UMW PRESIDENT AND GROUP CEO COMPLETES HIS 3-YEAR TENURE

KUALA LUMPUR, 25 October 2023 –Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, President & Group CEO of UMW Holdings Berhad (“UMW Group”), is scheduled to complete his 3-year term on 31 October 2023. In view of that, he will also cease to be the Executive Director of UMW Holdings Berhad on even date.

Dato’ Sri Fuaad joined the UMW Group on 1 November 2020, during the challenging business environment arising from the Covid-19 pandemic. He introduced the CREST@UMW strategic transformation framework in January 2021 to drive the UMW Group’s aspirations to fully exploit the opportunities in the mobility space and its adjacencies through the Group’s various businesses. The implementation of the CREST@UMW strategic framework has significantly strengthened UMW’s financial performance and enhanced the Group’s environmental, social, and governance (“ESG”) credentials with sustainability positioned as one of the five (5) key pillars of CREST@UMW.

On 24 August 2023, Sime Darby Berhad (“SDB”) announced that it has entered into a conditional share purchase agreement with Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) to acquire PNB’s 61.2% stake in UMW Holdings Berhad. The proposed acquisition is expected to be completed by mid-November 2023. To ensure the stability and continuity of UMW Group’s operations during this transition period, Megat Shahrul Azmir Nordin, President of UMW Equipment Division, has been named the Officer-In-Charge (“OIC”) of the UMW Group. He has been with the UMW Group since 2012.

An interim Board Oversight Committee (“BOC”) has also been established to provide guidance to the OIC, effective 1 November 2023. The BOC comprises three (3) Non-Executive Directors who currently sit on the Board of UMW Holdings Berhad, namely, Razalee Amin who will serve as the BOC’s Chairman, Mohd Shahazwan Mohd Harris and Datuk (Dr.) Yasmin Mahmood. The BOC will continue until the Board of Directors decide to disband the committee.

The Board of Directors of UMW Holdings Berhad would like to record its deepest appreciation to Dato’ Sri Fuaad for his invaluable leadership and contributions. Under his leadership, the UMW Group took various initiatives to improve its resilience during the Covid-19 pandemic. As a result, the UMW Group was able to recover swiftly and registered its highest revenue and profit before taxation in the last eight years in 2022.

Click to show Malay Version

 

 

PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN UMW MENYEMPURNAKAN JAWATANNYA SELAMA 3 TAHUN

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2023 –Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad (“Kumpulan UMW”), dijadualkan menamatkan penggal 3 tahun beliau pada 31 Oktober 2023. Sehubungan itu, beliau juga akan berhenti menjadi Pengarah Eksekutif UMW Holdings Berhad pada tarikh yang sama.

Dato’ Sri Fuaad menyertai Kumpulan UMW pada 1 November 2020, semasa persekitaran perniagaan yang mencabar akibat pandemik Covid-19. Beliau memperkenalkan rangka kerja transformasi strategik CREST@UMW pada Januari 2021 untuk memacu aspirasi Kumpulan UMW untuk mengeksploitasi sepenuhnya peluang dalam ruangan mobilitinya melalui pelbagai perniagaan Kumpulan. Pelaksanaan rangka kerja strategik CREST@UMW telah mengukuhkan prestasi kewangan UMW dengan ketara dan menunjukkan peningkatan terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Kumpulan sebagai salah satu daripada lima (5) tonggak utama CREST@UMW.

Pada 24 Ogos 2023, Sime Darby Berhad (“SDB”) mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) untuk mengambil alih sebanyak 61.2% kepentingan PNB dalam UMW Holdings Berhad. Cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada pertengahan bulan November 2023. Bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan operasi Kumpulan UMW dalam tempoh peralihan ini, Megat Shahrul Azmir Nordin, Presiden Bahagian Peralatan UMW, telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Bertanggungjawab atau Office-in-charge (“OIC”) Kumpulan UMW. Beliau telah berkhidmat dengan Kumpulan UMW sejak 2012.

Jawatankuasa Pemantauan Lembaga Pengarah sementara (“BOC”) juga telah ditubuhkan untuk memberi panduan kepada OIC, berkuat kuasa 1 November 2023. BOC terdiri daripada tiga (3) Pengarah Bukan Eksekutif yang kini menganggotai Lembaga Pengarah UMW Holdings Berhad, iaitu, Razalee Amin yang akan berkhidmat sebagai Pengerusi BOC, Mohd Shahazwan Mohd Harris dan Datuk (Dr.) Yasmin Mahmood. BOC akan dikekalkan sehingga Lembaga Pengarah memutuskan untuk membubarkan jawatankuasa tersebut.

Lembaga Pengarah UMW Holdings Berhad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Sri Fuaad atas kepimpinan dan sumbangan beliau yang tidak ternilai. Di bawah kepimpinannya, Kumpulan UMW mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan daya tahannya semasa pandemik Covid-19. Hasilnya, Kumpulan dapat pulih dengan pantas dan mencatatkan hasil dan keuntungan tertinggi sebelum cukai dalam tempoh lapan tahun terakhir pada 2022.

 

 

Click to show English Version