Group profit before taxation from Continuing Operations surged 75% higher than the corresponding period of 2016
Automotive and Equipment segments continue to be profitable
Manufacturing & Engineering segment achieved higher revenue but profitability was affected by pre-operating expenses incurred by the aerospace business.
Group’s results were dragged down by losses in the Unlisted Oil & Gas and Others segments .
SHAH ALAM, 28 November 2017 – UMW Holdings Berhad’s Automotive and Equipment segments remained profitable in the third quarter of 2017 despite challenging operating conditions due to intense competition, lower margins and weaker consumer demand. In addition, the Manufacturing & Engineering segment continued to perform well as revenue climbed higher although profitability was impacted by pre-operating expenses incurred by the aerospace business. Meanwhile, the Group’s Unlisted Oil & Gas segment, consisting of companies in the process of being divested, continued to register losses.
President and Group Chief Executive Officer of UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, said: “Despite the tough environment, the Group’s main businesses continued to deliver satisfactory revenues and profits. In particular, the Equipment segment registered 8% increase in revenue and achieved 17% higher profit before taxation compared to a year ago. Similarly, revenue of the Manufacturing & Engineering segment also grew by 8% year on year. However, losses from the Unlisted Oil & Gas segment and Others segment, adversely impacted the Group’s performance. Nonetheless, with the imminent total exit from the oil & gas sector, the Group’s future growth prospects is expected to be satisfactory.”
Overall, the Group registered revenue of RM2,671.0 million for the third quarter ended 30 September 2017, a reduction of RM136.1 million or 4.8% over the RM2,807.1 million recorded in the same quarter of 2016. Profit before taxation (PBT) from Continuing Operations rose to RM19.9 million for the current quarter as compared to RM11.4 million in the same quarter of 2016. There was no contribution from the Discontinued Operations as the demerger of UMW Oil & Gas Corporation Berhad (UMW-OG) was completed in the previous quarter.
The Automotive segment registered a revenue of RM2,115.9 million, a decline of RM147.4 million, due to lower demand for the Toyota brand in anticipation of new launches of the Innovative Multipurpose Vehicle (IMV) improvement models in October 2017. As a result of lower sales contribution, PBT dropped by RM27.4 million or 20.5% to RM106.1 million. Nevertheless, the market share for Toyota including Lexus for the first nine months of 2017 strengthened to 11.7% compared to 10.9% in the same period of 2016, and sales could be further reinforced by the launch of the new IMV models.
The Equipment segment reported revenue of RM369.3 million in the third quarter of 2017, RM26.5 million or 7.7% higher than the RM342.8 million registered in the same quarter of 2016. Malaysian operations recorded an increase in revenue of 37% and PBT of 46% for the third quarter due to higher construction activities, resulting in better performance in the equipment sales and product support. PBT for the third quarter stood at RM39.3 million, RM5.7 million or 17.0% higher than the same quarter of 2016, mainly attributable to the improved revenue contribution.
The Manufacturing & Engineering segment reported an improved revenue of RM155.8 million in the third quarter of 2017 compared with RM144.6 million in the same quarter of 2016, supported in part by positive contributions from the auto components manufacturing business. However, the segment registered a loss before taxation of RM6.7 million compared with a PBT of RM2.5 million in the corresponding quarter of 2016 as profitability was affected by pre-operating expenses incurred for the aerospace business of RM42.3 million. The adverse impact is expected to diminish as the fan case plant commences full commercial operations.
Badrul Feisal added: “The Group’s overall performance is expected to remain challenging in the final quarter of the year. As announced earlier, we are committed to exit the unlisted oil & gas segment by 2018 and upon completion of the strategic plans of exiting the unlisted oil & gas assets, the Group is better positioned to focus on the next phase of growth of the three core businesses, Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering.”
Keuntungan Kumpulan sebelum cukai dari Operasi Berterusan melonjak 75% lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun 2016
Segmen Automotif dan Jentera kekal menguntungkan.
Segmen Pembuatan & Kejuruteraan mencapai pendapatan yang lebih tinggi tetapi keuntungan terjejas oleh perbelanjaan pra-operasi perniagaan aeroangkasa.
Keputusan Kumpulan terjejas akibat kerugian dalam segmen Minyak & Gas yang tidak tersenarai dan Lain-lain segmen.
Segmen Automotif dan Jentera UMW Holdings Berhad kekal menguntungkan pada suku ketiga 2017 walaupun dalam keadaan operasi yang amat sukar dan mencabar akibat dari persaingan sengit, nilai ringgit yang tidak menentu dan permintaan yang perlahan. Di samping itu, segmen Pembuatan & Kejuruteraan kekal memuaskan di mana hasil meningkat lebih tinggi walaupun keuntungan terjejas kesan daripada perbelanjaan pra-operasi yang dilakukan oleh perniagaan aeroangkasa. Sementara itu, segmen Kumpulan Minyak & Gas Tidak Tersenarai, yang terdiri daripada syarikat yang sedang dalam proses penjualan, terus mencatatkan kerugian.
Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, “Walaupun keadaan persekitaran agak mencabar, perniagaan utama Kumpulan terus mencatat pendapatan dan keuntungan yang memuaskan, khususnya segmen Jentera mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 8% dan mencapai keuntungan sebelum cukai 17% lebih tinggi berbanding setahun yang lalu. Turut sama, pendapatan segmen Pembuatan & Kejuruteraan juga meningkat sebanyak 8% dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun, kerugian daripada segmen Minyak & Gas Tidak Tersenarai dan Segmen Lain, memberi kesan terhadap prestasi Kumpulan. Walau bagaimanapun, dengan jumlah perlupusan segera dari sektor minyak dan gas, prospek pertumbuhan masa hadapan Kumpulan dijangka akan lebih memuaskan. "
Secara keseluruhannya, Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM2,671.0 juta untuk suku ketiga berakhir 30 September 2017, pengurangan sebanyak RM136.1 juta atau 4.8% berbanding RM2,807.1 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2016. Keuntungan sebelum cukai (PBT) dari Operasi Berterusan meningkat kepada RM19.9 juta bagi suku semasa berbanding RM11.4 juta pada suku yang sama tahun 2016. Tiada sumbangan daripada Operasi Pemberhentian kerana penyahgabungan UMW Oil & Gas Corporation Berhad (UMW-OG) telah diselesaikan pada suku sebelumnya.
Segmen automotif mencatatkan perolehan sebanyak RM2,115.9 juta, penurunan sebanyak RM147.4 juta, berikutan permintaan rendah bagi jenama Toyota dalam pelancaran baru Model Peningkatan Kenderaan Serbaguna Inovatif (IMV) pada Oktober 2017. Akibat jualan lebih rendah, PBT turun sebanyak RM27.4 juta atau 20.5% kepada RM106.1 juta. Walau bagaimanapun, pangsa pasaran untuk Toyota termasuk Lexus untuk sembilan bulan pertama tahun 2017 mengukuh kepada 11.7% berbanding 10.9% dalam tempoh yang sama 2016, dan jualan boleh diperkuat dengan pelancaran model IMV yang baru.
Segmen Jentera melaporkan pendapatan sebanyak RM369.3 juta pada suku ketiga 2017, RM26.5 juta atau 7.7% lebih tinggi daripada RM342.8 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2016. Operasi Malaysia mencatat peningkatan hasil sebanyak 37% dan PBT sebanyak 46% untuk suku ketiga disebabkan oleh aktiviti pembinaan yang lebih tinggi, menghasilkan prestasi yang lebih baik dalam jualan peralatan serta produk sokongan. PBT bagi suku ketiga berjumlah RM39.3 juta, RM5.7 juta atau 17.0% lebih tinggi daripada suku tahun yang sama tahun 2016, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan hasil sumbangan.
Segmen Pembuatan & Kejuruteraan melaporkan peningkatan hasil sebanyak RM155.8 juta pada suku ketiga 2017 berbanding RM144.6 juta pada suku yang sama tahun 2016, disokong sebahagiannya oleh sumbangan positif daripada perniagaan komponen pembuatan auto. Walau bagaimanapun, segmen tersebut mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.7 juta berbanding dengan PBT sebanyak RM2.5 juta dalam suku tahun yang sama tahun 2016 kerana keuntungan terjejas kesan perbelanjaan pra-operasi daripada perniagaan aeroangkasa sebanyak RM42.3 juta. Kesan itu dijangka berkurang apabila kilang selongsong kipas enjin memulakan operasi penuh.
Badrul Feisal menambah: "Prestasi keseluruhan Kumpulan dijangka kekal mencabar pada suku akhir tahun ini. Seperti yang diumumkan sebelum ini, kami komited untuk keluar dari segmen minyak & gas yang tidak tersenarai menjelang 2018 dan setelah selesai perancangan strategik untuk keluar dari aset minyak & gas tidak tersenarai, Kumpulan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menumpukan pada fasa pertumbuhan tiga perniagaan utama, Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan.