- UMW Toyota Motor registered 9,136 units in March 2023.
- Perodua registered 32,179 units in March 2023, its highest ever monthly sales.
KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – The UMW Group’s automotive sales increased by 17.2% in March 2023 with delivery of 41,315 units compared with 35,246 units registered in March 2022, as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to fulfil its encouraging outstanding bookings.
UMWT registered 9,136 units in March 2023, 7.6% higher than the 8,487 units delivered in March 2022. For the first quarter of 2023, UMWT registered 25,219 units, its highest ever first quarter sales, which is a 12.3% growth compared with the 22,447 units registered in the corresponding period of 2022. UMWT expects the demand and sales to be sustained throughout the year, supported by the introduction of new and facelift models. On 20 March 2023, UMWT launched the all-new Toyota Vios. The new and highly anticipated model boasts improved performance, quicker acceleration and new technology, making it an even more compelling choice for customers looking for a reliable, efficient, and affordable car. The locally assembled popular subcompact sedan is offered in two variants and is priced from RM89,600 to RM95,500.
Supported by the improving supply chain and heightened production volume, Perodua achieved its highest ever monthly sales with the delivery of 32,179 units, 20.3% more than the 26,759 units registered in March 2022. Perodua also achieved its highest monthly production since inception with 33,666 units in March 2023. For the first quarter of 2023, Perodua registered 78,564 units, 27.5% higher than the 61,624 units delivered in the same period of 2022. Accordingly, Perodua has achieved 25.0% of its sales target for 2023 of 314,000 units. Moving forward, Perodua is expected to continue to deliver its cars to fulfil the encouraging outstanding bookings which continues to remain healthy.
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the strong sales registered by UMWT and the record sales achieved by Perodua in March 2023. The Group will continue to introduce competitive and exciting new models to meet its customers’ requirements. Based on the encouraging sales and strong demand for the newly launched models, we are cautiously optimistic that the automotive industry will continue to perform well in 2023. We would like to thank our customers for their continuous support of our products and services.”
- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 9,136 unit pada bulan Mac 2023.
- Perodua mencatatkan rekod jualan sebanyak 32,179 unit pada bukan Mac 2023, jualan bulanannya yang tertinggi.
KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Jualan automotif Kumpulan UMW meningkat 17.2% pada bulan Mac 2023 dengan catatan jualan sebanyak 41,315 unit berbanding 35,246 unit yang didaftarkan pada bulan Mac 2022, dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua terus memenuhi tempahan tertunggak yang menggalakkan.
UMWT mencatatkan jualan sebanyak 9,136 unit pada bulan Mac 2023, 7.6% lebih tinggi daripada 8,487 unit yang direkodkan pada bulan Mac tahun 2022. Bagi suku pertama 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 25,219 unit, jualan suku pertamanya yang tertinggi dengan peningkatan sebanyak 12.3% berbanding dengan 22,447 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. UMWT menjangkakan permintaan dan jualan akan berterusan sepanjang tahun, disokong oleh pengenalan model baharu dan kemaskini. Pada 20 Mac 2023, UMWT melancarkan Toyota Vios serba baharu. Model baharu yang dinantikan itu menawarkan prestasi yang lebih baik, pecutan lebih pantas dan teknologi baharu yang menjadikannya pilihan yang lebih menarik untuk pelanggan yang menginginkan kereta yang konsisten, cekap dan mampu milik. Sedan subkompak yang popular dengan pemasangan tempatan itu ditawarkan dalam dua varian dan berharga dari RM89,600 dan RM95,500.
Disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik dan jumlah pengeluaran yang meningkat, Perodua mencapai rekod jualan bulanan tertinggi dengan catatan jualan sebanyak 32,179 unit, 20.3% lebih daripada 26,759 unit yang didaftarkan pada bulan Mac 2022. Perodua juga mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan dengan 33,666 unit pada bulan Mac 2023. Bagi suku pertama 2023, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 78,564 unit, 27.5% lebih tinggi daripada 61,624 unit yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Dengan itu, Perodua telah mencapai sebanyak 25.0% daripada sasaran jualannya untuk 2023 iaitu sebanyak 314,000 unit. Perodua dijangka akan terus mengeluarkan kereta oleh memenuhi permintaan tempahan tertunggak yang menggalakkan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan kukuh yang didaftarkan oleh UMWT dan rekod jualan yang direkodkan oleh Perodua pada bulan Mac 2023. Kumpulan akan terus memperkenalkan model baharu yang menarik yang setara dengan harga kompetitif untuk. keperluan pelanggannya. Berdasarkan jualan yang menggalakkan dan permintaan kukuh untuk model yang baru dilancarkan, kami positif bahawa industri automotif akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2023. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”