UMW GROUP CONTINUES TO REGISTER HEALTHY AUTOMOTIVE SALES IN JANUARY 2021
  • - UMW Toyota Motor sold 3,845 units in January 2021
  • - Perodua registered sales of 16,894 units in January 2021

 

KUALA LUMPUR, 15 February 2021 – The UMW Group started 2021 on an encouraging note as both UMW Toyota Motor (UMWT) and its associate company, Perodua, registered healthy automotive sales in January.  The sustained demand was due to the sales tax exemption incentive which has now been extended to 30 June 2021.

 

UMWT achieved sales of 3,845 units in January 2021, 4.1% higher than the 3,692 units registered in the same month of last year.  Toyota Vios, Yaris and Hilux continue to be UMWT’s best-selling models in January.  The improved Vios and Yaris were launched on 17 December 2020.  To further enhance its products offering for 2021, UMWT introduced the updated Toyota Fortuner and Innova on 2 February 2021.  The 2021 Toyota Fortuner comes in two variants with styling, performance and safety updates, while retaining all the strong attributes that make it a popular SUV nationwide.  The new 2021 Toyota Innova range, which comes in three variants, also has updated styling and features as well as additional safety systems which have been made standard.

 

Meanwhile, Perodua registered sales of 16,894 units in January 2021 and targets to sell 240,000 units this year, a 9% increase over the 220,163 units sold in 2020.  Perodua also plans to increase its stock by targeting to increase production to 272,000 vehicles this year – the highest in its history and, in the process, will purchase a record RM6.5 billion worth of locally-sourced components in 2021 which will bode well for the local automotive industry.

 

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are indeed grateful that the government had allowed the car assembly, showroom and service centre operations to continue with strict compliance to the standard operating procedure under the Movement Control Order 2.0.  We are also thankful to the government for extending the sales tax exemption incentive to 30 June 2021, which has enabled the Group to register healthy sales in January.  Moving forward, the Malaysian Automotive Association (MAA) has forecast that the total industry volume (TIV) will grow by nearly 8% to 570,000 units in 2021, underpinned by the projected GDP growth of between 6.5% and 7.5% in 2021 and continued support from the government.  Both UMWT and Perodua will continue to focus on introducing new and improved models and offer superior after-sales services to satisfy our customers’ requirements and expectations in order to achieve our targets in 2021.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW TERUS MENCATATKAN PENJUALAN AUTOMOTIF YANG MEYAKINKAN PADA JANUARI 2021
  • - UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 3,845 unit pada Januari 2021
  • - Perodua mencatatkan jualan sebanyak 16,894 unit pada Januari 2021

 

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2021 – Kumpulan UMW membuka tahun 2021 dengan penjualan automotif yang meyakinkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, Perodua pada bulan Januari.  Insentif pengecualian cukai penjualan yang kini telah dilanjutkan hingga 30 Jun 2021 mendorong kepada peningkatan permintaan kenderaan.

 

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 3,845 unit pada Januari 2021, 4.1% lebih tinggi daripada 3,692 unit jualan yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lalu.  Toyota Vios, Yaris dan Hilux terus menjadi model yang terlaris bagi UMWT pada bulan Januari. Vios dan Yaris yang dikemaskini telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Disember 2020.  UMWT memperkenalkan Toyota Fortuner dan Innova yang dikemaskini pada 2 Februari 2021 bagi mendorong peningkatan dalam penjualan pada tahun 2021.  Toyota Fortuner 2021 ditawarkan dengan dua varian yang bergaya, prestasi enjin dan sistem keselamatan, yang dikemaskini serta mengekalkan ciri-ciri yang menjadikannya SUV yang popular.  UMWT juga melancarkan rangkaian Toyota Innova 2021, ditawarkan dalam tiga varian baru dan mempunyai penampilan dan ciri terkini serta sistem keselamatan tambahan yang diselaraskan.

 

Sementara itu, Perodua telah mencatatkan jualan sebanyak 16,894 unit pada Januari 2021 sedikit rendah berbanding 17,481 unit jualan yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lalu.  Perodua, yang telah mencatatkan penjualan sebanyak 220,163 unit pada tahun 2020, kini menetapkan sasaran penjualan tahun ini sebanyak 240,000 unit, iaitu peningkatan sebanyak 9%.  Syarikat itu juga merancang untuk meningkatkan jumlah stok kenderaannya dengan meningkatkan jumlah sasaran pengeluaran kenderaan kepada 272,000 unit tahun ini - yang tertinggi dalam sejarah, dan seterusnya membeli komponen tempatan yang bernilai RM6.5 bilion pada tahun 2021 di mana ia akan memanfaatkan industri automotif tempatan.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, "Kami bersyukur kerana Kerajaan telah membenarkan operasi pemasangan kereta, bilik pameran dan pusat servis untuk terus dijalankan dengan syarat Prosedur Operasi Standard dipatuhi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.  Kami juga sangat berterima kasih kepada Kerajaan di atas pelanjutan insentif pengecualian cukai penjualan sehingga 30 Jun 2021, yang telah mendorong Kumpulan UMW mencatatkan penjualan yang meyakinkan pada bulan Januari.  Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mensasarkan bahawa jumlah keseluruhan industri (TIV) akan meningkat hampir 8% menjadi 570,000 unit pada tahun 2021, disokong oleh pertumbuhan KDNK yang diunjurkan antara 6.5% dan 7.5% pada tahun 2021 dan sokongan berterusan dari kerajaan.  UMWT dan Perodua akan terus fokus dalam memperkenalkan model baru dan kemaskini serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik dalam memenuhi kehendak dan harapan pelanggan untuk mencapai sasaran kami pada tahun 2021. "

 

 

Click to show English Version