MIDA CONGRATULATES UMW AEROSPACE FOR BEING INDUCTED INTO ROLLS-ROYCE’S HIGH PERFORMING SUPPLIER GROUP

KUALA LUMPUR, 17 June 2021 – The Malaysian Investment Development Authority (MIDA) congratulates UMW Aerospace Sdn. Bhd., a wholly-owned subsidiary in the UMW Group, for being inducted in the 2021 Cohort of Rolls-Royce’s High Performing Supplier Group.  The inclusion places UMW Aerospace amongst the top 5 per cent of Rolls-Royce’s global suppliers, since winning the “Trusted to Deliver Excellence” award in 2018.

 

UMW Aerospace is the only home-grown company to become a Tier 1 supplier to Rolls-Royce.  In August 2015, UMW Aerospace signed a 25+5 year contract with Rolls-Royce to manufacture and assemble fan cases for the latter’s Trent 1000 and Trent 7000 engines. Based in the UMW High-Value Manufacturing Park in Serendah, UMW Aerospace successfully delivered the first fan case for Trent 1000 engines in November 2017. Subsequently, it delivered the maiden fan case for Trent 7000 engines in October 2020. The fan cases are transported to Rolls-Royce’s facility in Singapore.

 

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali remarked, “We are humbled with this achievement.  Our unwavering commitment to high quality products and services has led to this recognition.  UMW Aerospace has proven itself as a reputable player in the highly-regulated aerospace industry in a short period.  Furthermore, this achievement places UMW Aerospace among the more established players in the industry and in a favourable position to participate in Rolls-Royce’s future projects.  We believe this achievement is a testament to Malaysia’s potential to become an aerospace hub in ASEAN.” 

 

He further added, “We are also extremely grateful to MIDA for their continuous support and guidance.  MIDA had been instrumental in assisting us to set up the operations in Serendah in record time through collaboration with various government agencies.  We had recently signed a Memorandum of Understanding (“MOU”) with MIDA that will allow both parties to leverage on each other’s strengths to provide capacity building opportunities to attract high-quality investments into Malaysia.”

 

Mr. Arham Abdul Rahman, Chief Executive Officer of MIDA, reiterated that, “The Government is fully committed in developing Malaysia's aerospace industry and we are proud that UMW Aerospace has been included in the 2021 Cohort of Rolls-Royce’s High Performing Supplier Group and recognised as the top five (5) per cent of Rolls-Royce’s global suppliers.  MIDA applauds Rolls-Royce for the confidence and the opportunity given to UMW Aerospace to be part of their supply chain.  This recognition shows that Malaysia is indeed an ideal location to meet the growing demand of aerospace sector in the Asia-Pacific region.”

 

Through various agencies, including MIDA, the Government will ensure the long-term development of the local aerospace industry, including expanding the aerospace supply chain with the participation of Small and Medium Enterprises (SMEs); as Malaysia strives to become a leading aerospace nation in South-East Asia by 2030.  As the country’s pivotal investment promotion agency, MIDA envisions to develop more Tier 1 home-grown companies such as UMW Aerospace and further nurture them to penetrate new markets, as well as link up with major aerospace industry players, including Original Equipment Manufacturer (OEMs) at the global arena.

 

“Given the vibrant business environment, we are optimistic that Rolls-Royce will benefit from Malaysia’s established ecosystem and facilities.  We are pleased that Malaysia continues to fit into Rolls-Royce’s overall growth strategy for the region, exceptionally so, with its Industry 4.0 technology success.  This aligns with the Government’s efforts to attract high value-added and technology intensive projects into the country.  We believe, with our strategic value proposition, companies will be able to grow their business to another level and transform as competitive world players.  We will ensure the business sentiment in Malaysia remains attractive amid the challenging global economy and the current wave of the COVID-19 pandemic”, added Mr. Arham.

 

The aerospace sector will remain as one of the high growth industries in the 12th Malaysia Plan, soon to be announced this year.  MIDA will consistently promote the aerospace industry in line with the Malaysian Aerospace Industry Blueprint 2030.  Today, Malaysia hosts 230 companies in maintenance, repair and overhaul (MRO), aero-manufacturing, education and training, systems integration and, engineering and design activities, with the support of 27,500 employees.

Click to show Malay Version

 

 

MIDA MEMUJI UMW AEROSPACE KERANA DISENARAI SEBAGAI KUMPULAN PEMBEKAL BERPRESTASI TINGGI ROLLS-ROYCE

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2021 - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memuji UMW Aerospace Sdn. Bhd., anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya dalam Kumpulan UMW, yang disenaraikan dalam Kohort Pembekal Berprestasi Tinggi Rolls-Royce 2021.  Penyertaan ini meletakkan UMW Aerospace diantara 5 peratus daripada pembekal global Rolls-Royce teratas selepas memenangi anugerah "Trusted to Deliver Excellence" pada tahun 2018.

 

UMW Aerospace adalah satu-satunya syarikat tempatan yang menjadi pembekal Tier 1 untuk Rolls-Royce.  Pada bulan Ogos 2015, UMW Aerospace telah menandatangani kontrak 25 + 5 tahun dari Rolls-Royce untuk membuat dan memasang selongsong kipas untuk enjin Trent 1000 dan Trent 7000.  UMW Aerospace, yang berpusat di UMW High Value Manufacturing Park di Serendah, telah berjaya menyerahkan selongsong kipas pertama untuk enjin Trent 1000 pada bulan November 2017.  Manakala selongsong kipas perdana untuk enjin Trent 7000 telah diserahkan pada Oktober 2020.  Selongsong kipas dihantar ke fasiliti Rolls-Royce di Singapura.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami bangga dan rendah hati dengan pencapaian ini.  Komitmen penuh  terhadap produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi telah membawa kami kepada pengiktirafan ini.  Dalam jangka waktu yang singkat, UMW Aerospace telah berjaya membuktikan kemampuan sebagai penggiat terkemuka dalam industri aeroangkasa yang dikawal-selia.  Tambahan lagi, pengiktirafan ini meletakkan UMW Aerospace sebagai antara penggiat yang lebih berkelayakan dalam industri dan berada di dalam senarai yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam projek Rolls-Royce yang lain. Kami percaya bahawa pencapaian ini adalah bukti yang menunjukkan Malaysia berpotensi untuk menjadi hab aeroangkasa di ASEAN."

 

Dia menambah, "Kami juga sangat berterima kasih kepada MIDA di atas sokongan dan bimbingan yang berterusan.  MIDA telah memainkan peranan yang penting dalam membantu kami menjalankan operasi di Serendah dalam jangka masa yang singkat melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan.  Kami juga baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman ("MOU") dengan MIDA yang akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk menarik masuk pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia."

 

Encik Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, menyatakan bahawa, "Kerajaan sangat komited dalam mengembangkan industri aeroangkasa di Malaysia dan kami sangat bangga dengan kejayaan UMW Aerospace yang telah disenaraikan dalam Kohort Pembekal Berprestasi Tinggi Rolls-Royce 2021 dan diiktiraf sebagai lima (5) peratus teratas pembekal global Rolls-Royce.  MIDA memuji Rolls-Royce di atas keyakinan dan peluang yang diberikan kepada UMW Aerospace untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan mereka.  Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya lokasi yang ideal untuk memenuhi permintaan sektor aeroangkasa yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik."

 

Melalui pelbagai agensi, termasuk MIDA, Kerajaan akan memastikan pembangunan bagi industri aeroangkasa tempatan dalam jangka masa panjang, termasuk memperluaskan rantai bekalan aeroangkasa dengan penyertaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); sejajar dengan usaha Malaysia untuk menjadi negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara menjelang 2030. Sebagai agensi penting yang mempromosikan pelaburan negara, MIDA mensasarkan untuk mengembangkan lagi lebih banyak syarikat tempatan Tier 1 seperti UMW Aerospace dan seterusnya memupuk mereka untuk menembusi pasaran baru, serta bekerjasama dengan penggiat utama industri aeroangkasa, termasuk Pengilang Peralatan Asal (OEM) di arena global.

 

"Memandangkan persekitaran perniagaan yang memberangsangkan, kami sangat optimis Rolls-Royce akan mendapat manfaat daripada ekosistem dan kemudahan Malaysia yang mampan. Kami berbesar hati kerana Malaysia terus menyesuaikan diri dengan keseluruhan strategi pertumbuhan Rolls-Royce di rantau ini, terutamanya, dengan kejayaan teknologi Industri 4.0.  Ini sejajar dengan usaha Kerajaan untuk menarik minat projek-projek yang bernilai tinggi dan  mempunyai teknologi yang hebat ke negara ini.  Kami percaya, dengan adanya nilai usul kami yang strategik, kebanyakan syarikat akan dapat mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lain dan menjadi penggiat dunia yang bersikap kompetitif.  Kami akan memastikan sentimen perniagaan di Malaysia terus menjadi tarikan walaupun persekitaran ekonomi global yang mencabar disamping gelombang pandemik COVID-19 ini”, tambah Encik Arham.

 

Sektor aeroangkasa akan kekal sebagai salah satu industri perniagaan yang mempunyai pertumbuhan tinggi dalam Rancangan Malaysia ke-12, yang akan diumumkan tahun ini.  MIDA secara konsisten akan mempromosikan industri aeroangkasa selaras dengan Pelan Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.  Hari ini, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada 230 buah syarikat dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pembuatan aero, pendidikan dan latihan, sistem integrasi dan, aktiviti kejuruteraan dan reka bentuk, dengan sokongan daripada 27,500 orang pekerja.

 

 

Click to show English Version