SERENDAH, 31 May 2019– UMW Development Sdn. Bhd, a wholly-owned subsidiary of the UMW Group, today welcomed Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad as the newest resident at its flagship High Value Manufacturing (HVM) Park, located in Serendah, Selangor.
UMW’s pioneering industrial park is designed to be the centrepiece of Malaysia’s rapidly evolving high value manufacturing industry. The 861-acre site offers the latest in Industry 4.0 enabled innovation and advanced manufacturing infrastructure.
Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad is an investment holding and manufacturing company which designs, manufactures and supplies automotive electronics and mechatronics parts, and is one of Malaysia’s leading OEM suppliers in the automotive industry.
The addition of Multi-Code Electronics Industries also highlights the growing number of advanced manufacturing companies setting up in UMW High Value Manufacturing Park, home to UMW Aerospace – Malaysia’s first Tier 1 fan case supplier to Rolls-Royce and T7 Kilgour metal treatment plant.
The agreement between UMW Development and Multi-Code Electronics Industries represents an intention to develop 8.25 acres of land in UMW’s High Value Manufacturing Park as part of Phase 1 development.
“Multi-Code Electronics Industries is an ambitious, technology-driven business that UMW High Value Manufacturing Park was designed to support, enabling access to the latest advanced manufacturing technologies embedded in a positive and ideal ecosystem,” said Eric Chew, Director, Property Development, UMW Development Sdn. Bhd.
The signing of this agreement represents an important addition to UMW Development’s High Value Manufacturing Park, a purpose-built industrial facility designed to act as a catalyst for growth in high value manufacturing in Malaysia. Multi-Code Electronics Industries demonstrates the continuing evolution of UMW HVM Park’s emerging ecosystem, which is uniquely designed to attract and support targeted technologies such as automation, advanced materials, advance metal forming, and others which cut across industries such as aerospace, medical, automotive, rail, logistics and other innovative advanced manufacturing businesses.
“At UMW HVM Park, our commitment does not stop at providing pioneering advanced manufacturing technologies but also, steadfast support to the businesses which call the facility home,” added Eric Chew.
UMW Development has assured that comprehensive support begins with the first step, by establishing a Business Support Unit that offers investment facilitation and organisational support to ensure businesses enjoy a seamless, organised and efficient transition to UMW HVM Park. Through end-to-end facilitation in a rapidly growing ecosystem, UMW Development is confident that the HVM Park will continue to accelerate expansion of Malaysia’s vital high value manufacturing industry.
SERENDAH, 31 Mei 2019– UMW Development Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh UMW Holdings Berhad, hari ini mengalu-alukan Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad sebagai penghuni terbaru di UMW High Value Manufacturing (HVM) Park yang terletak di Serendah, Selangor.
Taman perindustrian perintis UMW itu direka untuk menjadi salah satu pusat perkilangan bernilai tinggi di Malaysia. Tapak seluas 861 ekar ini menawarkan inovasi terbaru Industri 4.0 serta infrastruktur pembuatan maju.
Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan dan pembuatan yang merekabentuk, mengeluarkan dan membekalkan komponen elektronik dan mekatronik elektronik, dan merupakan salah satu pembekal OEM terkemuka Malaysia dalam industri automotif.
Kehadiran Multi-Code Electronics Industries menunjukkan peningkatan jumlah syarikat perkilangan canggih yang ditubuhkan di UMW HVM Park, rumah kepada UMW Aerospace – pembekal selonsong kipas peringkat 1 yang pertama di Malaysia untuk Rolls-Royce dan juga kepada T7 Kilgour.
Perjanjian antara UMW Development dan Multi-Code Electronics Industries menandakan hasrat untuk membangunkan 8.25 ekar tanah di UMW HVM Park sebagai sebahagian daripada pembangunan Fasa 1 taman perindustrian tersebut.
“Multi-Code Electronics Industries adalah sebuah perniagaan yang didorong oleh teknologi dan UMW HVM Park pula direka bentuk untuk menyokong, membolehkan akses kepada teknologi pembuatan maju terkini yang tertanam dalam ekosistem yang positif dan ideal,” kata Eric Chew, Pengarah Pembangunan Hartanah, UMW Development Sdn. Bhd.
Pemeteraian perjanjian ini menandakan penambahan penting kepada UMW High Value Manufacturing Park, sebuah pembangunan industri perintis yang dibangunkan untuk bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan dalam pembuatan bernilai tinggi di Malaysia. Multi-Code Electronics Industries menandakan evolusi berterusan ekosistem UMW HVM Park yang direka unik untuk menarik dan menyokong teknologi yang disasarkan seperti automasi, bahan maju, pembentukan logam maju, dan lain-lain yang memotong industri seperti aeroangkasa, perubatan, automotif , kereta api, logistik dan lain-lain perniagaan pembuatan maju yang inovatif.
“Di UMW HVM Park, komitmen kami bukan sahaja untuk menyediakan teknologi perkilangan maju tetapi juga untuk memberikan sokongan padu kepada perniagaan yang bertapak di sini,” tambah Eric Chew.
UMW Development menjamin sokongan menyeluruh dari peringkat pertama, dengan menubuhkan Unit Sokongan Perniagaan yang menawarkan kemudahan pelaburan dan sokongan organisasi untuk memastikan perniagaan yang terlibat menikmati peralihan yang lancar, teratur dan cekap ke UMW HVM Park. Melalui kemudahan sokongan ekosistem yang pesat berkembang, UMW Development yakin bahawa HVM Park akan terus mempercepat pengembangan industri perkilangan nilai penting Malaysia yang tinggi.