KOTA KINABALU, 30 October 2022 – UMW GRANTT International Sdn. Bhd. (“UMW GRANTT), a wholly owned subsidiary of the UMW Group, is once again the Platinum Sponsor of Southeast Asia’s biggest extreme off-road event, the 30th Borneo Safari International Off-Road Challenge (“Borneo Safari”), marking its sixth year as the Official Performance Lubricants Partner for the event. After a two-year hiatus due to the Covid-19 pandemic, the eight-day expedition will see 400 specially modified off-road vehicles and about 1,200 participants from various countries navigating the terrains of Kota Belud in Sabah.
Flagging-off the event held in front of the Sabah Tourism Board headquarters were YB Datuk Jafry Ariffin, Sabah Tourism, Culture and Environment Minister and YB Datuk Joniston Bangkuai, Sabah Tourism, Culture and Environment Assistant Minister.
UMW GRANTT will be promoting its GRANTT Quasar Diesel Engine Oil, namely GRANTT Quasar SAE 10W-40 API CI-4 Synthetic Blend and GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Mineral (7-litres packs) as well as its other products at the event. UMW GRANTT corporate vehicles joining the convoy will be powered by GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Mineral Grade, which is a favourite amongst off-road enthusiasts.
The GRANTT Quasar range is formulated with superior additives that delivers excellent engine performance and protection against engine wear, overheating, sludge build-up and corrosion, even in the toughest driving conditions. It also meets the latest lubrication standards for low emission engines fitted with Exhaust Gas Recirculation (“EGR”).
GRANTT’s full range of products include Passenger Car Motor Oil (“PCMO”), Motorcycle Oil (“MCO”), Diesel Engine Oil (“DEO”), Automatic Transmission Fluid (“ATF”), agricultural oil, marine oil, plant-based (biodegradable) and mineral-based hydraulic oil, greases, radiator coolant and brake fluids.
“After a two-year hiatus, we are excited with the return of the Borneo Safari expedition which serves as an excellent platform for us to promote our high-performance GRANTT lubricants, especially GRANTT Quasar Diesel Engine Oil. It is specially formulated to deliver excellent engine performance and protection during the long and challenging journey. The GRANTT Quasar range is no stranger to extreme driving conditions and this off-road challenge will once again prove its reliability and durability,” said Anas Nasrun Mohd Osman, Group Director, Manufacturing & Engineering Division of UMW, who also flagged-off the convoy.
KOTA KINABALU, 30 Oktober 2022 – UMW GRANTT International Sdn. Bhd. (“UMW GRANTT), anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, sekali lagi menjadi Penaja Platinum untuk acara pengembaraan permotoran lasak terbesar di Asia Tenggara, iaitu Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari ke-30 (“Borneo Safari”), menandakan tahun keenam sebagai Rakan Rasmi Minyak Pelincir Berprestasi untuk acara tersebut. Setelah dua tahun tergendala akibat pandemik Covid-19, ekspedisi lapan hari itu akan melibatkan sebanyak 400 buah kenderaan lasak yang telah diubah suai dan kira-kira 1,200 orang peserta dari pelbagai negara akan mengharungi kawasan Kota Belud di Sabah.
Upacara pelepasan peserta konvoi, yang diadakan di hadapan ibu pejabat Lembaga Pelancongan Sabah dilaksanakan oleh YB Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan YB Datuk Joniston Bangkuai, Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
UMW GRANTT akan mempromosikan Minyak Enjin Diesel GRANTT Quasar, iaitu GRANTT Quasar SAE 10W-40 API CI-4 Synthetic Blend dan GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Mineral (pek 7 liter) serta produknya yang lain sepanjang acara tersebut. Kenderaan korporat UMW GRANTT yang menyertai konvoi akan dikuasakan oleh GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Gred Mineral, yang menjadi kegemaran di kalangan peminat off-road.
Rangkaian GRANTT Quasar dirumus dengan bahan tambahan unggul yang memberikan prestasi enjin yang cemerlang dan perlindungan daripada kehausan enjin, kepanasan melampau, pembentukan enapcemar dan kakisan, walaupun dalam keadaan pemanduan yang paling sukar. Ia juga memenuhi tahap piawaian pelinciran yang terkini untuk enjin pelepasan rendah yang dipasang dengan Putaran Gas Ekzos (“EGR”).
Rangkaian penuh produk GRANTT termasuk Minyak Kereta (“PCMO”), Minyak Motosikal (“MCO”), Minyak Enjin Diesel (“DEO”), Bendalir Penghantaran Automatik (“ATF”), minyak pertanian, minyak marin, berasaskan tumbuhan (biodegradasi) dan minyak hidraulik berasaskan mineral, gris, penyejuk radiator dan cecair brek.
“Setelah tergendala selama dua tahun, kami sangat teruja ekspedisi Borneo Safari ini kembali beraksi dimana ia juga merupakan salah satu platform yang baik untuk mempromosikan minyak pelincir GRANTT berprestasi tinggi kami, terutamanya Minyak Enjin Diesel GRANTT Quasar. Ia dirumus khas untuk memberikan prestasi dan perlindungan enjin yang cemerlang semasa perjalanan yang panjang dan mencabar. Rangkaian GRANTT Quasar tidak asing lagi dengan keadaan pemanduan yang ekstrem dan ekspedisi ini sekali lagi akan membuktikan kebolehpercayaan dan ketahanannya,” kata Anas Nasrun Mohd Osman, Pengarah Kumpulan, Bahagian Pembuatan & Kejuruteraan UMW, yang turut serta dalam upacara pelepasan peserta konvoi itu.