- UMW Toyota Motor registered 10,440 units in December 2022.
- Perodua registered 31,224 units in December 2022, its highest ever monthly sales.
KUALA LUMPUR, 16 January 2023 – The UMW Group ended 2022 on a high note as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered strong sales. The Group delivered a record monthly sales of 41,664 units in December 2022, 7% higher than the 39,034 units registered in November 2022. Accordingly, the UMW Group delivered a record-high of 383,054 units in 2022, 46% higher than the 262,685 units registered in 2021 which was affected by the implementation of the Full Movement Control Order (“FMCO”) from 1 June to 15 August 2021. Both UMWT and Perodua surpassed their sales targets for the year, mainly due to the robust demand driven by the sales tax exemption as well as the exciting new models launched during the year.
With 10,440 units registered in December 2022, UMWT successfully delivered 101,035 units in 2022, a 40% increase compared with the 72,394 units registered in 2021. UMWT therefore maintained its leadership in the non-national automotive segment amidst the challenging market conditions and supply chain issues. The Toyota Vios, Hilux and Corolla Cross were its best-selling models for the year. In 2023, UMWT will continue to introduce new and exciting models to sustain its momentum. As UMWT is taking a multipath approach towards carbon neutrality, it also plans to introduce a second Hybrid Electric Vehicle (“HEV”) model this year, on top of the possible introduction of a Battery Electric Vehicle (“BEV”) for the Malaysian market.
Notwithstanding the various challenges faced by the automotive industry, Perodua achieved its best sales performance on record in 2022. It continues to retain its pole position in the Malaysian automotive industry with the delivery of 282,019 units in 2022, a 48% increase compared with the 190,291 units registered in 2021. Perodua also broke another monthly sales record since inception in December 2022, with 31,224 units registered during the month. Furthermore, Perodua also achieved its highest annual production since inception with 289,054 units in 2022. Moving forward, Perodua will continue to introduce new technologies in its products and services as well as to continue to invest to improve its production efficiency and capacity.
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the strong sales registered by UMWT and the record sales achieved by Perodua in 2022. Both companies have shown resilience and performed exceptionally well for the year considering the headwinds and challenges faced by the automotive industry. Moving forward, we are cautiously optimistic that the automotive industry will continue to perform well in 2023 based on the encouraging bookings and the continuing strong demand. The Group will continue to introduce competitively priced exciting new models to meet its customers’ requirements. We would like to extend our appreciation to our customers for their continuous support of our products and services.”
- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 10,440 unit pada bulan Disember 2022.
- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 31,224 unit bulan pada Disember 2022, jualan bulanan tertingginya.
KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – Kumpulan UMW mengakhiri tahun 2022 dengan cemerlang di mana kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang tinggi. Kumpulan memecahkan rekod jualan bulanan dengan pendaftaran sebanyak 41,664 unit pada bulan Disember 2022, 7% lebih tinggi daripada 39,034 unit yang didaftarkan pada bulan November 2022. Dengan itu, Kumpulan UMW mencatatkan rekod jualan tertinggi dengan 383,054 unit pada tahun 2022, 46% lebih tinggi daripada 262,685 unit yang didaftarkan pada tahun 2021 yang terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) dari 1 Jun hingga 15 Ogos 2021. Kedua-dua UMWT dan Perodua melepasi sasaran jualan mereka untuk tahun tersebut, terutamanya disebabkan oleh permintaan kukuh yang dipacu oleh cukai jualan pengecualian serta model baharu yang menarik yang dilancarkan pada tahun ini.
Dengan jualan sebanyak 10,440 unit yang didaftarkan pada bulan Disember 2022, UMWT berjaya merekodkan jualan sebanyak 101,035 unit pada tahun 2022, pertumbuhan sebanyak 40% berbanding 72,394 unit yang didaftarkan pada tahun 2021. Hasilnya, UMWT terus menerajui segmen automotif bukan nasional walaupun keadaan pasaran dan isu rantaian bekalan yang mencabar. Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross merupakan model terlarisnya untuk tahun ini. Pada tahun 2023, UMWT akan terus memperkenalkan model baharu dan menarik untuk mengekalkan momentum penjualannya. UMWT akan terus mengambil pendekatan ke arah neutraliti karbon dan merancang untuk memperkenalkan model Kenderaan Elektrik Hibrid (“HEV”) kedua tahun ini, selain memperkenalkan Kenderaan Elektrik Bateri (“BEV”) untuk pasaran Malaysia
Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri automotif, Perodua mencatatkan prestasi rekod jualan yang terbaik pada tahun 2022. Ia terus mengekalkan kedudukan utamanya dalam industri automotif Malaysia dengan catatan jualan sebanyak 282,019 unit pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 48% berbanding dengan 190,291 unit yang didaftarkan pada tahun 2021. Perodua telah memecahkan satu lagi rekod jualan bulanan tertinggi sejak penubuhannya pada bulan Disember tahun 2022, dengan jualan sebanyak 31,224 unit pada bulan tersebut. Tambahan lagi, Perodua merekodkan pengeluaran tahunan yang tertinggi iaitu sebanyak 289,054 unit pada tahun 2022. Perodua akan terus memperkenalkan teknologi baharu dalam produk dan perkhidmatan masa hadapan serta akan terus melabur untuk meningkatkan kecekapan dan kapasiti pengeluaran.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan yang kukuh yang didaftarkan oleh UMWT dan rekod jualan yang dicatatkan oleh Perodua pada tahun 2022. Kedua-dua syarikat telah menunjukkan daya tahan yang tinggi dan menunjukkan prestasi yang sangat baik untuk tahun ini walaupun cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh industri automotif. Dengan ini, kami yakin industri automotif akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2023 berdasarkan tempahan yang menggalakkan dan permintaan kukuh yang berterusan. Kumpulan akan terus memperkenalkan model baharu yang menarik pada harga kompetitif untuk memenuhi permintaan pengguna. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”