- UMW Toyota Motor registered 8,669 units in June 2023.
- Perodua registered 22,553 units in June 2023.
KUALA LUMPUR, 17 July 2023 –The UMW Group recorded encouraging automotive sales for June 2023 with the registration of 31,222 vehicles as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to deliver its outstanding orders. The Group’s automotive sales increased by 12% to 193,349 units for the first half of 2023, from the 173,254 units registered in the same period of 2022.
UMWT registered 8,669 units in June 2023, 8% higher than the 8,004 units delivered in May 2023. Year-to-date June 2023, UMWT registered 48,659 units, recording a 6% growth compared with the 45,911 units registered in the corresponding period of 2022. The all-new Toyota Vios, which was launched in March this year, followed by the Corolla Cross and Hilux were the top-selling models in the first half of 2023. UMWT unveiled the all-new Toyota Innova Zenix on 21 June 2023, which has received encouraging orders. On top of the Internal Combustion Engine (“ICE”) offering, the model is also available as a Hybrid Electric Vehicle (“HEV”), expanding its product offering into the electrified vehicle space. It has also started order taking for the all-new Toyota Alphard and Toyota Vellfire recently. To further strengthen its order book, UMWT is offering special promotions for the purchase of selected Toyota models in July 2023.
Perodua registered 22,553 units in June 2023, 9% lower compared with the 24,699 units delivered in May 2023 as its manufacturing plant was closed for one week for the Hari Raya Aidiladha celebration. Year-to-date June 2023, Perodua’s sales surged to 144,690 units, 14% higher than the 127,343 units delivered in the same period of 2022. For the first half of 2023, Perodua’s top selling models were the Bezza, followed by the Myvi and Axia. The all-new Axia was launched on 14 February 2023. With the improving supply chain and sustained demand, Perodua expects both production and sales to continue the uptrend in the second half of 2023.
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the encouraging sales registered by both UMWT and Perodua in June 2023. For the first six months of 2023, both companies have also registered higher sales compared with the same period of 2022. The introduction of competitive and exciting new models helped to drive sales in the first half of 2023. We are confident that both companies will achieve their sales targets for 2023 based on the outstanding bookings. We would like to thank our customers for their unwavering support of our products and services.”
- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,669 unit pada bulan Jun 2023.
- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 22,553 unit pada bulan Jun 2023.
KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 –Jualan automotif Kumpulan UMW kekal menggalakkan pada bulan Jun 2023 dengan pendaftaran sebanyak 31,222 kenderaan dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua terus memenuhi pesanan tertunggaknya. Jualan automotif Kumpulan meningkat sebanyak 12% kepada 193,349 unit bagi separuh pertama tahun 2023, daripada 173,254 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2022.
UMWT mencatatkan jualan sebanyak 8,669 unit pada bulan Jun 2023, 8% lebih tinggi daripada 8,004 unit yang direkodkan pada bulan Mei 2023. Sehingga bulan Jun 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 48,659 unit, peningkatan sebanyak 6% berbanding 45,911 unit jualan pada tempoh yang sama tahun 2023. Toyota Vios serba baharu, yang dilancarkan pada bulan Mac tahun ini, diikuti oleh Corolla Cross dan Hilux merupakan model terlaris pada separuh pertama tahun 2023. UMWT memperkenalkan Toyota Innova Zenix serba baharu pada 21 Jun 2023, dan mendapat tempahan yang menggalakkan. Selain penawaran Enjin Pembakaran Dalaman (“ICE”), model ini juga didatangi dengan Kenderaan Elektrik Hibrid (“HEV”), memperluaskan penawaran produknya ke arena kenderaan elektrik. Tempahan telah dibuka untuk Toyota Alphard dan Toyota Vellfire serba baharu. Bagi mengukuhkan lagi buku pesanannya, UMWT menawarkan promosi istimewa untuk pembelian model Toyota terpilih pada bulan Julai 2023.
Perodua mencatatkan jualan sebanyak 22,553 unit pada bulan Jun 2023, 9% lebih rendah berbanding 24,699 unit yang direkodkan pada bulan Mei 2023 disebabkan oleh penutupan kilang pembuatannya selama seminggu semasa sambutan Hari Raya Aidiladha. Sehingga bulan Jun 2023, jualan Perodua melonjak kepada 144,690 unit, 14% lebih tinggi daripada 127,342 unit yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun 2022. Untuk separuh pertama tahun 2023, model terlaris Perodua ialah Bezza, diikuti oleh Myvi dan Axia. Axia serba baharu telah dilancarkan pada 14 Februari 2023. Dengan rantaian bekalan yang bertambah baik dan permintaan yang mampan, Perodua menjangkakan pengeluaran dan jualan akan meningkat pada separuh kedua tahun 2023.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan menggalakkan yang direkodkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Jun 2023. Bagi enam bulan pertama tahun 2023, kedua-dua syarikat juga telah mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun 2022. Pengenalan model baharu yang kompetitif dan menarik membantu memacu jualan bagi separuh pertama tahun 2023. Kami yakin bahawa kedua-dua syarikat akan mencapai sasaran jualan mereka untuk tahun 2023 berdasarkan kepada jumlah pesanan yang tertunggak. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”