UMW Sells Its Industrial Land In Shah Alam For RM288 Million; Business Operations To Move To UMW High Value Manufacturing Park In Serendah

KUALA LUMPUR, 3 December 2018 – UMW Holdings Berhad’s wholly-owned subsidiaries have today entered into six sale and purchase agreements (SPAs) with Strategic Sonata Sdn Bhd (SSSB, a wholly-owned subsidiary of Mapletree Dextra Pte Ltd), for the disposal of leasehold industrial land measuring in total 38.803 acres comprising ten lots held under separate document of title to SSSB, for a total cash consideration of RM287.7 million. The SPAs are interdependent on each other and the parties are obliged to complete the sale and purchase of the land concurrently. The parcels of land are located in Section 15, Shah Alam. The disposal is expected to be completed by the second quarter of 2019.

“The disposal will enable the UMW Group to fully unlock and realise the value of its long- held assets in Shah Alam as part of the Group’s broader strategic thrust of sustainable value creation for shareholders. It will also facilitate the planned relocation of ongoing business operations in Shah Alam to the proposed UMW High Value Manufacturing Park in Serendah. The migration of UMW Group businesses to Serendah provides a firm foundation for the Group’s next phase of growth and will also further strengthen and enlarge the emerging ecosystem for high-value, innovative manufacturing at the UMW High Value Manufacturing Park, a pioneering industrial development in Malaysia. Furthermore, the proposed movement of UMW Group’s operating companies from Shah Alam to the UMW High Value Manufacturing Park will help to boost and support greenfield and brownfield manufacturing investments by top-tier investors which will significantly elevate the value of the Group’s land in Serendah,” said UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim.

The disposal is also subject to the letting of part of the land by SSSB to UMW’s subsidiaries. The tenancy will ensure that the Group’s ongoing business operations in Shah Alam will continue without undue disruption prior to the planned relocation to the UMW High Value Manufacturing Park in Serendah. The tenancy’s tenure of at least three years also provides sufficient time for the construction and completion of facilities in Serendah ahead of the planned relocation.

Click to show Malay Version

 

 

UMW MENJUAL TANAH INDUSTRI DI SHAH ALAM UNTUK RM288 JUTA; OPERASI PERNIAGAAN AKAN BERPINDAH KE UMW HIGH VALUE MANUFACTURING PARK DI SERENDAH

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2018 – Anak-anak syarikat milik penuh UMW Holdings Berhad hari ini telah memeterai enam perjanjian jual beli (SPA) dengan Strategic Sonata Sdn Bhd (SSSB, anak syarikat milik penuh Mapletree Dextra Pte Ltd), untuk penjualan tanah industri pajakan berukuran 38.803 ekar yang terdiri daripada sepuluh lot yang dipegang di bawah dokumen hak milik berasingan kepada SSSB, dengan jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM287.7 juta. SPA saling bergantung antara satu sama lain dan setiap pihak wajib melengkapkan penjualan dan pembelian tanah secara serentak. Bidang tanah terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Pelupusan itu dijangka siap pada suku kedua tahun 2019.

"Pelupusan ini akan membolehkan Kumpulan UMW merealisasikan nilai asetnya di Shah Alam, yang dimiliki untuk masa yang lama, sebagai sebahagian daripada teras strategik. Kumpulan yang lebih luas bagi penciptaan nilai mampan untuk para pemegang saham. Ia juga akan memudahkan penempatan semula operasi perniagaan yang berterusan di Shah Alam kepada UMW High Value Manufacturing Park di Serendah. Penghijrahan perniagaan Kumpulan UMW ke Serendah memberi asas yang kukuh untuk pertumbuhan fasa dan juga akan mengukuhkan serta memperluas ekosistem yang baru dalam pembuatan bernilai tinggi dan inovatif di UMW High Value Manufacturing Park, iaitu sebuah pembangunan industri perintis di Malaysia. Tambahan pula, pergerakan syarikat-syarikat operasi Kumpulan UMW dari Shah Alam ke UMW High Value Manufacturing Park akan membantu meningkatkan dan menyokong pelaburan dari segi penerokaan baru dan penambahbaikan, oleh pelabur peringkat teratas yang akan meningkatkan nilai tanah Kumpulan di Serendah, " kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim.

Pelupusan itu juga tertakluk kepada penyewaan sebahagian tanah oleh SSSB kepada anak-anak syarikat UMW. Penyewaan ini akan memastikan operasi perniagaan Kumpulan di Shah Alam berjalan lancar seperti biasa tanpa gangguan sebelum penempatan semula dirancang ke UMW High Value Manufacturing Park di Serendah. Tempoh penyewaan sekurang-kurangnya tiga tahun ini akan memberikan masa yang cukup untuk kerja pembinaan dan penyiapan kemudahan di Serendah menjelang penempatan semula yang dirancang.

 

 

Click to show English Version