UMW GROUP DELIVERED 28,235 UNITS IN JANUARY 2023, 13% HIGHER THAN A YEAR AGO

- UMW Toyota Motor registered 6,786 units in January 2023.

- Perodua registered 21,449 units in January 2023.

KUALA LUMPUR, 16 February 2023 – After a record-breaking achievement in 2022, the UMW Group started 2023 with delivery of 28,235 vehicles, 13% higher than the 24,972 units registered in the same month last year, as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to fulfil its encouraging outstanding bookings.

UMWT started 2023 with the delivery of 6,786 units in January. The company plans to ramp up production for its backlog orders, especially for the orders that are eligible for the sales tax exemption, to be registered by 31 March 2023. The Toyota Vios, Hilux and Corolla Cross continue to be the top-selling models for the month of January 2023. UMWT expects the demand and sales to be sustained throughout the year, supported by the introduction of new and facelift models. To further strengthen its order book, UMWT is offering special promotions as well as the Toyota EZ Beli financing option for the purchase of the Vios and Yaris.

Perodua continues to maintain its pole position in the Malaysian automotive industry with the delivery of 21,449 units in January 2023, a 23% increase compared with the 17,444 units registered in January 2022. Perodua remains committed to optimise production and deliver its outstanding orders and has targeted production of 330,000 vehicles in 2023. After achieving its highest ever annual sales of 282,019 units in 2022, Perodua has set a higher sales target of 314,000 units for 2023. The launch of the all-new 2023 Perodua Axia on 14 February 2023 is expected to drive sales this year.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “After registering significant improvement in delivery in 2022, both UMWT and Perodua will continue to focus on fulfilling outstanding bookings, especially for those made prior to the expiry of the sales tax exemption. We are cautiously optimistic that the automotive industry will continue to perform well in 2023 based on the encouraging and continuing strong bookings as well the exciting new models to be launched in 2023 to meet our customers’ requirements. We would like to thank our customers for their continuous support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENCATATKAN JUALAN SEBANYAK 28,235 UNIT PADA BULAN JANUARI 2023, 13% LEBIH TINGGI BERBANDING SETAHUN YANG LALU

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,786 unit pada bulan Januari 2023.

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 21,449 unit pada bulan Januari 2023.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2023 – Selepas memecah rekod jualan pada tahun 2022, Kumpulan UMW memulakan 2023 dengan catatan jualan sebanyak 28,235 unit, 13% lebih tinggi berbanding 24,972 unit yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, disebabkan oleh kedua-duanya UMW Toyota Motor (“UMWT ”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua terus berusaha memenuhi tempahan tertunggak yang menggalakkan.

UMWT memulakan tahun 2023 dengan catatan jualan sebanyak 6,786 unit pada bulan Januari. Kumpulan akan terus meningkatkan pengeluaran untuk pesanan tertunggaknya, terutamanya yang layak mendapat pengecualian cukai jualan, yang akan didaftarkan pada 31 Mac 2023. Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross kekal menjadi model yang paling laris di pasaran bagi bulan Januari 2023. UMWT menjangkakan permintaan dan jualan dapat dikekalkan sepanjang tahun, disokong oleh pengenalan model baharu dan kemaskini. Bagi mengukuhkan lagi buku pesanannya, UMWT menawarkan promosi istimewa serta pilihan pembiayaan Toyota EZ Beli untuk pembelian Vios dan Yaris.

Perodua terus mengekalkan kedudukan tertingginya dalam industri automotif Malaysia dengan pencatatan jualan sebanyak 21,449 unit pada bulan Januari 2023, meningkat 23% berbanding 17,444 unit yang didaftarkan pada bulan Januari 2022. Perodua kekal komited untuk memaksimumkan pengeluaran bagi pesanan tertunggak dan telah menyasarkan pengeluaran kenderaan sebnayak 330,000 unit pada tahun 2023. Selepas mencapai jualan tahunan tertingginya sebanyak 282,019 unit pada tahun 2022, Perodua telah menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 314,000 unit untuk tahun 2023. Pelancaran Perodua Axia 2023 serba baharu pada 14 Februari 2023 dijangka memacu jualan tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Dengan pencapaian yang luar biasa pada tahun 2022, kedua-dua UMWT dan Perodua akan terus menumpukan kepada tempahan yang tertunggak, terutamanya untuk tempahan yang dibuat sebelum tamat tempoh pengecualian cukai jualan. Kami amat positif dengan industri automotif akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2023 berdasarkan tempahan dan permintaan yang kukuh dan menggalakkan yang berterusan serta mempunyai barisan model baharu yang menarik yang akan dilancarkan pada tahun 2023 bagi memenuhi permintaan pelanggannya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version