- UMW Toyota Motor’s sales increased by 12.7% in April 2021
- Perodua registered sales of 20,399 units in April 2021
KUALA LUMPUR, 10 May 2021 – The UMW Group continued to register healthy automotive sales for April 2021 through both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and its associate company, Perodua. New model introduction, festive campaigns and the sales tax exemption increased demand and drove sales.
UMWT achieved sales of 9,280 units in April 2021, 12.7% higher than the 8,232 units registered in March 2021. The surge in sales was supported by strong demand for the recently launched Toyota Corolla Cross and Toyota Harrier. Toyota Vios, Yaris and Hilux continue to be UMWT’s best-selling models. The improved Toyota Fortuner and Innova also contributed positively to April sales. For the first four months of the year, UMWT sold a total of 26,431 vehicles, significantly higher than the 10,596 units registered in the corresponding period of 2020 which was impacted by the imposition of the first Movement Control Order (“MCO 1.0”). UMWT targets to sell 62,000 units in 2021.
Perodua registered sales of 20,399 units in April 2021, lower than the 24,431 units registered in the preceding month, mainly due to the semiconductor chips shortage, which has adversely affected the automotive industry. Nevertheless, the demand for Perodua Ativa that was launched on 3 March remains strong with an average daily booking of 290 units. Perodua delivered 4,624 units of Ativa in April, bringing the total since launch close to 9,000 units. For the first four months of the year, Perodua delivered a total of 78,304 vehicles, 73.9% higher than the 45,034 units registered in the corresponding period of 2020 which was impacted by the MCO 1.0. Perodua targets to sell 240,000 units this year.
UMW Grantt International Sdn. Bhd., the manufacturer and distributor of GRANTT lubricants recently announced the sponsorship of Malaysia’s promising motorcycle racer, Hafizh Syahrin Abdullah for the second consecutive year. The extension of Hafizh Syahrin’ sponsorship in the Moto2 championship for the 2021 season bodes favourably for all parties involved as well as for the development of motorsports in Malaysia. The collaboration provides UMW with the opportunity to introduce GRANTT lubricants to a global audience to further enhance its brand presence.
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the continuous strong sales recorded by both UMWT and Perodua. The newly launched models have been well received by our customers, leading to higher sales as well as an improving order bank. We are doing our best to increase production to ensure timely deliveries to our customers. However, the semiconductor chips shortage has impacted Perodua’s production and it is exploring various means to overcome this problem. We wish to express our appreciation to our customers for their unwavering support of our products and services.”
- Jualan UMW Toyota Motor meningkat sebanyak 12.7% pada bulan April 2021
- Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 20,399 unit pada April 2021
KUALA LUMPUR, 10 Mei 2021 - Kumpulan UMW terus mencatatkan jumlah penjualan kenderaan yang baik pada bulan April 2021 melalui UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutunya, Perodua. Pelancaran model baru, kempen musim perayaan dan pengecualian cukai penjualan mendorong peningkatan permintaan dan penjualan kenderaan.
UMWT mencatatkan penjualan sebanyak 9,280 unit pada April 2021, 12.7% lebih tinggi berbanding 8,232 unit yang dicatatkan pada bulan Mac 2021. Peningkatan jualan disokong oleh permintaan yang tinggi bagi Toyota Corolla Cross dan Toyota Harrier yang baru dilancarkan. Toyota Vios, Yaris dan Hilux terus menjadi model terlaris UMWT. Toyota Fortuner dan Innova yang dikemaskini turut menyumbang kepada peningkatan penjualan bagi bulan April. Bagi empat bulan pertama tahun ini, UMWT telah mencatatkan penjualan sebanyak 26,431 unit kenderaan, jauh lebih tinggi berbanding 10,596 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2020 dimana jualan kenderaan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama (“PKP 1.0”). UMWT mensasarkan penjualan sebanyak 62,000 unit kenderaan bagi tahun 2021.
Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 20,399 unit pada bulan April 2021, lebih rendah daripada 24,431 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya, disebabkan oleh kekurangan bekalan cip semikonduktor yang mengimpak industri automotif. Walaubagaimanapun, permintaan terhadap Perodua Ativa yang dilancarkan pada 3 Mac tetap memberangsangkan dengan purata tempahan harian sebanyak 290 unit. Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 4,624 unit bagi model Ativa pada bulan April, menjadikan jumlah keseluruhan penjualan mencecah hampir 9,000 unit. Bagi empat bulan pertama tahun ini, Perodua mencatatkan jumlah penjualan sebanyak 78,304 kenderaan, 73.9% lebih tinggi daripada 45,034 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2020 dimana jualan kenderaan terjejas berikutan PKP 1.0. Perodua mensasarkan penjualan sebanyak 240,000 unit tahun ini.
UMW Grantt International Sdn. Bhd., pengeluar dan pengedar minyak pelincir GRANTT dan anak syarikat Kumpulan UMW baru-baru ini mengumumkan penajaan bagi tahun kedua bagi pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah. Penyambungan penajaan buat Hafizh Syahrin di kejohanan Moto2 untuk musim 2021 memberi kelebihan bagi semua pihak, serta secara tidak langsung dapat mempertingkatkan perkembangan sukan pemotoran di Malaysia. Malah, ia juga merupakan platform bagi UMW untuk memperkenalkan minyak pelincir GRANTT di persada antarabangsa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami bangga dengan penjualan kenderaan yang berterusan yang dicatatkan oleh UMWT dan Perodua. Model yang baru dilancarkan telah diterima baik oleh pelanggan kami, mendorong kepada penjualan yang lebih tinggi dan juga jumlah pesanan yang memberangsangkan. Kami sedang melakukan yang terbaik untuk meningkatkan pengeluaran dan memastikan penghantaran yang tepat pada masanya kepada pelanggan-pelanggan kami. Walau bagaimanapun, kekurangan bekalan cip semikonduktor telah mempengaruhi jadual pengeluaran Perodua yang terus mengkaji kesemua sumber yang ada untuk menangani masalah ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan yang diberikan terhadap produk dan perkhidmatan kami."