UMW’S TREE PLANTING AND BEACH CLEANING PROGRAMME A SUCCESS

KUALA LUMPUR, 30 January 2019 – UMW Corporation Sdn. Bhd., a wholly-owned subsidiary of UMW Holdings Berhad joined forces with Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) and Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) and successfully organised the 2019 Tree Planting and Beach Cleaning Programme last Saturday. At the event, UMW also handed a cash contribution of RM25,000 to make the programme a success. While this is the company’s third collaboration with MDKS, its partnership with LUAS have been ongoing for the eighth consecutive year.

Over 40 UMW Community Champions and 40 volunteers from LUAS and MDKS rolled up their sleeves to plant trees and clean up the coastal lines of Pantai Remis, which is situated approximately 20 km from the town of Kuala Selangor. During the half-day programme, 30 Pine Trees and 500 Murraya trees (shrubs) were planted by the volunteers covering the beach front.

As an organization with a heritage stretching back more than 100 years, we remain indebted to our natural environment and to the communities in which we operate for supporting our continued success. The programme is part of UMW’s CSR efforts encompassing three pillars, namely, community development, education and environment. This CSR effort is also consistent with the Group’s sustainability strategy of nurturing the community and society. UMW believes it is the responsibility of every corporate citizen to preserve and conserve the environment for the benefit of the future generation.

UMW have carried out various environmental-focused CSR programmes and have successfully planted 19,600 trees since 2011.

Click to show Malay Version

 

 

UMW MENJAYAKAN PROGRAM PENANAMAN POKOK DAN PEMBERSIHAN PANTAI

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2019 – UMW Corporation Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh UMW Holdings Berhad bergabung dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam menganjurkan Program Penanaman Pokok dan Pembersihan Pantai Sabtu lalu. Pada majlis itu, UMW menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM25,000 untuk menjayakan program ini. Walaupun ini adalah kerjasama ketiga dengan MDKS, namun perkongsian dengan LUAS telah berlangsung selama lapan tahun berturut-turut.

Lebih 40 sukarelawan UMW dan 40 sukarelawan dari LUAS dan MDKS bersama-sama menanam pokok dan membersihkan Pantai Remis, yang terletak kira-kira 20 km dari bandar Kuala Selangor. Sepanjang program separuh hari ini, 30 pokok pine dan 500 pokok Murraya ditanam oleh sukarelawan di sepanjang bahagian depan pantai.

Sebagai sebuah organisasi warisan yang berusia lebih daripada 100 tahun, kami rasa terhutang budi kepada alam semula jadi dan kepada komuniti di mana kami beroperasi dalam menyokong kejayaan kami secara berterusan. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha CSR UMW yang merangkumi tiga pilar, iaitu pembangunan masyarakat, pendidikan dan alam sekitar. Usaha CSR ini juga konsisten dengan strategi kelestarian Kumpulan untuk memupuk komuniti dan masyarakat. UMW percaya adalah tanggungjawab setiap warga korporat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan generasi akan datang.

UMW telah melaksanakan pelbagai program CSR yang bertumpu kepada alam sekitar dan berjaya menanam 19,600 pokok sejak 2011.

 

 

Click to show English Version