SHAH ALAM, 29 August 2016 –UMW Holdings Berhad recorded a revenue of RM2,846.8 million for the second quarter ended 30 June 2016, representing RM638.5 million or 18.3% lower than the RM3,485.3 million recorded in the same period of 2015. All business segments recorded lower revenue compared to the previous year’s corresponding quarter. In line with the lower revenue, the Group generated a lower profit before taxation of RM44.8 million against RM207.6 million in the previous year’s corresponding quarter.
The Automotive segment recorded a lower revenue of RM2,177.1 million for the second quarter of 2016 compared to RM2,732.7 million registered in the previous year’s corresponding quarter as a result of intense competition from other automotive manufacturers. Consequently, the segment registered a lower profit before taxation of RM133.3 million for the quarter, i.e. 49.4% lower than the RM263.4 million profit before taxation recorded in the previous year’s corresponding quarter. The continued weakening of ringgit had also affected the segment’s profit for the quarter.
Equipment segment’s revenue of RM351.2 million for the second quarter of 2016 was marginally lower than RM353.6 million recorded in the same period of 2015, mainly attributable to the slowdown in the construction and mining sectors and the restriction imposed on the importation of heavy equipment into the country by the new government in Myanmar. Nevertheless, the profit before taxation improved from RM33.7 million to RM43.3 million through better cost management. The Oil & Gas segment’s revenue of RM130.0 million for the current quarter was 29.1% or RM53.4 million lower than the previous year’s corresponding quarter of RM183.4 million. The reduction in revenue was due to lower time charter rates and lower utilisation of assets for the segment.
Consequently, the segment recorded a loss before taxation of RM64.0 million for the current quarter compared to profit before taxation of RM8.0 million reported in the corresponding quarter of 2015. The Manufacturing & Engineering segment recorded a revenue of RM157.0 million in the current quarter, RM8.4 million lower or 5.1% lower than the RM165.4 million reported in the previous year’s corresponding quarter. Despite the lower revenue, profit before taxation increased from RM0.4 million to RM10.9 million in the current quarter, mainly attributable to the better performance of shock absorbers and lubricant businesses.
Softening consumer sentiment continues to affect the automotive market and intense competition from all auto players deploying aggressive marketing strategies to boost sales continue to pose challenges to the Group. “Oil price has the potential for recovery in the medium term with the Brent benchmark oil price stabilising at about USD40 per barrel for more than four months recently. The increase in tendering activities for drilling services indicates potential upturn in the medium term though these tenders may take months to translate into rig utilisation. The UMW Group continues to implement appropriate measures to improve operational efficiencies and contain cost,” says Badrul Feisal bin Abdul Rahim, its President & Group CEO.
SHAH ALAM, 29 August 2016 –UMW Holdings Berhad merekodkan hasil sebanyak RM2,846.8 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2016, menunjukkan hasil RM638.5 juta atau 18.3% lebih rendah berbanding hasil sebanyak RM3,485.3 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015. Semua segmen perniagaan menunjukkan hasil yang lebih rendah berbanding suku yang sama tahun lepas. Sejajar dengan hasil yang lebih rendah, Kumpulan UMW mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM44.8 juta berbanding RM207.6 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Segmen automotif mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM2,177.1 juta pada suku ini, berbanding RM2,732.7 juta yang diperolehi pada suku yang sama tahun lepas disebabkan oleh persaingan yang sengit di antara penggiat industri yang lain. Oleh itu, segmen ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM133.3 juta bagi suku ini, 49.4% lebih rendah dari keuntungan sebelum cukai sebanyak RM263.4 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas. Penyusutan mata wang Ringgit yang berterusan juga turut menjejaskan keuntungan segmen ini.
Hasil segmen jentera sebanyak RM351.2 juta bagi suku kedua tahun 2016 menurun sedikit berbanding hasil sebanyak RM353.6 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015, disebabkan oleh sektor pembinaan dan perlombongan yang perlahan serta sekatan yang dikenakan oleh kerajaan baru Myanmar ke atas pengimportan jentera berat yang di bawa masuk ke negara itu. Walau bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai meningkat dari RM33.7 juta ke RM43.3 juta hasil pengurusan kos yang lebih baik. Hasil segmen minyak dan gas sebanyak RM130 juta untuk suku ini adalah 29.1% atau RM53.4 juta lebih rendah dari hasil sebanyak RM183.4 juta dalam suku yang sama tahun lepas. Penurunan hasil ini disebabkan oleh kadar carter dan penggunaan asset yang rendah untuk segmen ini.
Segmen minyak dan gas merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM64 juta bagi suku ini berbanding keuntungan sebanyak RM8 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2015. Segmen pembuatan dan kejuruteraan mencatat hasil sebanyak RM157 juta pada suku ini, RM8.4 juta atau 5.1% lebih rendah dari hasil sebanyak RM165.4 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas. Walaupun hasil berkurangan, keuntungan sebelum cukai telah meningkat dari RM0.4 juta kepada RM10.9 juta pada suku ini disebabkan prestasi yag meningkat dalam perniagaan penyerap kejutan kenderaan dan minyak pelincir.
Sentimen pengguna yang menurun terus memberi kesan dalam pasaran automotif dan saingan sengit dari semua penggiat industri yang menggunakan strategi pemasaran yang agresif untuk meningkatkan jualan masing-masing terus memberi cabaran kepada Kumpulan UMW. Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW, Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, “Harga minyak mempunyai potensi untuk pulih dalam jangka masa pertengahan dengan harga minyak Brent kekal stabil pada USD 40 setong selama lebih 4 bulan. Peningkatan aktiviti tender untuk servis penggerudian menunjukkan potensi peningkatan dalam jangka masa sederhana tetapi tender ini mungkin akan memakan masa beberapa bulan untuk diterjemahkan kepada penggunaan rig. Kumpulan UMW terus melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untuk memperbaik kecekapan operasi dan membendung kos”