KEMBARA MSAM-UMW SETS OFF TO VISIT VILLAGES AROUND TEMERLOH

TEMERLOH, 19 April 2017– Following the success of its inaugural Kembara MSAM-UMW last year, UMW Corporation Sdn. Bhd. has once again organised Kembara MSAM-UMW 2017 in conjunction with Malaysian Unit Trust Week (Minggu Saham Amanah Malaysia 2017).This year, the 10-vehicle convoy ferrying 30 UMW Community Champions (volunteers) will be travelling to destinations which include several orang asli villages and an orphanage.

The convoy will be covering almost 300 kilometres, to reach out to far-flung places in Temerloh, Bera and Kuala Krau. UMW Community Champions, which comprise SL1M trainees and UMW employees based in Shah Alam, will be distributing essential items like rice, cooking oil, flour and sugar to the villagers.

A gotong-royong will also be held at Kampung Paya Luas on the third day where the volunteers will help 12 poor families including single mothers to clean up their houses and its surroundings.Kembara MSAM-UMW will be reaching out to Rumah Baitul Makhazin, Kampung Orang Asli Lubuk Perah, Kampung Orang Asli Penchorong, Kampung Orang Asli Sungai Beruang, Kampung Orang Asli Ulu Sungai Bera, Pondok Bukit Keledang and Kampung Paya Luas. 116 families and 152 students will benefit from this corporate social responsibility (CSR) programme.

The ten four-wheel-drive convoy was flagged off by Dato’ Idris Kechot, Deputy President & Group Chief Operating Officer, Asset Management, Permodalan Nasional Berhad and Badrul Feisal bin Abdul Rahim, President and Group Chief Executive Officer of UMW Holdings Berhad.This programme is part of UMW’s continuous support towards the underprivileged communities in the country under its community development pillar. UMW continues to champion many worthy causes under its three CSR pillars, with the other two being education and environment.

Click to show Malay Version

 

 

MISI KEMBARA MSAM-UMW MEMBANTU PENDUDUK KAMPUNG SEKITAR TEMERLOH

TEMERLOH, 19 April 2017– Berikutan kejayaan Kembara MSAM-UMW yang pertama tahun lepas, UMW Corporation Sdn. Bhd. sekali lagi menganjurkan Kembara MSAM-UMW 2017 sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM).Tahun ini, sepuluh buah konvoi kenderaan pacuan empat roda yang membawa 30 orang sukarelawan UMW (UMW Community Champions) akan mengembara ke tujuh destinasi termasuk perkampungan orang asli dan rumah anak yatim.

Konvoi ini akan mengembara sejauh hampir 300 kilometer di serata ceruk Temerloh dan Bera. Sukarelawan UMW (UMW Community Champions) yang terdiri dari pelatih-pelatih SL1M dan kakitangan UMW dari Shah Alam akan mengagihkan barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, gandum dan gula kepada penduduk kampung.

Satu gotong-royong akan diadakan di Kampung Paya Luas pada hari ketiga kembara di mana para sukarelawan akan membantu 12 keluarga miskin termasuk ibu-ibu tunggal membersihkan rumah dan kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.Kembara MSAM-UMW akan mengunjungi Rumah Baitul Makhazin, Kampung Orang Asli Lubuk Perah, Kampung Orang Asli Penchorong, Kampung Orang Asli Sungai Beruang, Kampung Orang Asli Ulu Sungai Bera, Pondok Bukit Keledang dan Kampung Paya Luas, di mana 116 keluarga dan 152 pelajar akan mendapat manfaat dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.

Konvoi kenderaan pacuan empat roda ini telah dilepaskan oleh Dato’ Idris Kechot, Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset, Permodalan Nasional Berhad dan Encik Badrul Feisal Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad.Program ini adalah sebahagian dari sokongan berterusan UMW terhadap komuniti yang kurang bernasib baik di negara ini di bawah tunggak pembangunan komuniti di mana UMW terus melaksanakan pelbagai usaha murni di bawah tiga tunggak, dua lagi adalah tunggak pendidikan dan tunggak alam sekitar.

 

 

Click to show English Version