UMW GRANTT SPONSORS THE BORNEO SAFARI INTERNATIONAL OFF-ROAD CHALLENGE FOR THE SEVENTH YEAR

KUALA LUMPUR, 29 October 2023 –UMW GRANTT International Sdn. Bhd. (“UMW GRANTT), a wholly owned subsidiary of the UMW Group, is once again the Platinum Sponsor of Southeast Asia’s biggest extreme off-road event, the 31st Borneo Safari International Off-Road Challenge (“Borneo Safari”), marking its seventh year as the Official Performance Lubricants Partner for the event. The eight-day expedition will see some 450 specially modified off-road vehicles and about 1,400 participants from various countries navigating the terrains of Tambunan and Ranau districts.

YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor, the Chief Minister of Sabah, and YB Datuk Christina Liew, Sabah Tourism, Culture and Environment Minister flagged-off the event held at the Sabah Tourism Board headquarters.

UMW GRANTT will be promoting its GRANTT Quasar Diesel Engine Oil, namely GRANTT Quasar SAE 10W-40 API CI-4 Synthetic Blend and GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Mineral (7-litres packs) as well as its other products at the event. Concurrently, UMW GRANTT corporate vehicles that will be joining the convoy will be utilising GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Mineral diesel engine oil, a favourite amongst the off-road enthusiasts.

The GRANTT Quasar range is formulated with superior additives that delivers excellent engine performance and protection against engine wear, overheating, sludge build-up and corrosion, even in the toughest driving conditions. It also meets the latest lubrication standards for low emission engines fitted with Exhaust Gas Recirculation (“EGR”).

GRANTT’s full range of products include Passenger Car Motor Oil (“PCMO”), Motorcycle Oil (“MCO”), Diesel Engine Oil (“DEO”), Automatic Transmission Fluid (“ATF”), agricultural oil, marine oil, greases, radiator coolant, brake fluids, bio-hydraulic lubricants and food grade grease.

“We are excited to once again join the annual Borneo Safari expedition which serves as an excellent platform for us to promote our high-performance GRANTT lubricants, especially the latest GRANTT Quasar Diesel Engine Oil. It is specially formulated to deliver excellent engine performance and protection during the long and challenging journey.

The GRANTT Quasar range is no stranger to extreme driving conditions and this off-road challenge will once again prove its reliability and durability,” said Anas Nasrun Mohd Osman, Group Director, Manufacturing & Engineering Division of UMW, who also flagged-off the convoy.

Click to show Malay Version

 

 

UMW GRANTT MENAJA CABARAN OFF-ROAD ANTARABANGSA BORNEO SAFARI UNTUK TAHUN KETUJUH

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2023 –UMW GRANTT International Sdn. Bhd. (“UMW GRANTT), anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, sekali lagi menjadi Penaja Platinum acara pengembaraan permotoran lasak terbesar Asia Tenggara, Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari ke-31 (“Borneo Safari”), menandakan tahun ketujuh sebagai Rakan Rasmi Minyak Pelincir Berprestasi untuk acara tersebut. Ekspedisi selama lapan hari itu akan menyaksikan kira-kira 450 kenderaan off-road yang diubah suai khas dan seramai 1,400 peserta dari pelbagai negara mengemudi kawasan di daerah Tambunan dan Ranau

YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, dan YB Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merasmikan acara yang diadakan di ibu pejabat Lembaga Pelancongan Sabah.

UMW GRANTT akan mempromosikan Minyak Enjin Diesel GRANTT Quasar, iaitu GRANTT Quasar SAE 10W-40 API CI-4 Synthetic Blend dan GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Mineral (pek 7 liter) serta produknya yang lain sepanjang acara ini. Pada masa yang sama, kenderaan korporat UMW GRANTT yang menyertai konvoi ini akan menggunakan minyak enjin diesel GRANTT Quasar SAE 15W-40 API CI-4 Mineral, yang menjadi kegemaran di kalangan peminat “off-road”.

Rangkaian GRANTT Quasar dirumus dengan bahan tambahan unggul yang memberikan prestasi enjin yang cemerlang dan perlindungan terhadap kehausan enjin, terlalu panas, pembentukan enap cemar dan kakisan, walaupun dalam keadaan pemanduan yang paling sukar. Ia juga memenuhi piawaian pelinciran terkini untuk enjin pelepasan rendah yang dipasang dengan Putaran Gas Ekzos (“EGR”).

Rangkaian penuh produk GRANTT termasuk Minyak Kereta (“PCMO”), Minyak Motosikal (“MCO”), Minyak Enjin Diesel (“DEO”), Bendalir Transmisi Automatik (“ATF”), minyak pertanian, minyak marin, gris, penyejuk radiator, cecair brek, minyak pelincir bio-hidraulik dan gris gred makanan.

“Kami teruja untuk sekali lagi menyertai ekspedisi Borneo Safari tahunan yang berfungsi sebagai platform yang baik untuk mempromosikan minyak pelincir GRANTT berprestasi tinggi kami, terutamanya Minyak Enjin Diesel Quasar GRANTT yang terkini.

Ia dirumus khas untuk memberikan prestasi dan perlindungan enjin yang cemerlang semasa perjalanan yang jauh dan mencabar. Rangkaian GRANTT Quasar tidak asing lagi dengan keadaan pemanduan yang ekstrem dan ekspedisi ini sekali lagi akan membuktikan kebolehpercayaan dan ketahanannya,” kata Anas Nasrun Mohd Osman, Pengarah Kumpulan, Bahagian Pembuatan & Kejuruteraan UMW, yang turut serta dalam upacara pelepasan peserta konvoi itu.

 

 

Click to show English Version