMWT) and its 38% associated company, Perodua.  The sales tax exemption announced by the government effective from 15 June 2020 boosted demand and drove sales in the second half of the year.

UMWT registered its highest monthly sales for the year with 9,246 units in December 2020, culminating in total sales of 59,320 units for 2020.  This exceeded its 53,000-unit sales target by 6,320 units or 11.9%, with Toyota Vios, Yaris and Hilux being UMWT’s best-selling models for the year.  Further, UMWT officially launched the newly-enhanced Toyota Vios as well as Yaris on 17 December 2020 and on the same day premiered the Toyota GR Yaris and Vios GR-S, as part of the Gazoo Racing line-up.  These new models coupled with the planned new and exciting model launches are expected to drive sales in 2021. 

Meanwhile, Perodua sold 25,171 units in December 2020, its second highest monthly sales for the year.  This resulted in Perodua achieving total sales of 220,154 units for 2020, beating its target of 210,000 units for the year by 10,154 units or 4.8%.  Perodua Myvi, Axia and Bezza continue to be its best-selling models in 2020.  Moving forward, Perodua will continue to fulfil the outstanding orders and push for higher sales this year.

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are humbled by the support given by our customers that drove the performance of our automotive segment in 2020 despite the challenges caused by the COVID-19 pandemic.  The demand recovery in the second half of last year was driven by the sales tax exemption given by the Government under the PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) initiatives which augurs well for the Malaysian automotive ecosystem.  We would like to express our appreciation to the Government for the sales tax exemption as well as the extension to 30 June 2021 which will hasten the recovery of the automotive sector.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW BERJAYA MENGATASI SASARAN JUALAN KENDERAAN PADA 2020; PENINGKATAN PENJUALAN PADA TAHUN 2021 AKAN DIDORONG OLEH PELANCARAN MODEL BARU DAN PENGECUALIAN CUKAI JUALAN

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 59,320 unit pada tahun 2020
- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 220,154 unit pada tahun 2020

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2021 – UMW Holdings Berhad berjaya mengatasi sasaran jualan kenderaannya pada tahun 2020 berikutan penjualan yang lebih memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu 38%, Perodua.  Pengecualian cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan yang berkuatkuasa mulai 15 Jun 2020 telah mendorong peningkatan permintaan dan penjualan pada separuh kedua tahun ini.

Dengan catatan penjualan bulanan yang tertinggi untuk tahun 2020 pada bulan Disember, iaitu sebanyak 9,246 unit, UMWT berjaya mencatatkan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 59,320 unit bagi tahun 2020. Ini melebihi sasaran penjualan 53,000 unit bagi tahun 2020 sebanyak 6,320 unit atau 11.9%, dimana Toyota Vios, Yaris dan Hilux menjadi model UMWT yang terlaris untuk tahun ini.  Toyota Vios dan Yaris yang baru dikemaskini telah secara rasmi dilancarkan pada 17 Disember 2020.  Pada masa yang sama, UMWT juga telah memperkenalkan Toyota GR Yaris dan Vios GR-S, sebagai sebahagian daripada barisan Gazoo Racing.  Pelancaran model-model baru dan menarik pada tahun 2021 diharapkan dapat mendorong peningkatan penjualan pada tahun 2021.

Sementara itu, Perodua telah mencatatkan jualan sebanyak 25,171 unit pada Disember 2020, jualan bulanan kedua tertinggi bagi tahun ini, membawa kepada jumlah penjualan keseluruhan pada tahun 2020 sebanyak 220,154 unit.  Perodua telah berjaya mengatasi sasaran jualannya sebanyak 10,154 unit atau 4.8% berbanding sasaran jualannya sebanyak 210,000 unit bagi tahun 2020.   Perodua Myvi, Axia dan Bezza terus kekal menjadi model terlaris pada tahun 2020.  Perodua akan terus memenuhi permintaan pesanan yang tertunggak dan mendorong meningkatkan penjualan pada tahun 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato ’Ahmad Fuaad Kenali berkata,“ Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami dalam mendorong meningkatkan prestasi penjualan bagi segmen automotif kami pada tahun 2020 walaupun menghadapi cabaran yang disebabkan oleh wabak COVID-19. Pemulihan permintaan pesanan pada separuh kedua tahun 2020 telah didorong oleh inisiatif pengecualian cukai penjualan yang dilaksanakan oleh Kerajaan di bawah program PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) yang memberi manfaat kepada ekosistem automotif Malaysia. Kami sangat menghargai usaha Kerajaan dalam melaksanakan inisiatif pengecualian cukai penjualan ini, ditambah pula dengan melanjutkan tempohnya sehingga 30 Jun 2021 yang akan mempercepat pemulihan sektor automotif. "

 

 

Click to show English Version