UMW HOLDINGS HELD VIRTUAL 39TH ANNUAL GENERAL MEETING; INTRODUCED NEW STRATEGIC FRAMEWORK TO CONTINUE DELIVERING LONG-TERM VALUE

- The Group’s automotive market share increased to 52.8% in 2020.
- Achieved Groupwide cost reduction of RM134 million in 2020.
- Introduced a strategic framework in January 2021 to explore opportunities in the mobility space and its adjacencies.

 

KUALA LUMPUR, 20 May 2021 – The 39th Annual General Meeting (“AGM”) of UMW Holdings Berhad was held virtually due to the COVID-19 pandemic.  At the AGM today, the Group reflected on its key achievements in 2020 and communicated its plans for 2021 and beyond, through its new strategic framework which will further strengthen the Group and continue to deliver long-term value to its stakeholders.

 

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “In 2020, we have proven that the Group was able to recover and deliver solid results despite the challenging operating environment caused by the pandemic.  The Group continues to strengthen in the domestic automotive industry, with a market share of 52.8% in 2020, the highest in its history.  On the other hand, our cost optimisation efforts resulted in a Group-wide cost reduction of RM134 million in 2020 and we will continue to drive further cost-saving initiatives through continuous business process improvements.  Overall, the Group’s performance for FY2020 exceeded our expectations which was driven mainly by the sales tax waiver given under the government’s stimulus package.” 

 

In the Automotive segment, both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and Perodua exceeded their revised sales targets for 2020 despite the disruptions caused by the COVID-19 pandemic.  For 2021, UMWT targets to sell 62,000 units, 4.5% higher than the 59,320 units sold last year.  On the other hand, Perodua is projecting 240,000 units this year, 9% higher than the 220,163 units delivered in 2020.  New model launches, extension of sales tax exemption until 30 June 2021 and the low interest rate environment are expected to continue to drive demand and sales.  

 

The Equipment segment continues to diversify its overall product offering with the inclusion of Kohler industrial generators that serve numerous market segments in 2020.  In addition, it was also appointed as the preferred distributor for collaborative robot (Cobot) by Denmark’s leading robot maker, Universal Robots A/S thereby expanding its offering in automation and robotics.  As part of the segment’s digitalisation efforts, e-CARA app, an all-in-one application for forklift solutions and services was launched.  Moving forward, the Industrial Equipment sub-segment will push ahead with the development of flexible rental arrangements and focus on automation and digitalisation.  Meanwhile, the Heavy Equipment sub-segment will work closely with its principals to secure new businesses in Malaysia and its overseas operations.  The improving economic activities are also expected to increase demand for equipment.

 

The Manufacturing & Engineering segment saw the completion of Kayaba plant expansion and modernisation in 2020, which provides for an additional 20% capacity and features IR4.0 capabilities.  Meanwhile, UMW Aerospace had commenced production of fan cases for Trent 7000 engines used in Airbus A330neo aircrafts and made its maiden delivery in October 2020. 

 

The segment is expected to benefit from the improving sales of its auto components products in line with the expanded capacity gained from its new plant expansion.  The Lubricants sub-segment will be expanding further into the commercial and industrial lubricants space in anticipation of increased demand especially from the ASEAN region.  Despite the slowdown in the aviation sector, UMW Aerospace is still expected to receive firm orders from Rolls-Royce and will be looking forward to a recovery as the aviation industry recovers.

 

The Group also remains focused in unlocking and realising the value of its long-held landbank in Serendah.  Developed as UMW High Value Manufacturing Park, it is both a managed and gated & guarded industrial park.  The development offers investors customised factory spaces for high technology sectors such as aerospace, automotive, fast-moving consumer goods and other industrial and commercial sectors.  Also, certain UMW operations in Shah Alam will be relocated to Serendah by the end of next year.

 

Dato’ Fuaad further added, “In January this year, we have introduced the [email protected] strategic framework.  This initiative will drive our aspirations to seize the opportunities available in the mobility space and its adjacencies throughout the Group’s various businesses.  I am excited about our prospects with [email protected] as the new strategic framework for the UMW Group to drive sustainable future growth of the Group.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW HOLDINGS MELANGSUNGKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-39 SECARA MAYA; MEMPERKENALKAN KERANGKA STRATEGIK YANG BARU UNTUK TERUS KEKAL MEMBERIKAN NILAI JANGKA MASA PANJANG YANG BAIK

- Bahagian pasaran automotif bagi Kumpulan meningkat kepada 52.8% pada tahun 2020.
- Mencapai pengurangan kos Kumpulan secara menyeluruh sebanyak RM134 juta pada tahun 2020.
- Memperkenalkan kerangka strategik pada Januari 2021 untuk meneroka peluang di dalam bidang mobiliti dan seangkatan dengannya.

 

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2021 - Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) UMW Holdings Berhad yang ke-39 telah dilangsungkan secara maya disebabkan oleh pandemik COVID-19.  Kumpulan telah mengulas pencapaian utamanya pada tahun 2020 serta mengemukakan rancangannya bagi tahun 2021 dan seterusnya, melalui kerangka strategik yang baru untuk mengukuhkan lagi perniagaan Kumpulan dan terus kekal memberikan nilai yang baik pada jangka masa panjang kepada pihak yang berkepentingan.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata,“Pada tahun 2020, walaupun berhadapan dengan persekitaran operasi yang mencabar disebabkan oleh pandemik COVID-19, kami telah membuktikan bahawa Kumpulan dapat kembali pulih dan masih dapat memberikan hasil yang kukuh untuk mempertingkatkan nilai yang baik.  Kumpulan terus menguasai industri automotif tempatan, dengan jumlah bahagian pasaran sebanyak 52.8% pada tahun 2020, tertinggi dalam sejarah.  Selain itu, usaha pengoptimuman kos berjaya menghasilkan penurunan sebanyak RM134 juta pada tahun 2020 dan Kumpulan akan terus kekal menjalankan inisiatif penjimatan kos melalui penambahbaikan proses perniagaan secara berterusan.  Secara keseluruhan, prestasi Kumpulan melangkaui jangkaan dimana ia didorong oleh pengecualian cukai penjualan di bawah pakej rangsangan yang diberikan oleh kerajaan."

 

Bagi segmen Automotif, UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan Perodua telah berjaya mencatatkan penjualan melebihi sasaran yang telah disemak semula untuk tahun 2020 walaupun terdapat gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.  Bagi tahun 2021, UMWT menetapkan sasaran jualan sebanyak 62,000 unit, 4.5% lebih tinggi daripada 59,320 unit yang dijual tahun sebelumnya.   Perodua pula mensasarkan penjualan sebanyak 240,000 unit tahun ini, 9% lebih tinggi daripada 220,163 unit penjualan yang dicatatkan pada tahun 2020.  Model baru dilancarkan, pengecualian cukai penjualan sehingga 30 Jun 2021 dan persekitaran yang berkadar faedah yang rendah dijangkakan dapat meningkatkan permintaan dan penjualan.

 

Segmen Jentera terus mempelbagaikan tawaran keseluruhan produknya dengan kemasukan penjana industri Kohler untuk beberapa pasaran pada tahun 2020.  Di samping itu, ia juga dilantik sebagai pengedar pilihan untuk robot kolaboratif (Cobot) oleh pembuat robot terkemuka Denmark, Universal Robots A/S dan dengan itu memperluaskan tawaran produknya dalam automasi dan robotik.  Sebagai sebahagian daripada usaha digitalisasi segmen, aplikasi e-CARA, aplikasi semua-dalam-satu untuk penyelesaian dan perkhidmatan forklift telah dilancarkan.  Sub-segmen Jentera Industri akan terus maju dengan penawaran  urusan penyewaan yang fleksibel  serta pemfokusan pada automasi dan digitalisasi. Sementara itu, sub-segmen Jentera Berat akan bekerjasama dengan prinsipalnya untuk mendapatkan perniagaan baru di Malaysia dan juga operasinya di luar negara.  Kegiatan ekonomi yang bertambah baik juga diharapkan dapat meningkatkan permintaan Jentera.

 

Segmen Pembuatan dan Kejuruteraan berjaya membesarkan dan memodenkan kilang Kayaba pada tahun 2020, yang memberikan kapasiti tambahan sebanyak 20% dan mempunyai kemampuan IR4.0.  Sementara itu, UMW Aerospace telah memulakan proses pengeluaran selongsong kipas untuk enjin Trent 7000 yang digunakan dalam pesawat Airbus A330neo dan membuat penghantaran perdana pada Oktober 2020.

 

Segmen ini dijangka dapat memperoleh keuntungan dari peningkatan penjualan produk komponen automatiknya seiring dengan peningkatan kapasiti kilangnya. Sub-segmen pelincir akan diperluaskan dalam pasaran komersial dan perindustrian yang dijangkakan akan menghadapi peningkatan permintaan terutamanya dari rantau ASEAN.  Walaupun sektor penerbangan agak mencabar, UMW Aerospace masih menjangkakan untuk menerima tempahan dari Rolls-Royce sementara menunggu industri penerbangan beransur pulih.

 

Kumpulan juga terus fokus untuk merealisasikan nilai tanah simpanan yang telah lama dipegang di Serendah. Dibangunkan sebagai UMW High Value Manufacturing Park, ia merupakan taman perindustrian yang terurus dan berpagar. Pembangunan ini menawarkan pelabur untuk membuka ruang kilang yang bersesuaian dengan sektor berteknologi tinggi seperti aeroangkasa, automotif, FMCG dan sektor industri dan komersial lain.  Operasi tertentu UMW di Shah Alam juga akan dipindahkan ke Serendah pada akhir tahun depan.

 

Dato’ Fuaad menambah lagi,“ Pada Januari tahun ini, kami telah memperkenalkan kerangka strategik CREST @ 2021.  Inisiatif ini akan mendorong aspirasi kami untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada di bidang mobiliti dan seangkatan dengannya di dalam perniagaan Kumpulan.  Saya teruja dengan prospek kami dimana CREST @ 2021 dijadikan sebagai kerangka strategik yang baru bagi Kumpulan UMW untuk meningkatkan pertumbuhan lestari Kumpulan pada masa hadapan.”

 

 

Click to show English Version