UMW GROUP’S AUTOMOTIVE SALES REMAINED STRONG IN NOVEMBER; CONFIDENT OF ACHIEVING ITS TARGETS FOR 2020

- UMW Toyota Motor sold 6,267 units in November 2020
- Perodua registered sales of 23,119 units in November 2020

KUALA LUMPUR, 10 December 2020 – Supported by strong sales in November 2020 by both UMW Toyota Motor (UMWT) and its associate company, Perodua, the Automotive segment of UMW Holdings Berhad is on track to meet its full-year sales targets.  The Group’s automotive segment has steadily recovered from the adverse impact to sales as a result of the Covid-19 containment measures earlier this year, with demand boosted by the sales tax exemption incentive announced by the government, effective from 15 June 2020 to 31 December 2020.

Having sold 6,267 units in November 2020, UMWT achieved a total sales of 50,074 units for the first eleven months of 2020 and is poised to exceed its revised sales target of 53,000 units for the year.  Toyota Vios, Yaris and Hilux continue to be UMWT’s best-selling models year-to-date. The newly-revised Vios was launched on 16 November 2020, shortly after the announcement of the launch of the newly-revised Yaris.  The latest generation sub-compact 1.5-litre Vios was first launched in January 2019 and has established itself as a popular entry-level sedan. The refreshed Vios and Yaris are now equipped with Toyota Safety Sense, to further continue its sterling records in terms of safety, reliability, practicality and value-for-money proposition.

Meanwhile, Perodua continues to advance strongly towards its year-end target as it recorded sales of 23,119 units in November 2020, including a record-breaking single-day sale of 5,027 units on the last day of the month.  For the first eleven months of 2020 Perodua has sold 194,983 units, achieving close to 93% of its target of 210,000 units for the year.  The Myvi continues to be the marque’s best-seller year-to-date, followed closely by the Axia and Bezza.  Perodua will prioritise meeting the outstanding orders by year-end to allow as many of customers to enjoy sales tax-exempt prices while further bolstering the Malaysian automotive ecosystem with over 90% of its components are locally-sourced.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The Group continues to sustain strong sales momentum, thanks to the sales tax exemption implemented by the Government to spur the local automotive industry following disruptions caused by the Covid-19 pandemic.  With the impressive sales achieved by both UMWT and Perodua year-to-date, we are confident that the momentum will continue in December to achieve our revised sales targets for the year.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW TERUS MENCATATKAN JUALAN KENDERAAN YANG MEMBERANGSANGKAN PADA BULAN NOVEMBER; YAKIN DAPAT MENCAPAI SASARAN JUALAN BAGI TAHUN 2020

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6.267 unit pada November 2020
- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 23.119 unit pada bulan November 2020

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2020 – Berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu 38%, Perodua pada bulan November 2020, segmen Automotif UMW Holdings Berhad dijangka dapat mencapai sasaran jualan bagi tahun 2020. Segmen automotif Kumpulan UMW kembali pulih dengan stabil dari penjualan yang merosot pada awal tahun ini kesan dari langkah-langkah yang diambil untuk membendung penularan Covid-19 serta disokong pula dengan peningkatan permintaan yang didorong oleh insentif pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan, yang berkuatkuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 .

Dengan mencatatkan penjualan sebanyak 6,267 unit pada bulan November 2020, UMWT mendaftarkan penjualan sebanyak 50,074 unit untuk sebelas bulan pertama tahun 2020 dan dijangkakan dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 53,000 unit untuk tahun ini. Toyota Vios, Yaris dan Hilux kekal sebagai model terlaris UMWT sehingga hari ini. Vios yang baru dikemaskini dilancarkan pada 16 November, sejurus selepas pengumuman pelancaran Yaris yang juga dikemaskini. Generasi terbaru sub-kompak 1.5-liter Vios pertama kali dilancarkan pada Januari 2019 adalah salah satu sedan yang popular dalam pasaran. Vios dan Yaris yang baru dikemaskini kini dilengkapi dengan Toyota Safety Sense, untuk terus memegang rekod dari segi keselamatan, kebolehpercayaan, lebih praktikal dan harga yang berpatutan.

Perodua terus kekal maju ke arah sasaran jualan akhir tahun 2020 dengan mencatatkan penjualan sebanyak 23,119 unit pada bulan November 2020, termasuk dengan jumlah penjualan harian yang mengagumkan iaitu sebanyak 5,027 unit pada hari terakhir bulan tersebut. Bagi sebelas bulan pertama tahun 2020, Perodua telah menjual 194,983 unit, 93% daripada sasaran jualan sebanyak 210,000 unit untuk tahun ini. Myvi terus kekal sebagai model terlaris pada tahun ini, diikuti oleh Axia dan Bezza. Perodua akan memberi keutamaan kepada pesanan-pesanan yang tertunggak menjelang akhir tahun bagi membolehkan pelanggannya menikmati harga bebas cukai penjualan di samping meningkatkan ekosistem automotif Malaysia dengan skala ekonominya – lebih dari 90% komponen Perodua adalah komponen tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato ’Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kumpulan UMW akan terus mengekalkan momentum penjualan yang memberangsangkan, hasil daripada pengecualian cukai penjualan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri automotif tempatan berikutan gangguan yang disebabkan oleh Covid-19. Dengan penjualan memberangsangkan yang dicapai oleh UMWT dan Perodua sehingga hari ini, kami yakin bahawa momentum penjualan akan berterusan sehingga bulan Disember dan kami pasti mencapai sasaran penjualan kami untuk tahun ini. "

 

 

Click to show English Version