UMW COMMUNITY CHAMPIONS’ EVENING WITH THE HOMELESS

KUALA LUMPUR, 21 June 2016 –UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) has collaborated for the first time with KASEH4U, a non-governmental organisation that was established to provide basic meals every Tuesday at a homeless centre in Medan Tuanku. 40 UMW Community Champions that consist of employees from UMW Group of companies braved the peak hour traffic after work to the homeless centre in Medan Tuanku, to arrive there before sunset. After a quick buka puasa and prayer, the volunteers set out to work, packing hygiene packs, arranging dinner, drinks, fruits and sahur packs.

As early as 8pm, homeless people can be seen waiting for the gate to the centre to open, many of them were looking forward to their first meal of the day. After hygiene packs were arranged, food and drinks lined up, the gate was opened to them. Everybody queued for the hygiene packs and then to the food line, where volunteers distributed dinner, drinks, fruits and sahur packs. The highlight of the evening was the iced MILO, with children’s eyes lighting up and the adults smiling wider as they approached the familiar green-coloured booth.

UMW has pledged to fund three programmes like this offering healthy meals and basic essentials to the marginalised community. This is an initiative by the company to reach out to the homeless people, the destitute and urban poor, irrespective of race or religion, who could not afford food on a daily basis.

“Distributing food at this centre is our maiden programme involving the homeless, likewise the collaboration with Kaseh4U. We hope we have somewhat provided some joy and cheer to the underprivileged community, as it is only a small contribution,” said Muzafar Munzir, the Head of UMW Group Management Services.

Click to show Malay Version

 

 

SUKARELAWAN UMW MENYELAMI HIDUP GELANDANGAN

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2016 –UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) telah bekerjasama buat kali pertama dengan KASEH4U, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan makanan asas pada setiap hari Selasa di Pusat Gelandangan Medan Tuanku. 40 orang sukarelawan UMW (UMW Community Champions) yang terdiri dari kakitangan Kumpulan UMW meredah kesesakan jalanraya selepas waktu pejabat ke Pusat Gelandangan Medan Tuanku supaya tiba sebelum waktu Maghrib. Selepas berbuka puasa dan solat, para sukarelawan mula membungkus kelengkapan kebersihan, menyusun makanan, minuman, buah-buahan dan bekalan sahur. Seawal jam 8 malam sudah kelihatan para gelandangan dan miskin bandar yang mula menanti di hadapan pintu masuk. Bagi kebanyakan mereka, ini adalah makanan pertama mereka hari itu. Selepas kelengkapan kebersihan tersedia, makanan dan minuman telah diatur, pintu pagar dibuka buat mereka.

Semua orang mengikut peraturan dan beratur untuk mendapatkan kelengkapan kebersihan dan seterusnya ke meja makanan di mana para sukarelawan membahagikan makanan, minuman, buah-buahan dan bekalan sahur. Milo ais menjadi tumpuan kanak-kanak dan dewasa yang kelihatan tersenyum lebar ketika mendekati gerai berwarna hijau untuk mendapatkan segelas milo ais. UMW akan membiayai tiga program menyediakan makanan yang sihat dan keperluan asas buat komuniti yang terpinggir. Ini adalah inisiatif UMW untuk mendekati golongan gelandangan dan miskin Bandar tanpa mengira bangsa dan agama yang tidak mampu untuk membeli makanan setiap hari.

“Membahagi makanan di pusat ini adalah program pertama yang melibatkan gelandangan dan miskin bandar, juga kerjasama dengan Kaseh4U. Kami berharap sumbangan tidak seberapa kami ni dapat memberikan sedikit kegembiraan dan keceriaan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik,” kata Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kumpulan UMW, Muzafar Munzir.

 

 

Click to show English Version