KUALA LUMPUR, 4 November 2019 – Two companies in the UMW Group, namely UMW Corporation Sdn. Bhd. and KYB-UMW Malaysia Sdn. Bhd., have recently been accredited by CyberSecurity Malaysia with the International Standard for Business Continuity, ISO 22301:2012 Business Continuity Management System (BCMS).
While UMW Corporation Sdn. Bhd. is an investment holding company, KYB-UMW Malaysia Sdn. Bhd. (KYB-UMW) is a subsidiary in the UMW Group that manufactures and assembles automotive shock absorbers and motorcycle suspension units for both OEM and REM markets. Other than the Malaysian market, it also exports to 38 countries. KYB-UMW is the first company in the KYB Group worldwide to achieve the ISO 22301:2012 accreditation. The certification substantiates that UMW has a systematic management plan developed with the right people in place and a determined readiness to respond to a business threatening incident.
“The adoption of BCMS prepares the UMW Group to be resilient and at the same time assures our customers and stakeholders of continuous business operations even if untoward incidents occur. The ISO accreditation further reinforces that our business continuity plans and processes are of international standards”, said Badrul Feisal bin Abdul Rahim, President & Group CEO, UMW Holdings Berhad.
UMW Corporation and KYB-UMW are the first among the group of Permodalan Nasional Berhad (PNB)-investee companies to achieve the ISO 22301:2012 accreditation. To-date, only 20 companies in Malaysia have attained this internationally-recognised certification on BCMS.
KUALA LUMPUR, 4 November 2019 – Dua syarikat Kumpulan UMW, iaitu UMW Corporation Sdn. Bhd. Dan KYB-UMW Malaysia Sdn. Bhd., baru-baru ini telah diakreditasi dengan Piawaian Antarabangsa oleh CyberSecurity Malaysia untuk Kesinambungan Perniagaan, Sistem Kesinambungan Pengurusan Perniagaan ISO 22301: 2012 (BCMS).
UMW Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelaburan (investment-holding) manakala KYB-UMW Malaysia Sdn. Bhd. (KYB-UMW) adalah sebuah anak syarikat di Kumpulan UMW yang mengeluarkan dan memasang unit penyerap tekanan dan unit gencatan motosikal untuk pasaran OEM dan REM. Selain daripada pasaran Malaysia, ia juga mengeksport ke 38 buah negara. KYB-UMW adalah syarikat pertama di dalam Kumpulan KYB antarabangsa yang mencapai akreditasi ISO 22301: 2012. Pensijilan itu membuktikan bahawa UMW mempunyai pelan pengurusan yang sistematik sebagai persediaan untuk bertindak balas terhadap sebarang perkara yang boleh mengganggu perniagaan.
"Penggunaan BCMS membantu Kumpulan UMW untuk berdaya tahan dan pada masa yang sama menjamin pelanggan dan pemegang saham dalam meneruskan perniagaan walaupun berlakunya insiden yang tidak diingini. Akreditasi ISO memperkukuhkan lagi pelan dan proses kesinambungan perniagaan kami mengikut piawaian antarabangsa", kata Badrul Feisal bin Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad.
UMW Corporation dan KYB-UMW adalah yang pertama di antara kumpulan syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mencapai akreditasi ISO 22301: 2012. Sehingga kini, hanya 20 syarikat di Malaysia mencapai pensijilan BCMS yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.