- UMW Toyota Motor’s sales surged by 32.0% in February 2021
- Perodua registered sales of 16,583 units in February 2021
KUALA LUMPUR, 10 March 2021 – The UMW Group continues to record encouraging sales for February 2021 through both UMW Toyota Motor (UMWT) and its associate company, Perodua. The sustained demand was attributed to the sales tax exemption which has been extended to 30 June 2021 and the introduction of improved models.
UMWT achieved sales of 5,074 units in February 2021, 32.0% higher than the 3,845 units registered in January 2021. The surge in sales was supported by the strong demand for the improved Vios and Yaris launched on 17 December 2020, as well as the enhanced Fortuner and Innova introduced on 2 February 2021. As part of its efforts to promote Toyota’s advanced technologies, UMWT recently launched a new brand pillar and branding initiative known as Toyota Synergised Mobility. Toyota Synergised Mobility will highlight and showcase Toyota’s advanced technologies included and deployed in its products to deliver superior mobility solutions. It represents Toyota’s synergy with the future, living with tomorrow’s technologies, today.
Perodua registered sales of 16,583 units in February 2021, slightly lower than the 16,894 units registered in January 2021, mainly due to lower number of working days in the month as well as festive holidays. To further expand its product line-up to its customers, Perodua introduced the all-new Ativa, a compact SUV on 3 March. The Perodua Ativa, the first model under the advanced Perodua Smart Build blueprint, is offered in three variants with prices ranging from RM61,500 to RM72,000, on-the-road before insurance in Peninsular Malaysia. Ativa’s competitive pricing was made possible by its 95% localisation rate – the highest initial local content rate for any Perodua model. The response to the model has been extremely encouraging with over 6,000 bookings registered as of 5 March 2021.
To meet its production targets for 2021, the Group will purchase RM8.1 billion worth of locally sourced components this year which will invigorate the local automotive industry as well as contribute to the Malaysian economy. Of this, Perodua will purchase a record RM6.5 billion worth of components from the local vendors and will remain the biggest buyer of automotive components in Malaysia.
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The Group will continue to take advantage of the sales tax exemption to drive registration in the first half of 2021. The production operations will continue with strict compliance with the COVID-19 SOP at all our plants as well as the vendors. We wish to express our appreciation to our customers for their strong support of our products and services. Customers continue to be our focus and the Group will continue to strive to offer improved and innovative products and services to meet their expectations.”
- Jualan kenderaan UMW Toyota Motor meningkat sebanyak 32.0% pada Februari 2021
- Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 16,583 unit pada Februari 2021
KUALA LUMPUR, 10 Mac 2021 - Kumpulan UMW terus mencatatkan jumlah jualan kenderaan yang menggalakkan bagi Februari 2021 melalui UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, Perodua. Permintaan yang berterusan didorong oleh insentif pengecualian cukai penjualan yang dilanjutkan hingga 30 Jun 2021 serta pelancaran model yang dikemaskini.
UMWT mencatatkan jualan sebanyak 5,074 unit pada Februari 2021, 32,0% lebih tinggi daripada 3,845 unit yang didaftarkan pada Januari 2021. Peningkatan dalam jualan kenderaan adalah hasil daripada permintaan yang tinggi bagi Vios dan Yaris yang dikemaskini yang telah dilancarkan pada 17 Disember 2020, serta Fortuner dan Innova yang juga dikemaskini yang dilancarkan pada 2 Februari. Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mempromosikan teknologi canggih Toyota, UMWT baru-baru ini melancarkan inisiatif terbaru sebagai teras utama jenama baru yang dikenali sebagai Toyota Synergised Mobility. Toyota Synergised Mobility akan menonjolkan dan menampilkan teknologi canggih Toyota yang digunakan dalam produknya untuk memberikan kualiti mobiliti yang unggul. Ia menjadi jenama Toyota sebagai simbol kepada kesepaduan atau sinergi Toyota dengan masa hadapan, dengan memanfaatkan teknologi baharu yang tersedia, serta apa yang boleh dijangkakan pada masa depan.
Perodua memperoleh jualan sebanyak 16,583 unit pada Februari 2021, sedikit rendah berbanding 16,894 unit yang dijual pada Januari 2021, disebabkan oleh bilangan hari bekerja yang lebih rendah pada bulan tersebut termasuk cuti perayaan. Demi mengembangkan lagi produk untuk pelanggan-pelanggannya, Perodua telah melancarkan model baru Ativa, SUV kompak pada 3 Mac. Perodua Ativa, model pertama di bawah rangka kerja Perodua Smart Build, ditawarkan dalam tiga varian dengan harga antara RM61,500 hingga RM72,000, dengan harga atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia. Harga kompetitif Ativa adalah disebabkan oleh jumlah kadar pemasangan tempatan yang tinggi, iaitu sebanyak 95% - kadar kandungan pemasangan tempatan tertinggi bagi model baharu Perodua. Sambutan terhadap model ini sangat memberangsangkan dengan lebih daripada 6,000 tempahan telah didaftarkan setakat 5 Mac 2021.
Bagi memenuhi sasaran jumlah pengeluarannya untuk tahun 2021, Kumpulan akan membeli komponen automotif tempatan bernilai RM8.1 bilion pada tahun ini, di mana ia akan memanfaatkan industri automotif tempatan dan juga menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Dari jumlah ini, Perodua akan membeli komponen bernilai rekod RM6.5 bilion dari pembekal tempatan dan akan kekal sebagai pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, "Kumpulan akan terus memanfaatkan pelanjutan pengecualian cukai penjualan bagi mendorong penjualan kenderaan pada separuh pertama 2021. Operasi pemasangan kenderaan akan berterusan dengan pematuhan ketat terhadap COVID -19 SOP di kilang dan juga pembekal kami. Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami di atas sokongan kuat terhadap produk dan perkhidmatan kami. Kumpulan akan terus fokus dan berusaha untuk menawarkan produk yang lebih inovatif dan perkhidmatan yang lebih baik dalam memenuhi kehendak pelanggan."