- Group revenue increased by 3.8%.
- Automotive segment’s profit before taxation surged by 66.3%.
KUALA LUMPUR, 25 February 2021 – Supported by strong automotive sales, UMW Holdings Berhad (“Group”) registered profit after tax and minority interests (“PATAMI”) of RM137.4 million for the fourth quarter ended 31 December 2020. Group revenue increased by 3.8% to RM3,242.3 million compared with the corresponding quarter ended 31 December 2019 (“corresponding quarter”) mainly due to higher vehicle sales, spurred by the sales tax exemption.
Excluding the one-off gain on land disposals of RM188.1 million reported in the corresponding quarter, the Group’s profit before taxation (“PBT”) of RM236.9 million in the last quarter of 2020 more than doubled the RM109.7 million achieved in the corresponding quarter.
Despite the challenging market conditions, UMW has declared a final dividend of 4.0 sen per share amounting to RM46.7 million in respect of the financial year ended 31 December 2020.
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The Group achieved improved results in the fourth quarter of 2020 as we recorded higher automotive sales mainly due to the sales tax exemption. In addition, the Group also had taken steps to improve its resilience through operational efficiencies and robust cost optimisation initiatives that have also contributed positively to its results.”
Buoyed by the higher number of vehicles sold due to the sales tax exemption, the Automotive segment’s revenue for the fourth quarter of 2020 increased by 8.9% to RM2,668.2 million compared with the corresponding quarter. Both UMW Toyota Motor and Perodua exceeded their revised sales targets for 2020. This in turn resulted in the segment’s PBT to surge by 66.3% to RM191.0 million. Consistent with the expected strong rebound in the economy in 2021 with a GDP forecast of between 6.5% and 7.5%, the Malaysian Automotive Association has projected the total industry volume (“TIV”) to increase by 8% to 570,000 units mainly driven by the extension of sales tax exemption until 30 June 2021 as well as the low interest rate environment. The Group will ensure its products as well as services will continue to remain competitive to meet its customers’ expectations.
Both the Equipment and Manufacturing & Engineering (“M&E”) segments were impacted by the COVID-19 pandemic. Moving forward, the Heavy Equipment sub-segment could benefit from the encouraging demand in the mining and construction sectors in its overseas operations, while the Industrial Equipment sub-segment will continue to extend various recovery packages to its customers. For the M&E segment, the extension of sales tax exemption and the projected 8% growth in TIV are expected to drive demand for auto components and lubricants in 2021. Meanwhile, the Aerospace sub-segment is continuously exploring opportunities to improve its plant utilisation in line with its products and end-customer diversification strategy.
Dato’ Fuaad added, “The Group will constantly assess its strategies and initiatives as well as continue to implement cost optimisation initiatives across the Group to improve resilience and mitigate the impact from the COVID-19 pandemic.”
- Hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 3.8%.
- Keuntungan sebelum cukai bagi segmen Automotif meningkat sebanyak 66.3%.
KUALA LUMPUR, 25 Februari 2021 – Dengan jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi, UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM137.4 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020. Hasil perniagaan bagi Kumpulan meningkat sebanyak 3.8% kepada RM3.242.3 juta berbanding dengan suku yang sama yang berakhir pada 31 Disember 2019 (“suku yang sama”) disebabkan oleh jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi serta didorong oleh pengecualian cukai penjualan.
Tidak termasuk keuntungan “one-off” hasil daripada pelupusan tanah sebanyak RM188.1 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun lalu, keuntungan sebelum cukai (“PBT”) bagi Kumpulan meningkat lebih dua kali ganda kepada RM236.9 juta pada suku terakhir tahun 2020 daripada RM109.7 juta yang dicapai pada suku yang sama tahun lalu.
Walaupun keadaan ekonomi pasaran agak mencabar, UMW telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 4.0 sen sesaham dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM46.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali mengatakan, "Kumpulan mencatatkan hasil perniagaan yang lebih baik pada suku keempat tahun 2020 hasil dari jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi dan didorong oleh insentif pengecualian cukai. Di samping itu, langkah-langkah dan inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengoptimumkan kos telah memberikan sumbangan positif terhadap hasilnya."
Dengan jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi yang didorong oleh insentif pengecualian cukai jualan, hasil perniagaan bagi segmen Automotif untuk suku keempat tahun 2020 meningkat sebanyak 8.9% kepada RM2,668.2 juta berbanding dengan suku yang sama. UMW Toyota Motor dan Perodua telah berjaya mencapai jumlah sasaran jualan yang dikemaskini bagi tahun 2020. Ini menjadikan PBT bagi segmen itu meningkat sebanyak 66.3% kepada RM191.0 juta. Jangkaan dimana situasi ekonomi akan pulih pada tahun 2021 dengan ramalan KDNK di antara 6.5% dan 7.5%, Persatuan Automotif Malaysia telah mensasarkan jumlah keseluruhan industri ("TIV") kepada 570,000 unit dengan peningkatan sebanyak 8% dan ini didorong oleh pelanjutan insentif pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021 serta kadar faedah rendah yang berpanjangan. Kumpulan akan terus memastikan produk dan perkhidmatannya kekal berdaya saing untuk memenuhi permintaan pelanggannya.
Kedua-dua segmen Jentera dan segmen Pembuatan & Kejuruteraan ("M&E") telah terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19. Sub-segmen Jentera Berat mendapat manfaat daripada permintaan yang menggalakkan di sektor perlombongan dan infrastruktur di luar negara, manakala sub-segmen Jentera Perindustrian akan terus memberikan pelbagai pakej pemulihan kepada para penggunanya. Bagi segmen M&E, pelanjutan inisiatif pengecualian cukai penjualan dan peningkatan sebanyak 8% dalam jumlah sasaran TIV, permintaan penjualan bagi komponen automotif dan minyak pelincir dijangka akan meningkat pada tahun 2021. Sementara itu, sub-segmen Aeroangkasa akan terus mencari peluang untuk meningkatkan penggunaan kilang pemasangannya seiring dengan strategi kepelbagaian produk dan pelanggan-pelanggannya.
Tambah Dato’ Fuaad,“ Kumpulan akan terus mengekalkan strategi dan inisiatif serta meneruskan pelaksanaan inisiatif pengoptimuman kos di antara Kumpulan untuk lebih teguh dan berketahanan dalam menangani impak kesan dari pandemik COVID-19. ”