DATO’ AHMAD FUAAD KENALI SET TO HELM UMW AS ITS NEW PRESIDENT & GROUP CEO

KUALA LUMPUR, 8 October 2020 – UMW Holdings Berhad (“UMW”) announced the appointment of Dato’ Ahmad Fuaad Kenali as its new President & Group CEO (“PGCEO”) effective 1 November 2020.  He takes over the role from the late Badrul Feisal Abdul Rahim who passed away on 31 May 2020.

Dato’ Fuaad began his career with Arthur Andersen & Co in 1994. In 2001, he left practice to take up the position of Executive Director of Finance at Petaling Garden Berhad. In 2008, he re-joined practice as a Partner/Executive Director at Ernst & Young, Kuala Lumpur and was with the firm until 2010 when he joined Astro Malaysia Holdings Berhad as Chief Financial Officer from August 2010 to July 2013.

In August 2013, he joined DRB-HICOM Berhad as Chief Financial Officer and subsequently as Chief Operating Officer - Finance & Corporate, a post he held until March 2016. He was subsequently seconded to Proton Holdings Berhad as Chief Executive Officer and Executive Director from 1 April 2016 to 30 September 2017.

On 1 October 2017, Dato’ Fuaad joined Malakoff Corporation Berhad as its Chief Executive Officer.

“We are pleased to welcome Dato’ Fuaad to UMW, a leading Malaysian conglomerate with a history spanning over a century. His wealth of professional and corporate experience would contribute immensely to the Group. The Board of Directors and I are looking forward to working closely with him. We are confident that he will propel UMW to new frontiers and greater heights – whilst continuing to deliver value to our shareholders,” said Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Group Chairman of UMW.

With the appointment of Dato' Fuaad as the new PGCEO, Encik Azmin Che Yusoff will cease to be the Acting PGCEO of UMW effective 1 November 2020 and will resume the position of Chief Operating Officer - Corporate.

Click to show Malay Version

 

 

DATO’ AHMAD FUAAD KENALI DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BAHARU BAGI UMW

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2020 - UMW Holdings Berhad (“UMW”) telah mengumumkan pelantikan Dato' Ahmad Fuaad Kenali sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (“PGCEO”) yang baharu yang akan berkuatkuasa pada 1 November 2020. Beliau akan mengambil alih tugas dan peranan dari Allahyarham Badrul Feisal Abdul Rahim yang telah meninggal dunia pada 31 Mei 2020.

Dato’ Fuaad memulakan kerjayanya bersama Arthur Andersen & Co pada tahun 1994. Pada tahun 2001, beliau telah menggalas jawatan baru sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan di Petaling Garden Berhad. Pada tahun 2008, beliau memegang jawatan sebagai rakan niaga / Pengarah Eksekutif di Ernst & Young, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan firma itu sehingga tahun 2010 sebelum beralih sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Astro Malaysia Holdings Berhad daripada  Ogos 2010 sehingga Julai 2013.

Pada bulan Ogos 2013, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di DRB-HICOM Berhad dan seterusnya menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi - Kewangan & Korporat di syarikat tersebut sehingga Mac 2016. Beliau kemudiannya beralih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif bagi Proton Holdings Berhad bermula dari 1 April 2016 hingga 30 September 2017.

Pada 1 Oktober 2017, Dato’ Fuaad telah menyertai Malakoff Corporation Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Dato’ Fuaad ke UMW, sebuah konglomerat terkemuka di Malaysia dengan sejarah yang merangkumi lebih dari satu abad. Pengalaman  profesional dan korporat beliau akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada Kumpulan. Saya dan Lembaga Pengarah teruja untuk bekerjasama dengannya. Kami yakin beliau akan dapat menggerakkan UMW ke tahap yang lebih tinggi – sementara terus memberikan nilai yang lebih baik kepada para pemegang saham kami," kata Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Berhad.

Dengan pelantikan Dato’ Fuaad sebagai PGCEO yang baharu, Azmin Che Yusoff akan berhenti menjadi Pemangku PGCEO UMW berkuatkuasa 1 November 2020 untuk kembali memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi - Korporat.

 

 

Click to show English Version