OVER 250 FAMILIES IN MELAKA BENEFITTED FROM KEMBARA RAMADHAN UMW 2017

SHAH ALAM, 19 June 2017– 29 UMW Community Champions (volunteers) in a 10-vehicle convoy travelled to Kuala Linggi, Melaka to distribute ‘Ramadhan Packs’ and household items last weekend. The convoy‘s mission was to provide assistance to underprivileged families during the fasting month.The convoy’s first stop was Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Seri Malindo, Masjid Tanah, Melaka.

PDK is a learning centre for the disabled community in the area. The centre trains the disabled to be independent as well as teach them skills like sewing and cooking, which could help them generate income. The volunteers distributed baju raya to the trainees and household items to the centre.

After PDK, the convoy visited three underprivileged families where the volunteers carried out ‘gotong royong’ to clean up the houses and surrounding areas.The volunteers set up a base at Surau Nur Iman, Kampung Nelayan where they prepared bubur lambuk and 187 ‘Ramadhan Packs’ to be distributed to underprivileged families from Kampung Kuala Linggi and Kampung Bukit Darat.

A buka puasa event was also organised for the villagers at the surau and the volunteers together with Surau Nur Iman committee members prepared the feast for buka puasa. It is the company’s hope that the small contributions will lighten some of the burden of the villagers in preparing for Hari Raya and the presence of the volunteer have brought some cheer to them.This is the second year UMW Community Champions have embarked on Kembara Ramadhan, going outside Klang Valley to help the underprivileged communities. The benefit goes both ways – for the recipients and also as an eye opener to the volunteers.This programme is part of UMW’s continuous support towards the underprivileged communities in the country under its community development pillar. UMW continues to champion many worthy causes under its three CSR pillars, with the other two being education and environment.

Click to show Malay Version

 

 

LEBIH 250 KELUARGA DAPAT MANFAAT MELALUI KEMBARA RAMADHAN UMW 2017

SHAH ALAM, 21 Jun 2017– 29 orang UMW Community Champions (sukarelawan) yang terdiri dari kakitangan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) baru-baru ini telah menyertai konvoi 10 buah kenderaan pacuan empat roda ke Kuala Linggi, Melaka untuk membahagikan Pek Ramadhan dan barang keperluan. Misi konvoi ini adalah untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan di bulan Ramadhan yang mulia ini.Hentian pertama konvoi adalah Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Seri Malindo, Masjid Tanah, Melaka.

PDK ialah pusat latihan untuk komuniti kurang upaya di kawasan itu. Ia melatih golongan kurang upaya berdikari dan juga mengajar kemahiran-kemahiran seperti menjahit dan memasak, yang diharap dapat membantu mereka menjana pendapatan. Sukarelawan UMW membahagi baju raya kepada pelatih PDK dan menyampaikan sumbangan barang keperluan untuk pusat itu.

Selepas melawat PDK, konvoi Kembara Ramadhan melawat 3 keluarga kurang bernasib baik di mana para sukarelawan bergotong royong membersihkan rumah mereka dan kawasan persekitaran.Konvoi kemudian bergerak ke Surau Nur Iman, Kampung Nelayan di mana sukarelawan menyediakan bubur lambuk dan 187 Pek Ramadhan untuk diedarkan kepada penduduk Kampung Linggi dan Kampung Bukit Darat.

Majlis berbuka puasa turut diadakan untuk penduduk kampung di surau itu dan para sukarelawan dan ahli jawatankuasa Surau Nur Iman bergotong royong menyediakan juadah berbuka. Adalah menjadi harapan UMW supaya Pek Ramadhan yang disumbangkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban penduduk kampung dan membawa sedikit keriangan menjelang Aidilfitri.Ini adalah tahun kedua sukarelawan UMW menyertai Kembara Ramadhan di luar Lembah Klang untuk membantu komuniti kurang bernasib baik. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, tetapi juga turut membuka mata para sukarelawan.

 

 

Click to show English Version