UMW Holdings’ Net Profit Soared To RM128.1 Million In 3Q18 As All Three Core Business Segments Registered Higher Revenue And Profits

 Group profit before taxation jumped more than tenfold and revenue increased by 23.5% compared with the corresponding period of 2017

 Automotive segment’s profit before taxation increased by 42.6%

 Equipment segment’s profit before taxation grew by 10.8%

 Manufacturing & Engineering segment registered 62.7% higher revenue with improved contribution from the aerospace business

 

Core Business Segment
Automotive
Equipment
M & E
Total
PBT (RM’mil)
151.3
43.5
15.5
210.3

 

KUALA LUMPUR, 30 November 2018 – UMW Holdings Berhad’s Group profit before taxation (PBT) jumped more than tenfold while revenue increased by 23.5%, arising from improved contributions from all three of its core businesses. The Automotive segment successfully capitalised on positive consumer sentiment during the Goods and Services Tax (GST)-free period; while the decision to focus on more urbanised sectors in the Equipment segment led to higher sales with increased demand in the construction sector. The aerospace business continued to produce and deliver fan cases as per its contractual agreement with Rolls-Royce, generating higher revenue for the Manufacturing & Engineering (M&E) segment. Overall, the Group’s net profit soared to RM128.1 million for the third quarter of 2018, against a loss of RM29.4 million recorded in the same quarter of 2017.

UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim said, “Our third quarter results positively reflect the continued execution of our strategic initiatives to restore profitability and momentum, following our exit from the Oil & Gas sector. We are encouraged by our performance and will continue to make strategic moves to keep our core businesses abreast of its changing environment. As we move forward, the Group will place a sharper focus on driving long-term growth through expansion and fostering innovation across our portfolio, balanced with a disciplined approach to capital investment. We remain committed to delivering value to all our stakeholders.”

Overall, the Group registered revenue of RM3,299.5 million for the third quarter ended 30 September 2018, an increase of 23.5% over the RM2,671.0 million recorded in the same quarter of 2017. Consequently, the Group posted a PBT from Continuing Operations of RM233.6 million for the current quarter which was substantially higher than the previous corresponding quarter of RM49.2 million. Discontinued Operations posted a lower loss before taxation of RM17.8 million compared with a loss of RM29.3 million in the previous corresponding quarter. The losses were attributable to operating expenditure incurred while the winding down of operations are being carried out in stages. This is expected and in line with the divestment strategy of the Oil & Gas (Unlisted) segment. For nine months ending 30 September 2018, the Group registered net profit of RM326.6 million compared to a loss of RM218.5 million a year ago.

The Automotive segment registered revenue of RM2,643.4 million in the third quarter of 2018 which was 24.9% higher than the RM2,115.9 million reported in the previous corresponding quarter. Sales improved substantially during Goods and Services Tax (GST)- free period supported by the launch of a new model during the quarter. Profit margins also improved due to cost optimisation initiatives and the strengthening of Ringgit Malaysia against the US Dollar. Subsequently, PBT increased significantly by 42.6% to RM151.3 million from RM106.1 million reported in the previous corresponding quarter.

For the third quarter of 2018, the Equipment segment registered revenue of RM403.4 million which was 9.2% higher than the RM369.3 million reported in the previous corresponding quarter. The improved performance was attributable to higher revenue and increased demand in the construction industry. Consequently, PBT increased by 10.8% to RM43.5 million.

The M&E segment registered revenue of RM253.6 million which was 62.7% higher than the RM155.8 million reported in the previous corresponding quarter; while PBT rose to RM15.5 million from a loss of RM6.7 million. The improved performance was contributed by higher revenue from the Aerospace business as well as better profit margins generated from a comprehensive efficiency improvement and cost optimisation programme.

Looking ahead, while the reintroduction of the Sales and Service Tax (SST) will likely have an impact on consumer demand in vehicle sales, the Automotive segment is expected to perform satisfactorily based on strong interest received in its newly launched models. The Industrial Equipment business is expected to continue performing well in the rental sector while infrastructure development for coastal and rural roads may have a positive impact on the Heavy Equipment business. In the M&E segment, efforts are ongoing to enhance market penetration into other ASEAN countries for its lubricant business whilst the Aerospace business is steadily increasing production to meet the expected orders from Rolls-Royce. Overall, UMW is confident that its strategic and tactical priorities puts the Group on a firm footing to achieve improved financial performance in 2018.

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN BERSIH UMW HOLDINGS MELONJAK KEPADA RM128.1 JUTA DALAM 3Q18 BERIKUTAN KETIGA-TIGA SEGMEN PERNIAGAAN TERAS MENYUMBANG PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN YANG TINGGI

 Keuntungan kumpulan sebelum cukai melonjak lebih daripada sepuluh kali ganda sementara hasil meningkat sebanyak 23.5% berbanding tempoh yang sama tahun 2017

 Keuntungan sebelum cukai bagi segmen Automotif meningkat sebanyak 42.6%

 Keuntungan sebelum cukai segmen Jentera meningkat 10.8%

 Segmen Pembuatan & Kejuruteraan mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak 62.7% berikutan sumbangan yang lebih baik daripada perniagaan aeroangkasa

 

Segmen Teras
Automotif
Jentera
Pembuatan & Kerujuteraan
Jumlah
Keuntungan Sebelum Cukai (RM’juta)
151.3
43.5
15.5
210.3

 

KUALA LUMPUR, 30 November 2018 – Keuntungan sebelum cukai (PBT) Kumpulan UMW Holdings Berhad melonjak lebih daripada sepuluh kali ganda manakala hasil meningkat sebanyak 23.5% dengan sumbangan yang lebih baik daripada ketiga-tiga perniagaan terasnya. Segmen Automotif berjaya memanfaatkan sentimen positif pengguna semasa tempoh bebas cukai dan perkhidmatan (GST); manakala keputusan untuk memberi tumpuan kepada lebih banyak sektor bandar dalam segmen Jentera membawa kepada jualan yang lebih tinggi dengan peningkatan permintaan dalam sektor pembinaan. Penghasilan dan penyerahan selongsong kipas daripada perniagaan aeroangkasa diteruskan mengikut perjanjian kontrak dengan Rolls-Royce dan telah membantu untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk segmen Pembuatan & Kejuruteraan (M&E). Secara keseluruhan, keuntungan bersih Kumpulan meningkat kepada RM128.1 juta untuk suku ketiga 2018, berbanding kerugian sebanyak RM29.4 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2017.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, "Keputusan suku ketiga kami secara positif mencerminkan pelaksanaan berterusan inisiatif strategik kami untuk memulihkan keuntungan dan momentum, setelah keluar dari sektor Minyak & Gas. Kami yakin dengan prestasi kami dan akan terus membuat langkah strategik dalam memastikan perniagaan teras kami mengikuti perkembangan semasa. Kumpulan akan memberi fokus yang lebih mendalam untuk memacu pertumbuhan jangka panjang melalui pembangunan dan memupuk inovasi, seimbang dengan pendekatan berdisiplin untuk pelaburan modal. Kami tetap komited dalam memberikan nilai kepada semua pemegang kepentingan kami.

" Secara keseluruhannya, Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM3,299.5 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2018, meningkat 23.5% berbanding RM2,671.0 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2017. Selain itu, Kumpulan mencatatkan PBT daripada Operasi Berterusan sebanyak RM233.6 juta bagi suku semasa dimana ia jauh lebih tinggi berbanding suku sebelumnya iaitu sebanyak RM49.2 juta. Operasi Diberhentikan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM17.8 juta berbanding kerugian RM29.3 juta pada suku sebelumnya. Kerugian tersebut disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang berlaku semasa operasi penggulungan dilaksanakan secara berperingkat. Ini adalah sejajar dengan strategi keluar dari segmen minyak dan gas (tidak tersenarai). Bagi sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2018, Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM326.6 juta berbanding kerugian sebanyak RM218.5 juta setahun lalu.

Segmen Automotif mencatatkan pendapatan sebanyak RM2,643.4 juta pada suku ketiga 2018 iaitu 24.9% lebih tinggi daripada RM2,115.9 juta yang dilaporkan pada suku sebelumnya. Penjualan meningkat dengan ketara semasa tempoh bebas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan disokong oleh pelancaran model baru pada suku tersebut. Margin keuntungan juga bertambah baik disebabkan oleh inisiatif pengoptimuman kos dan pengukuhan Ringgit Malaysia terhadap Dolar AS. Seterusnya, PBT meningkat dengan ketara sebanyak 42.6% kepada RM151.3 juta daripada RM106.1 juta yang dilaporkan pada suku yang sama sebelumnya.

Bagi suku ketiga 2018, segmen Jentera mencatatkan pendapatan sebanyak RM403.4 juta yang 9.2% lebih tinggi daripada RM369.3 juta yang dilaporkan pada suku yang sama sebelumnya. Prestasi yang lebih baik adalah disebabkan peningkatan pendapatan dan peningkatan permintaan dalam industri pembinaan. Dengan itu, PBT meningkat sebanyak 10.8% kepada RM43.5 juta.

Segmen M&E mencatatkan perolehan sebanyak RM253.6 juta iaitu 62.7% lebih tinggi daripada RM155.8 juta yang dilaporkan pada suku yang sama sebelumnya; manakala PBT meningkat kepada RM15.5 juta daripada kerugian sebanyak RM6.7 juta. Prestasi yang lebih baik disumbangkan oleh pendapatan yang lebih tinggi daripada perniagaan Aeroangkasa serta margin keuntungan yang lebih baik yang dihasilkan dari program peningkatan kecekapan dan pengoptimuman kos yang komprehensif.

Melangkah ke hadapan, sementara pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkemungkinan memberi impak kepada permintaan pengguna dalam jualan kenderaan, segmen Automotif dijangka dapat memberikan prestasi yang memuaskan berdasarkan minat yang diterima terhadap model yang baru dilancarkan. Perniagaan Jentera Perindustrian dijangka terus berjalan dengan baik dalam sektor penyewaan dan juga pembangunan infrastruktur bagi jalan pesisir dan luar bandar berkemungkinan memberi kesan positif ke atas perniagaan Jentera Berat. Dalam segmen M&E, usaha diteruskan untuk meningkatkan penembusan pasaran ke negara-negara ASEAN yang lain dalam perniagaan pelincirnya sementara perniagaan Aerospace terus meningkatkan pengeluaran dalam memenuhi pesanan dari Rolls-Royce. Secara keseluruhan, UMW yakin bahawa strategik dan perancangan rapi meletakkan Kumpulan pada kedudukan yang mantap untuk mencapai prestasi kewangan yang lebih baik pada 2018.

 

 

Click to show English Version