UMW GROUP DELIVERED 28,785 UNITS IN NOVEMBER 2021 AS DEMAND REMAINS STRONG

- UMW Toyota Motor registered 8,486 units in November 2021

- Perodua registered 20,299 units in November 2021

KUALA LUMPUR, 14 December 2021 – The UMW Group registered automotive sales of 28,785 units in November 2021 as demand continues to remain strong. Both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered healthy sales following easing of the Full Movement Control Order (“FMCO”) restrictions.

UMWT registered 8,486 units in November 2021, which is similar to the sales registered in October 2021. Toyota Vios continues to be the marque’s best-selling model for November 2021, followed by the Hilux and Yaris. Year-to-date November 2021, UMWT sold 63,105 units, 26.0% higher than the 50,074 units registered in the corresponding period last year. The improved sales was mainly due to the introduction of new models as well as the sales tax exemption. UMWT will be launching the Toyota Corolla Cross Hybrid this month, its first locally assembled model with Hybrid Electric Technology which will pave the way for more hybrid and electric vehicle products in the future.

In November 2021, Perodua registered 20,299 units, 27.1% lower than the record-breaking monthly registration of 27,858 units achieved in October 2021, mainly due to the intermittent disruptions to production caused by supply chain issues. Year-to-date November, Perodua delivered a total of 167,250 units, 14.2% lower than the 194,980 units registered in the corresponding period in 2020, mainly due to the FMCO and partly the semiconductor chips shortage. Perodua is aiming for its highest ever monthly registration in its history with at least 30,000 units in December 2021 as it targets to end the year with over 200,000 units sold. For 2022, Perodua is targeting to sell at least 240,000 units barring any further lockdown or semiconductor chips issue.

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the healthy sales registered by both UMWT and Perodua in November 2021, despite the challenges. The Group expects the automotive sales momentum to continue in December and next year, supported by the introduction of new models and year-end promotions and extension of the sales tax exemption. We are appreciative of the Government’s initiatives to support the automotive sector which will hasten its recovery. We wish to also express our appreciation and thank you to our customers for their continuing support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN JUALAN KENDERAAN SEBANYAK 28,785 UNIT PADA BULAN NOVEMBER; PERMINTAAN KEKAL KUKUH

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,486 unit pada November 2021

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 20,299 unit pada November 2021 

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2021 – Kumpulan UMW mendaftarkan jualan kenderaan sebanyak 28,785 unit pada bulan November 2021, dengan permintaan kenderaan yang kekal kukuh. Kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, terus mencatatkan jualan kenderaan yang membanggakan berikutan pelonggaran terhadap sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”).

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 8,486 unit pada bulan November 2021, setanding dengan jualan yang dicatatkan pada bulan Oktober 2021. Toyota Vios terus menjadi antara model terlaris bagi bulan November 2021, diikuti oleh Hilux dan Yaris. Setakat November 2021, UMWT telah mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 63,105 unit, 26.0% lebih tinggi berbanding 50,074 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan jualan kenderaan ini didorong oleh pengenalan model baharu serta pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan. UMWT akan melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid pada bulan ini, model Toyota pertama yang melibatkan pemasangan tempatan yang menggunakan Teknologi Elektrik Hibrid dan akan membuka jalan kepada lebih banyak kenderaan hybrid dan elektrik pada masa hadapan.

Pada November 2021, Perodua mendaftarkan jualan sebanyak 20,299 unit, 27.1% lebih rendah berbanding 27,858 unit pada bulan Oktober 2021 yang merupakan rekod jualan bulanan tertinggi bagi Perodua. Jualan kenderaan Perodua bagi bulan November terjejas akibat gangguan sementara pengeluaran yang disebabkan oleh isu rantaian bekalan. Bagi sebelas bulan pertama tahun ini, Perodua telah mendaftarkan sebanyak 167,250 unit jualan, 14.2% lebih rendah berbanding 194,980 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2020, sebahagian besarnya disebabkan oleh sekatan PKPP dan selebihnya berpunca daripada kekurangan cip semikonduktor. Walaubagaimanapun, Perodua mensasarkan pendaftaran bulanan tertinggi dalam sejarahnya dengan sekurang-kurangnya 30,000 unit jualan pada bulan Disember 2021 dengan sasaran untuk mencatatkan jualan kenderaan lebih 200,000 unit bagi keseluruhan tahun 2021. Bagi tahun 2022, Perodua mensasarkan sekurang-kurangnya 240,000 unit jualan dengan andaian tiada sekatan pergerakan atau isu cip semikonduktor yang berterusan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan prestasi jualan yang dicatatkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan November 2021, walaupun berhadapan dengan cabaran yang tidak dapat dielakkan. Kumpulan menjangkakan momentum jualan akan berterusan pada Disember seterusnya tahun hadapan, disokong oleh pengenalan model baharu, promosi akhir tahun serta lanjutan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan. Kami menghargai inisiatif kerajaan untuk menyokong sektor automotif tempatan yang akan mempercepatkan pemulihannya. Kami juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan kami di atas sokongan berterusan yang diberikan terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version