UMW HOLDINGS BERHAD POSTS RM2.2 BILLION REVENUE FOR THE FIRST QUARTER OF 2016

SHAH ALAM, 24 May 2016 –.UMW Holdings Berhad recorded revenue and profit before taxation of RM2,199.2 million and RM21.1 million respectively, for the quarter ended 31 March 2016. The Group’s revenue and profit before taxation were 32.1% and 93.4% lower than the previous corresponding quarter’s results which stood at RM3,240.4 million and RM320.1 million respectively. The continued low oil prices, weak ringgit and soft market sentiment had adversely affected the Group’s financial performance.

The Automotive segment recorded a revenue of RM1,556.0 million in the first quarter of 2016, RM449.6 million or 22.4% lower compared to the previous year’s corresponding quarter. The segment continued to be negatively impacted by the weak ringgit and poor consumer sentiment. The segment closed the quarter with a lower profit before taxation of RM82.7 million.

The Equipment segment achieved a revenue and profit before taxation in the first quarter of 2016 of RM358.0 million and RM39.2 million respectively. The segment’s revenue and profit before tax were lower by 45.2% and 60.5% compared to RM653.0 million and RM99.3 million, recorded in the corresponding period of 2015. The performance was largely affected by the weak market sentiment in the construction and mining sectors. The exceptionally better performance for the first quarter 2015 was due to forward purchases by customers prior to implementation of GST in April 2015 as well as higher demand for heavy equipment in Myanmar, following resumption of jade mining activities in Hpakant province in late 2014.

The Oil & Gas segment recorded revenue and loss before taxation in the current quarter of RM87.7 million and RM68.4 million respectively. The segment’s poor performance was due to reduced time charter rates as well as soft demand for drilling services arising from continued low oil prices and reduced operating and capital expenditure from oil majors.

The Manufacturing & Engineering segment recorded RM145.5 million revenue and RM6.6 million profit before taxation in the current quarter. The revenue was 15.0% lower compared to the same quarter of 2015, due to lower demand for lubricants and auto components products. However, the profit before taxation improved over the corresponding quarter of 2015 mainly from the automotive shock absorbers business. Successful disposal of the loss-making automotive components companies in India in November 2015 had also contributed to the segment’s better results.

The Group expects a challenging year ahead with the weakening ringgit, uncertainties surrounding oil prices, soft market sentiment and intense competition from other automotive players in the industry. “The current gradual improvement in the oil prices provides prospects for potential recovery in the medium to long term but the near term volatility willl continue to pose challenges to the segment in 2016. However, the management will continue to implement cost cutting measures to mitigate the impact of the market volatility on the Group performance,” says Badrul Feisal bin Abdul Rahim, its President & Group CEO.

Click to show Malay Version

 

 

UMW HOLDINGS BERHAD CATAT HASIL RM2.2 BILION BAGI SUKU PERTAMA TAHUN 2016

SHAH ALAM, 24 Mei 2016 –UMW Holdings Berhad merekodkan hasil sebanyak RM2,199.2 juta dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.1 juta bagi suku berakhir 31 Mac 2016. Hasil dan keuntungan sebelum cukai ini adalah 32.1% dan 93.4% lebih rendah dari suku yang sama tahun lepas yang menunjukkan hasil dan keuntungan sebanyak RM3,240.4 juta dan RM320.1 juta masing-masing. Harga minyak rendah yang berterusan, penyusutan mata wang Ringgit berbanding Dolar Amerika dan sentimen pasaran yang lemah telah menjejaskan prestasi kewangan Kumpulan UMW.

Segmen automotif mencatatkan hasil sebanyak RM1,556.0 juta pada suku ini, RM449.6 juta atau 22.4% lebih rendah berbanding suku yang sama tahun lepas. Segmen ini terus terkesan dengan impak negatif oleh penyusutan mata wang Ringgit dan sentimen pengguna yang menurun. Segmen ini mengakhiri suku ini dengan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM82.7 juta.

Segmen jentera mencapai hasil dan keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama 2016 sebanyak RM358.0 juta dan RM39.2 juta masing-masing. Hasil dan keuntungan sebelum cukai adalah 45.2% dan 60.5% lebih rendah berbanding RM653.0 juta dan RM99.3 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun 2015. Prestasi segmen ini banyak dijejaskan oleh sentimen pasaran yang lemah dalam sektor pembangunan dan perlombongan. Prestasi yang luar biasa pada suku pertama 2015 adalah disebabkan oleh pembelian hadapan oleh pelanggan sebelum pelaksanaan GST pada April 2015 serta permintaan yang tinggi untuk jentera berat di Myanmar berikutan penerusan aktiviti perlombongan batu jed di daerah Hpakant pada akhir tahun 2014.

Segmen pembuatan dan kejuruteraan mencatat hasil sebanyak RM145.5 juta dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.6 juta pada suku ini. Penurunan hasil sebanyak 15% adalah disebabkan oleh permintaan yang rendah untuk minyak pelincir dan komponen kenderaan. Walaubagaimanapun, keuntungan sebelum cukai menunjukkan peningkatan berbanding suku yang sama tahun 2015 disebabkan oleh perniagaan penyerap kejutan kenderaan. Pelupusan syarikat-syarikat komponen kenderaan di India yang mencatatkan kerugian pada November 2015 telah menyumbang kepada keputusan segmen yang lebih baik.

Kumpulan UMW menjangkakan 2016 sebagai tahun yang mencabar dengan penyusutan ringgit, ketidaktentuan harga minyak, sentimen pasaran yang menurun dan saingan hebat dari syarikat-syarikat utama kenderaan dalam industri. Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW, Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, “Peningkatan beransur harga minyak memberi prospek yang agak cerah dalam jangka masa panjang tetapi harga pasaran minyak semasa yang tidak menentu akan terus menjadi cabaran tahun ini bagi segmen ini. Bagaimanapun, pihak pengurusan akan terus melaksanakan langkah-langkah pengurangan kos supaya impak ketidaktentuan pasaran terhadap prestasi Kumpulan UMW dapat diringankan”.

 

 

Click to show English Version