- The Group’s second quarter 2020 financial results were inevitably impacted by disruptions caused by the implementation of movement restrictions to combat the Covid-19 pandemic.
- The Group is confident of staging a healthy recovery in the second half of 2020.
KUALA LUMPUR, 27 August 2020 – The prolonged Covid-19 pandemic had a significant impact on UMW Holdings Berhad’s financial results for the first six months of 2020. The Group’s revenue reduced by 36.6% to RM3,648.9 million. The Group was also impacted by share of losses of RM44.1 million from one of its associate companies which involves in leasing and hire purchase financing business due to the present value impact of the loan moratorium and unfavourable mark-to-market valuation of interest rate swaps. Accordingly, the Group recorded a lower profit before taxation (PBT) of RM4.2 million for the first six months of 2020 compared to a PBT of RM290.9 million a year ago. Consequently, loss attributable to owners of the company for the first half of 2020 was RM34.1 million compared to a profit of RM143.7 million registered for the same period of 2019. Excluding the substantial loss made by its associate company, the Group reported a profit attributable to owners of the company of RM10.0 million for the first half of 2020.
UMW Holdings Berhad Acting President and Group CEO, Azmin Che Yusoff said, “The Group was severely impacted by disruptions caused by the implementation of MCO/lockdowns to combat the Covid-19 pandemic. All three core business segments recorded lower revenue in the first six months of 2020. On a more positive note, sales are gradually improving since the relaxation of the MCO/lockdown, spearheaded by our automotive segment. Both UMW Toyota Motor (UMWT) and Perodua staged a strong upturn in July following disruptions to sales earlier this year. As the economy progressively recovers and demand improves, we are confident of staging a healthy recovery in the second half of the year.”
Sales of vehicle, parts and services were disrupted, leading to a 40.9% decline in the Automotive segment’s revenue for the first half of the year compared with the corresponding period in 2019. Following the decrease in revenue and a lower share of results from an associated company, the segment reported a PBT of RM12.0 million for the first 6 months of 2020 compared to a PBT of RM275.3 million a year ago. Encouragingly, automotive sales rebounded strongly in July following the government’s announcement of the sales tax exemption on CKD vehicles (100%) and CBU vehicles (50%) effective from 15 June to 31 December 2020 aimed to spur the growth of the local automotive industry. UMWT sold 7,509 units in July, its highest for the year, 70.0% more than the 4,417 units registered in June. Meanwhile, the month of July marked Perodua’s highest monthly sales for the year, with registered sales of 23,203 vehicles, a 9.2% increase from the 21,250 units sold in June. The segment is expected to continue to benefit from this tax exemption measure.
The Equipment segment’s revenue of RM522.4 million for the first six months of 2020 was lower than the RM726.5 million recorded in the first half of 2019, mainly due to the economic impact of MCO/lockdowns and Covid-19 to heavy and industrial equipment sub-segments. In line with the decrease in revenue, the segment’s PBT of RM50.4 million was lower than the RM77.6 million reported in the corresponding period. Despite the challenging outlook for the Heavy Equipment sub-segment due to intense competition in a contracting market, encouraging demand in mining and construction sectors in its overseas operations as well as the introduction of new government initiatives and stimulus packages could help soften the impact. The Heavy Equipment sub-segment is working with its principal to extend recovery packages to its customers affected by the Covid-19 pandemic while the Industrial Equipment sub-segment will continue to focus on expanding its equipment rental business. The leasing of industrial equipment provides recurring revenue to the Industrial Equipment sub-segment thus minimising the impact from the Covid-19 pandemic. The Group had also secured distribution rights for collaborative robots (Cobots) from Universal Robots S/A. The new addition to the Group’s product line is expected to contribute positively to the sub-segment’s performance.
The Manufacturing & Engineering (M&E) segment’s revenue of RM431.9 million in the first half of 2020 was 10.3% lower than the RM481.6 million reported in the corresponding period of 2019. This was due in part to the implementation of MCO which led to lower sales in its Lubricants and Auto-components sub-segments. However, despite the MCO, the Aerospace sub-segment recorded higher revenue from the increased volume of fan cases delivered, which softened the impact from the other two sub-segments. Subsequently, PBT increased to RM18.5 million from RM15.6 million a year ago. Moving forward, the domestic sales of auto-components is projected to gradually increase following the recent announcement of sales tax exemption as well as lower interest rates, which is expected to spur the local automotive market. The lubricants sub-segment will continue to leverage on its OEM partners and strengthen its domestic sales and export to ASEAN countries. While the Group expects the Aerospace sub-segment to be impacted negatively following the outbreak of Covid-19, it is partially cushioned by fan case orders that have been received for the rest of the year.
Azmin added, “As evidenced by the contraction in Malaysia’s GDP in 1H2020, the disruptions caused by the Covid-19 outbreak are wide-reaching across business segments and will continue to impact the overall business environment in 2020.
However, we are confident of the resilience of the Malaysian economy and are cautiously optimistic of the improved performance across segments in the second half of the year and in delivering superior value to our shareholders.”
- Hasil kewangan Kumpulan bagi suku kedua tahun 2020 terjejas disebabkan oleh pelaksanaan sekatan pergerakan untuk memerangi pandemik Covid-19.
- Kumpulan yakin akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada separuh kedua tahun 2020.
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2020 - Pandemik Covid-19 yang berpanjangan telah memberi impak negatif kepada hasil kewangan UMW Holdings Berhad bagi enam bulan pertama tahun 2020. Pendapatan Kumpulan berkurang sebanyak 36.6% kepada RM3,648.9 juta. Hasil kewangan turut terjejas disebabkan oleh bahagian kerugian Kumpulan berjumlah RM44.1 juta dari salah satu syarikat bersekutu yang menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pembiayaan sewa beli akibat kesan nilai semasa pinjaman moratorium dan penilaian kadar faedah yang tidak memberangsangkan di dalam pasaran. Dengan itu, Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) yang lebih rendah sebanyak RM4.2 juta bagi enam bulan pertama tahun 2020 berbanding PBT sebanyak RM290.9 juta setahun yang lalu. Kerugian yang diagihkan kepada pemilik syarikat pada separuh pertama tahun 2020 adalah RM34.1 juta berbanding keuntungan RM143.7 juta yang dicatatkan untuk tempoh yang sama tahun 2019. Tanpa kerugian besar dari syarikat bersekutu, Kumpulan melaporkan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat sebanyak RM10.0 juta untuk separuh pertama tahun 2020.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, "Pelaksanaan PKP / sekatan pergerakan untuk memerangi pandemik Covid-19 telah memberi kesan negatif kepada Kumpulan. Ketiga-tiga segmen perniagaan teras mencatatkan pendapatan yang lebih rendah dalam enam bulan pertama tahun 2020. Walaubagaimanapun, sejak pelonggaran PKP / sekatan pergerakan, penjualan bagi segmen automotif kami sedang beransur meningkat. Kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan Perodua mencatatkan kenaikan jualan yang tinggi pada bulan Julai berbanding penjualan pada awal tahun ini. Dengan keadaan ekonomi yang sedang beransur pulih serta permintaan yang semakin meningkat, kami yakin prestasi pada separuh kedua tahun 2020 akan lebih baik."
Penjualan kenderaan, alat ganti dan perkhidmatan terganggu, menyebabkan penurunan pendapatan segmen Automotif sebanyak 40.9%, untuk separuh pertama tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2019. Berikutan penurunan pendapatan dan bahagian hasil yang lebih rendah dari syarikat bersekutu, segmen tersebut melaporkan PBT sebanyak RM12.0 juta bagi enam bulan pertama tahun 2020 berbanding PBT sebanyak RM275.3 juta setahun yang lalu. Lebih memberangsangkan, penjualan automotif melambung tinggi pada bulan Julai berikutan pengumuman kerajaan berkaitan pengecualian cukai penjualan ke atas kenderaan CKD (100%) dan kenderaan CBU (50%) yang berkuatkuasa dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020 yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan industri automotif tempatan. UMWT menjual 7,509 unit pada bulan Julai, yang tertinggi untuk tahun ini, 70.0% lebih tinggi daripada 4,417 unit yang didaftarkan pada bulan Jun. Sementara itu, bulan Julai merupakan bulan penjualan tertinggi Perodua untuk tahun ini, dengan jumlah penjualan sebanyak 23,203 kenderaan, peningkatan sebanyak 9.2% daripada 21,250 unit yang dijual pada bulan Jun. Segmen ini dijangka akan terus mendapat manfaat daripada langkah pengecualian cukai ini.
Pendapatan segmen Jentera sebanyak RM522.4 juta untuk enam bulan pertama tahun 2020 lebih rendah daripada RM726.5 juta yang dicatatkan pada separuh pertama 2019, disebabkan oleh kesan ekonomi sepanjang PKP / sekatan pergerakan dan Covid-19 terhadap sub-segmen jentera berat dan jentera perindustrian. Sejajar dengan penurunan pendapatan, PBT segmen sebanyak RM50.4 juta adalah lebih rendah daripada RM77.6 juta yang dilaporkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Walaupun prospek agak mencabar bagi sub-segmen Jentera Berat akibat persaingan yang sengit di pasaran, permintaan yang menggalakkan di sektor perlombongan dan pembinaan dalam operasi di luar negara serta pengenalan inisiatif kerajaan baru dan pakej rangsangan dijangka dapat membantu mengurangkan kesan impak. Penyewaan peralatan peindustrian memberikan hasil pendapatan berulang kepada sub-segmen Jentera Perindustrian, maka dengan itu dapat meminimumkan kesan dari pandemik Covid-19. Kumpulan juga telah berjaya memperoleh hak pengedaran robot kolaboratif (Cobots) dari Universal Robots S/A. Dengan penambahan produk baru, Kumpulan menjangkakan sumbangan positif terhadap prestasi sub-segmen.
Pendapatan segmen Pembuatan & Kejuruteraan (M&E) sebanyak RM431.9 juta pada separuh pertama tahun 2020 adalah 10.3% lebih rendah daripada RM481.6 juta yang dilaporkan pada tempoh yang sama tahun 2019. Ini disebabkan oleh pelaksanaan PKP yang menyebabkan penurunan penjualan daripada sub-segmen Minyak Pelincir dan Komponen Auto. Walaupun operasi terganggu disebabkan PKP, sub-segmen Aeroangkasa mencatat pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada peningkatan jumlah selongsong kipas yang siap dihantar, dan ini telah membantu mengurangkan kesan impak dari dua sub-segmen yang lain. Penjualan komponen auto di dalam negeri dijangkakan meningkat secara beransur-ansur berikutan pengumuman pengecualian cukai penjualan baru-baru ini dan juga kadar faedah yang lebih rendah. Sub-segmen pelincir akan terus memanfaatkan rakan OEM dan memperkukuhkan penjualan dan eksport domestiknya ke negara-negara ASEAN. Walaupun Kumpulan menjangka sub-segmen Aeroangkasa akan terkesan akibat pencetusan pandemik Covid-19, namun ia disokong oleh pesanan selongsong kipas yang sudah diterima untuk sepanjang tahun ini.
Azmin menambah, "Seperti yang dibuktikan oleh penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 1H2020, gangguan yang disebabkan oleh wabak Covid-19 adalah sangat besar bagi semua segmen perniagaan Kumpulan dan akan terus mempengaruhi persekitaran perniagaan secara menyeluruh pada tahun 2020.
Walaubagaimanapun, kami yakin dengan ketahanan ekonomi Malaysia dan bersikap optimis terhadap peningkatan prestasi semua segmen pada separuh kedua tahun ini dan juga dalam memberikan nilai yang lebih baik kepada para pemegang saham kami."