LOCKDOWN IMPACTS VEHICLE SALES IN JULY; HEALTHY ORDERBOOK AND RESUMPTION OF OPERATIONS TO DRIVE SALES OF UMW GROUP IN AUGUST

KUALA LUMPUR, 23 August 2021 – The domestic automotive sector has been adversely impacted by the Full Movement Control Order 3.0 (“FMCO”), which began on 1 June 2021.  The Malaysian Automotive Association (“MAA”) recently announced that only 7,086 units were registered for the month of July 2021, predominantly in Sabah and Sarawak, where showrooms have been allowed to operate as the two states were placed under Phase Two of the National Recovery Plan (“NRP”).  UMW Toyota Motor (“UMWT”) delivered 1,450 vehicles while Perodua sold 655 units.  Nonetheless, automotive sales is expected to gradually recover in August as showrooms and automotive assembly plants have been allowed to resume operations from 16 August 2021 following the easing of FMCO restrictions.

 

Despite the lockdown, the Group’s order bank has further strengthened due to delivery restriction and new orders collected during the lockdown.  The Toyota, Lexus and Perodua online showrooms recorded increased visitors as consumers explored the e-platforms during the lockdown.

 

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The UMW Group registered minimal sales in June and July due to the FMCO.  The announcement on the easing of restrictions came as a huge relief for us and we are grateful to the government for allowing the automotive sector to resume operations.  In preparing to resume our operations, we have been working closely with the relevant authorities to ensure that all our employees, suppliers and dealers are vaccinated progressively.  We would also continue to ensure strict compliance to the COVID-19 Standard Operating Procedures at all times to ensure the safety of our employees and customers.”

 

“The Malaysian Automotive Association recently revised downwards its forecast for the 2021 Total Industry Volume (“TIV”) to 500,000 units from 570,000 units announced early this year.  Notwithstanding the challenges confronting the automotive industry, the Group will take the necessary measures to increase production and delivery of vehicles to work towards achieving its annual sales targets taking into consideration the encouraging orderbook, the introduction of new models as well as the extension of the sales tax exemption until 31 December 2021.  We wish to also express our appreciation to our customers for their continuing support despite the challenges,” added Dato’ Fuaad.

Click to show Malay Version

 

 

JUALAN KENDERAAN PADA BULAN JULAI TERKESAN OLEH SEKATAN PERGERAKAN; BUKU PESANAN YANG MEMUASKAN DAN PEMBUKAAN SEMULA OPERASI DIJANGKA MENINGKATKAN JUALAN KENDERAAN BAGI KUMPULAN UMW PADA BULAN OGOS

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2021 - Sektor automotif domestik telah terkesan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Penuh 3.0 (“PKPP”), yang bermula pada 1 Jun 2021.  Persatuan Automotif Malaysia (“MAA”) baru-baru ini mengumumkan bahawa hanya 7,086 unit didaftarkan untuk bulan Julai 2021, tertumpu kepada Sabah dan Sarawak, di mana bilik pameran telah dibenarkan beroperasi kerana kedua-dua negeri tersebut diletakkan di bawah Fasa Dua bagi Pelan Pemulihan Negara ("PPN").  UMW Toyota Motor (“UMWT”) mendaftarkan penjualan sebanyak 1,450 kenderaan manakala Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 655 unit.  Namun, kadar penjualan automotif dijangka akan meningkat pada bulan Ogos dengan pembukaan semula bilik pameran dan kilang pemasangan automotif bermula dari 16 Ogos berikutan pelonggaran sekatan PKPP.

 

Walaupun dalam fasa sekatan pergerakan penuh, namun, jumlah pesanan kenderaan Kumpulan masih memberangsangkan disebabkan oleh kekangan terhadap penghantaran dan jumlah pesanan kenderaan yang terkumpul.  Bilik pameran dalam talian Toyota, Lexus dan Perodua menunjukkan peningkatan pelawat yang tinggi sejak pengguna mula menggunakan platform elektronik sepanjang fasa sekatan pergerakan.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata “Kumpulan UMW mencatatkan penjualan minimum pada bulan Jun dan Julai disebabkan oleh PKPP.  Pengumuman berkaitan pelonggaran sekatan memberi kelegaan besar kepada kami dan kami berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan sektor automotif untuk beroperasi semula.  Dalam usaha untuk menjalankan semula operasi, kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan semua pekerja, pembekal dan peniaga kami diberikan vaksin secara progresif.  Kami juga akan terus memastikan Prosedur Operasi Standard COVID-19 dipatuhi sepenuhnya demi menjaga keselamatan pelanggan dan pekerja kami."

 

"Persatuan Automotif Malaysia ("MAA") baru-baru ini telah menurunkan jumlah sasaran jualan industri ("TIV") bagi tahun 2021 kepada 500,000 unit dari 570,000 unit yang diumumkan awal tahun ini.   Walaupun industri automotif berhadapan dengan pelbagai cabaran, Kumpulan akan terus berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dan penghantaran kenderaan ke arah mencapai jumlah sasaran penjualan kenderaan tahunannya dengan adanya sokongan daripada jumlah pesanan kenderaan yang menggalakkan, pengeluaran model-model baru serta pelanjutan terhadap pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2021.  Kami juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pelanggan di atas sokongan yang berterusan,” tambah Dato’ Fuaad.

 

 

Click to show English Version