TEMERLOH, 20 April 2017 – As part of its corporate social responsibility (CSR) programme in conjunction with Malaysian Unit Trust Week (Minggu Saham Amanah Malaysia 2017), UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMW) is donating a total of RM100,000 to ten selected schools in the Temerloh district.
The Prime Minister’s wife, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, accompanied by UMW’s board member, Tan Sri Hasmah binti Abdullah, handed over five cheques of RM10,000 each to the Principals of Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab, Sekolah Kebangsaan Bolok and Sekolah Kebangsaan Belenggu.The short ceremony was held at Permodalan Nasional Berhad’s main booth in MSAM exhibition hall.
The other five remaining schools – Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, Sekolah Kebangsaan Charuk Puting and Sekolah Kebangsaan Paya Luas will be receiving their respective cheques during the closing ceremony on 25 April 2017.
This RM100,000 donation is UMW’s contribution in supporting the development of schools in rural areas in the country under its education pillar where UMW continues to champion many worthy causes under its three CSR pillars, the other two being community development and environment.
TEMERLOH, 20 April 2017 – Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM), UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMW) menyumbang sebanyak RM100,000 kepada sepuluh buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.
Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, diiringi oleh ahli lembaga pengarah UMW, Tan Sri Hasmah binti Abdullah, telah menyerahkan cek bernilai RM10,000 setiap satu kepada para Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab, Sekolah Kebangsaan Bolok dan Sekolah Kebangsaan Belenggu
Majlis ringkas itu telah diadakan di ruang pameran utama Permodalan Nasional Berhad di dalam dewan pameran MSAM.Lima buah sekolah lagi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, Sekolah Kebangsaan Charuk Puting dan Sekolah Kebangsaan Paya Luas akan menerima cek sumbangan masing-masing di majlis penutup pada 25 April 2017.
Sumbangan RM100,000 ini adalah sebahagian daripada usaha UMW dalam menyokong pembangunan sekolah-sekolah luar Bandar di bawah tunggak pendidikan di mana UMW terus melaksanakan pelbagai usaha murni di bawah tiga tunggak, dua lagi adalah tunggak pembangunan komuniti dan tunggak alam sekitar.